scenery from back of my house at my hometown
Teringat mereka berdua
Sekadar cerita,saya kutip dari diari seseorang...
Mak, tadi kat opis orang duduk sorang-sorang, teringat kat mak. Orang ambik hp nak call mak. Orang dail nombor rumah kita.
Ada nada dering tapi tak ada orang angkat ,alahai orang lupa lak waktu macam nie mak mesti kat belakang rumah sibuk beri ayam itik makan kemudian orang teringat semula.
Mak dah tak ada dah meninggal dunia mak dah tak ada. Macam mana orang boleh lupa mak dah tak ada. Ya Allah rindunya orang kat mak, orang pandang skrin laptop orang. Orang tengok gambar mak tengah senyum, mak nak tau tak kat wallpaper laptop orang nie ada gambar orang dengan mak.
Mak tengah senyum masa tu, lawanya mak orang nie. Patut pun abah jatuh chinta kat mak, kalah filem Cinta tu. Orang pernah tanya abah macam mana abah boleh jatuh cinta kat mak, abah cakap senyuman mak buat abah terpesona. Mak mude2 dulu kalah Miss Universe lawa. Alahai abah jiwangnya abah nie, tapi tu lah kasih abah pada mak. Orang suka tengok abah pujuk mak kalau mak marah2. Marah kat orang lah, maklumlah orang nie masa kecik2 bukan reti nak duduk diam. Mak orang rindu kat mak abah, rindu sangat2.
Mak...
11 Mei lepas hari ibu.. orang ada beli brooch untuk mak... orang tau kalau mak tengok sure mak suka.. (perasan lah orang nie).. orang tak ada duit nak beli hadiah mahal2 untuk mak.. orang bawak balik rumah konon nak suprise kan mak.. orang buka bilik mak cari mak tapi mak tak ada orang cari keliling rumah tapi mak tak ada... last2 orang penat orang duduk .. masa tu baru orang ingat mak dah tak ada.
Orang ingat lagi kalau orang belikan mak brooch sure mak cakap bila mak nak pakai nie.. buat apalah belikan mak semua nie.. mak bukan lama lagi nak hidup...orang mesti menjawab .. alahai mak nie suka cakap macam tu lah habis nanti orang nak duduk dengan sapa kalau mak tak ada.. mak pakai ajelah nanti yang cantik mak orang gak.. mak mesti senyum lepas tu... dua tiga hari mesti mak pakai brooch tu.
Mak pasti senyum, suka tgk senyum mak. Mak selalu cakap senyuman mak tak cantik lagi sebab gigi mak banyak tak ada. Orang balas, napa mak tak nak buat gigi baru. Mak cakap ' kang mak lawa sangat lak kang abah pun tak kenal' Akhirnya kita berdua gelak besar.
Mak...
Ingat tak lagi masa mak sakit tiba-tiba mak pitam dulu. Masa tu orang baru aje masuk semester akhir kat maktab. Orang takut sangat mak sebab orang tak nak hilang mak. Mak tau tak petang tu orang lari dari maktab. Masa tu orang ada perkhemahan ko kurikulum. Tak tau pasal apa orang rindu sangat kat mak. Orang pun cabutlah balik rupanya mak jatuh pitam. Takut orang mak masa tu. Orang ingat mak dah nak tinggalkan orang. Alhamdulillah mak sihat semula.
Masa abah sakit mak ingat tak siang hari mak jaga abah. Malam tepat pukul 930 malam sure mak lelap tak sedar lagi dah. Orang lak take turn jaga abah. Tapi tak apa mak dulu masa kecik-kecik mak abah dah penat jaga orang.
Masa nak antar abah gi hospital, Orang kesian sangat kat mak. Mak minta tolong yg lain masing-masing banyak alasan.
Tak apalah mak. Nanti orang posting dapat aje gaji pertama orang letak deposit beli kete. Tak kira lah kete tu Kancil sekalipun. Mak ingat tak dapat aje kete orang terus bawak mak abah gi jalan-jalan. Seronokkan mak.
Mak abah ...Orang rindu amat kat mak abah. Rasanya orang kalau boleh nak ikut sekali mak dan abah. Tapi Allah cakap belum lagi tiba masa untuk orang.
Mak.....Mak selalu cakap jaga diri kalau mak tak ada. Buat keputusan dengan bijak. Tapi mak, Orang tak mampu mak. Orang tak kuat macam mak. Orang tak sabar macam abah. Kadang- kadang orang heran gak macam mana Mak boleh sabar.
Mak .. orang kesian kat mak terpaksa layan kerenah orang, jaga orang masa orang sakit hari tu bila orang cakap 'mak sakit mak, orang tak tahan bisa mak' ,Mak mesti datang picit orang walaupun jari mak kasar dan tak sekuat dulu tapi pada orang jari tu lah yang paling lembut sekali kadang-kadang orang rindu nak peluk mak orang peluk cium kain batik mak orang kucup gambar mak.
Mak...
