Saturday, February 28, 2009

Lu Bikin Gua Panass Jerrr !!!!




Hampeh sungguh hari ni,
Pagi tadi aku dah bersiap untuk pergi tengok track untuk Kulim Hi Tech Jamboree.Dari Seberang Jaya aku bertolak ke Kulim ke kawasan Sungai Ular dan sampai apa jam 9.20 pago. Aku dah siap semua yang patut dan tunggu ditempat yang dijanjikan tapi yang aku tak tahan tu ada ker patut mamat yang sepatutnya tunjuk jalan kat aku tu cakap suruh aku pergi makan dulu, diaorang dah masuk dalam dan rasa susah nak keluar nak ambik aku masuk. Itu aku boleh tahan lagi, lepas daripada itu diaorang cakap takpalah besok atau minggu depan ada lagi so boleh masuk lagi. Hampeh sungguh, aku dah sampai Kulim dari Seberang Jaya ni duduk tercangak di situ, yang ngkorang dok cakap pasal besok, minggu depan tu nak buat apa. Aku nak masuk hari ni, dah janji pun hari ni, pagi tadi beria-ia datang Kulim diaorang tunggu nanti tunjuk jalan masuk. Hampeh sungguh manusia macam ni. So apa aku buat, aku blah terus balik rumah pergi mampus lah korang dengan track korang. Nampak saja phone call dari mamat yang janji dengan aku, aku ignore saja phone call tu. Hangin sungguh aku hari ni.



On the way balik untuk meredakan amarah, aku singgah diarea Bukit Indera Muda untuk mencari track baru untuk cycling. Aku nampak seorang lelaki dengan motor mendaki kawasan jirat Cina di Bukit Indera Muda dan aku follow dia mendaki ke atas. Dari atas aku perasan pemandangan dari atas bukit tu cantik juga cuma di kiri kanan aku kubur sajalah.....potong betullah.

Petang pulak dah plan nak kayuh dengan Azizan dan Lanusin, Azizan nak confirm balik nanti petang lepas Asar.Since aku hal nak swap FD dan RD dari beskal wife aku so aku terus saja ke Kulim selepas Asar. Cantik lah....petang ni boleh kayuh dengan FD/RD baru, dan sekali lagi hari ni aktiviti aku dibatalkan sekali lagi kali ni memang dengan sebab yang tak boleh dielakkan lagi iaitu hujan lebat. Yang ini tak hangin sebab memang kita sebagai manusia hanya boleh merancang hanya Yang Maha Berkuasa yang menentukan.