Monday, February 16, 2009

Hujung minggu ini......

Minggu ni seperti biasa acara wajib mestilah acara berkayuh beskal.......hari Sabtu tu aku sempat jayuh lebih kurang 25km ke kawasan favourite aku iaitu Bukit Indera Muda. Tapi kali ni yang specialnya aku terjumpa satu tempat makan yang agak jauh kedalam kawasan hutan getah. Tempat makan tu memang special sebab lokasinya yang terletak dilereng bukit dengan teratak kecil disediakan untuk pelanggan, pemandangan pun cantik overlooking kawasan lereng bukit bertentangan. Apa yang menarik lagi tentang tempat tu ialah ianya terletak bersebelahan dengan tempat penternakan kambing, itik arnab dan dikelilingi kawasan pertanian dikawsan bukit. Memang cantik!!.......

Jadi malam tu, aku take risk ajak mertua aku pi situ, mula-mula tu risau jugak takut tak bukak tapi redah sajalah untung sabut timbul kan. Dan memang kami bernasib baik tempat tu bukak.........kalau siang dah nampak tempat tu cantik malam pulak dengan dihiasi lampu-lampu dengan pondok-pondok tempat makan yang sediakan dengan lampu malap tambah mencantikkan lagi kawsan persekitaran. Dan tak sangka jugak begitu ramai pelanggan yang datang disebelah malamnya. HAiran jugak dari mana diaorang tahu tempat ni sedangkan aku sendiri yang quite familiar ngan tempat ni pun baru hari ni dapat tahu.

Senarai makanan pun memang special la, jarang jumpa kat tempat lain, kari ayam gajah, ais krim tapai dan macam-macam lagi lah yang ada..........nanti sambung, ada nak post gambar dari hari Ahad sekali.