Kalau orang boleh bayar untuk mak dan abah hidup semula orang buat mak. Orang tak kisah lah kalau kena buat loan dengan Bank Rakyat tapi orang tak boleh nak buat Allah dah cakap masa untuk mak dengan orang sampai takat nie aje.
Mak...
Masa mak jatuh 9 April lepas Orang ingat mak jatuh biasa aje. Bila orang balik tgk mak dah lain macam aje. Orang takut mak, Takut sangat Orang called ambulance. Orang nak mak dapat rawatan. Bukan orang tak sayang mak sebab antar mak gi hospital, Tapi orang nak mak dirawat. Orang nak mak sembuh .Orang nak mak macam abah, Sihat semula selepas terlantar hampir sebulan di wad.
Tapi mak lain, Mak tak sedar lagi lepas tu. Orang jaga mak hari Khamis tu, Orang suka-suka hati aje ambik cuti. Tak apalah mak kalau kena tolak gaji pun orang tak kisah. Mak orang nie lah sorang bukan ada ganti pun. Orang suka-suka hati called GPK 1, Orang cakap 'cikgu, saya nak cuti sampai Ahad nie, kalau mak tak sihat saya sambung sampai Isnin'. Masa orang duduk jaga mak macam-macam doctor yang datang, ada doctor Ahmad, ada doctor Suzana, ntah tak ingat lagi sapa. Doctor Ahmad cakap pesakit stroke macam mak, otak mereka mengembang sebab tu mak asyik menguap dan tidur sebab tak dapat adjust lagi. Doctor suruh orang bantu mak buat terapi. Jom mak kita exercise. Orang selalu bisik kat mak, Mak jomlah balik tak best lah kat sini. Mak senyum aje. Tapi tekanan darah mak turun naik. Mak tak boleh nak keluar lagi mak. Napa mak? Hari Jumaat orang tengok mak dah lain. Orang tak sampai hati nak tinggalkan mak. Orang tak makan sehari suntuk tu. Orang qada solat Zuhor dan Asar sebab waktu tu tak ada sapa ganti orang. Orang tak sampai hati nak tinggalkan mak masa tu kadang-kadang orang rasa genggaman tangan mak kuat sangat genggam tangan orang. Ya mak orang tau mak sayang orang. Orang lagi sayang kat mak. Mak nie kan buah hati orang. Orang ingat lagi orang warning sorang pakcik tu. Masa tu abah tengah sakit kat wad. Pakcik tu suka hati aje mengurat mak. Orang cakap kat pakcik tu, 'Pakcik jangan mengurat mak saya ya, tu abah saya ada lagi tau' Pakcik tu senyum aje. Brutal betul anak mak sorang nie. Tapi mak masa abah nak keluar dari wad orang gi minta maaf kat dia mak.
Mak...
Masa hari ahad 13 April tu orang risau sangat mak. Suhu badan mak tinggi aje. Badan mak panas. Kejap- kejap orang basahkan kain letak kat kepala mak. Kejap- kejap orang lap mak. Mak lak asyik menyemburkan air. Nurse ingat orang beri air minum pada mak. Orang cakap tak pun. Orang risau sangat mak. Dahlah hari Jumaat Doc Suzana minta orang sabar. Kalau apa-apa jadi pada mak orang kena redha. Orang peluk mak erat-erat. Orang cakap orang sayang mak. Orang dodoikan mak. Orang mengaji orang selawat orang buat semua. Pastu orang peluk mak. Badan mak panas, Tapi orang tetap peluk mak, Orang cakap kat mak ' Allahu Akbar mak' mak balas balik 'Allahu Akbar'. Petang tu orang tak nak balik rumah. Orang nak habiskan masa dengan mak. Tapi akak-akak suruh balik. Sebelum balik orang gi isi minyak kete penuh-penuh. Orang keluarkan duit dari ATM siap-siap. Orang tak mau nanti kalut. Balik rumah orang suruh budak-budak tu kemas rumah. Orang masak-masak sebab esok nak gi hospital jaga mak. Lepas solat Isya orang baring, Tiba-tiba akak called, Akak cakap mak dah lain macam. Orang terus terduduk, Patutlah mak asyik cakap mak nie dah tak lama lagi. Mak asyik beritahu kat orang duit mak simpan kat mana. Mak cakap duit Tabung Haji tak ada penama lagi. Mak cakap hutang piutang mak nanti orang kena tolong bayarkan. Mak cakap kalau mak tak tengok rumah baru orang mak ghalat. Rupa-rupanya masa mak nak pegi dah sampai. Patutlah mak cakap mak nak pergi dalam pergi dalam keadaan belajar Al-Quran. Rupa-rupanya mak dah nak pergi tinggalkan orang.
Mak ...Orang cakap kat kakak suruh sapa-sapa ambik orang. Kete orang angah pakai gi tengok mak. Orang terus gi dapur, Tak sedar empat mata tangga orang lompat. Orang gi mandi Dah keluar dari bilik air orang masuk semula. Orang mandi semula. Pastu orang siap-siap, Orang panggil Makcik Esah sebelah, Orang cakap mak dah lain macam. Hati orang dah berkata-kata dah mak. Masa untuk kita berpisah dah sampai. Orang gi rumah belakang, Orang cakap sekali lagi. Tapi kali nie orang dah tak dapat tahan lagi mak. Orang meraung sekuat hati orang mak. Orang tunggu Pak Yus cakap nak ambik tapi tak sampai-sampai. Orang called dia tapi dia cakap nanti tak sempat. Orang called akak tapi akak cakap tak sempat gak. Orang called angah dan angah pun cakap tak sempat. Kenapa tak sempat semuanya nie. Mak Midah datang ambik orang mak. Dalam kete Mak Midah peluk orang. Tok Lan cakap mak dah tak ada. Orang jerit kuat-kuat mak ,Lamanya mak nak sampai ke hospital mak. Sampai ke parking orang lari ke wad mak, Orang naik lif, Sampai kat wad orang lari gi ke bilik mak. Orang tengok mak dah terbujur kaku. Mereka tutup mak. Orang tak dapat tahan lagi mak. Orang buka tutup mak tu. Orang tengok muka mak manis amat. Mak macam orang tidur aje... Orang cium mak orang peluk mak. Orang cakap kat mak.
"Mak , abah dah tunggu mak kat sana ya.. mak tak sabar lagi nak jumpa abah ya mak.. pergilah mak jumpa abah .. sampai masa nanti kita akan jumpa gak".
Orang peluk mak lagi. Orang bacakan surah Yassin untuk mak. Tiba-tiba ada orang datang nak ambik mak. Nak tolak mak gi bilik mayat. Orang ikut dari belakang. Orang dah tak kisah lagi dah dgn muka orang. Orang jumpa pesakit lain. Orang cakap mak dah tak ada. Orang jumpa pakcik yang selalu lepak dengan orang. Orang cakap pakcik mak saya dah tak ada. Pakcik tu cakap tak apa sabarlah nak.
Mak...
Malam tu orang jadi anak yatim piatu mak. Orang balik rumah. Orang tengok tempat yang mereka nak letakkan mak. Tilam tu orang baru beli Sabtu lepas mak .Orang beli dengan bantal lagi. Orang nak mak selesa bila orang dah boleh bawak mak balik nanti. Mereka bentangkan cadar buruk bantal keras. Orang marah .Orang cakap kalau tak tau jangan buat. Mak tak suka cadar nie. Orang ambik cadar yang orang belikan mak. Orang ambik bantal yang mak paling suka. Orang bentangkan ganti yang baru. Mak dah sampai akak cakap. Orang tengok mak. Ada darah kat hidung dan mulut mak. Agaknya darah sebab nak keluarkan tiub agaknya. Orang bersihkan darah mak. Ramai yang tolong orang. Orang ambik air panas. Orang campurkan air Hai-O. Mak ingatkan orang belikan mak penapis air Hai-O. Orang nak mak minum air yang bersih. Tak apalah dulu mak tak mampu nak belikan orang. Sekarang orang belikan mak. Tapi orang tak ralat mak. Sebab mak dapat minum air bersih. Malam-malam orang rendamkan kaki mak dengan air tu. Mak cakap kembung lah mak minum air nie. Orang gelak aje. Orang cakap tak apalah mak. Orang nak mak sihat aje.
Mak ....14 April tarikh memisahkan kita mak. Mak dulu mandikan kami. Tapi sekarang kami mandikan mak. Orang tengok mak. Orang usap kepala mak. Tadi orang tolong mereka kafankan mak. Orang nak tengok mak. Saat-saat perpisahan kita dah hampir tiba mak. Orang peluk mak orang cium mak. Orang ikut mak sampai tanah perkuburan. Mak dimasukkan ke liang lahad. Saat perpisahan kita dah tiba mak. Mak bersemadilah di sana ya mak. Sampai masa orang akan ikut mak.
Mak....
Selalu bila orang nak gi exam. Orang peluk mak. Orang cakap mak doakan orang ya mak. Mak mesti jawab mak doakan semua anak mak. Tapi hari Rabu 16 April tu lain mak Orang tak dapat peluk mak. Orang pun tak tau apa yg orang jawab mak. Orang dah baca tapi orang tak boleh nak tulis. Esoknya 17 April orang ada paper lagi. Kali nie orang bayangkan mak ada kat sebelah orang .Orang jawab better dari semalam mak
Mak...
Nie ada lagi 3 semester orang nak dapat degree mak. Orang tak tau macam mana nak lalui semua nie mak. Orang nak ambik semangat mak yang sentiasa kuat tabah. Tapi orang tak mampu mak.
Mak...
Orang rindu kat mak ....Orang rindu amat sangat mak ...Mak ...Datanglah mak peluk orang .....Orang rindukan mak...Mak ....Nantilah orang sambung lagi ....Orang dah menangis dah nie mak ....Orang kat depan budak nie mak ....Orang dalam kelas ....Budak-budak ada exam hari nie mak.
Mak...
ORANG RINDU MAK....
*tulisan dipetik dari bloq MTB, kredit kepada penulis asal (maaf tiada keterangan disediakan)