Thursday, May 7, 2009

Bukit Chuping



Inilah Bukit Chuping, Perlis. Aku selalu teringat tentang lagu canggung yang ada menyebut tentang bukit ni. Ini petikan pantun petikan dari lagu Canggung.

Bukit Chuping guanya berangin,
Tempatlah orang mengambil baja,
Putih kuning janganlah dok ingin
Ramailah orang balik sahaja.

Bukit tu pun dah hilang sebahagiannya, mungkinkah akan hanya tinggal satu nama didalam lagu sahaja.........aku pun tak ada jawapan untuk itu.

*Nota: pantun 2 kerat tidak wujud dalam budaya dan bahasa Melayu, itu hanya rekaan Ravi Pi Mai Pi Mai Tang Tu saja.

Blogging

Sekarang dah memang satu trend kebanyakan orang ada blog. Tak jadi masalah untuk sesiapa pun untuk tulis apa saja itu masing-masing punya hal. Tapi ada juga segelintir blogger yang tak bertanggungjawab, dengan menceduk bahan dari tulisan orang lain dan meletakkan didalam blog masing-masing tanpa kredit kepada penulis asal seolah-olah cuba menggambarkan itu hasil karya sendiri. Bagi aku ini adalah satu perbuatan tak bermoral dan tidak bertanggungjawab. Tak usahlah nak mengulas tentang politik, tak usahlah blogging berapi-api menuntut ketelusan atau integriti, tak usah lah ber hujah berjela-jela menentang kezaliman sedangkan tuan empunya blog itu sendiri tak mampu mengamalkannya.
Aku cukup marah bila tengok hasil paparan tulisan yang aku pasti bukan tulisan asal penama dibawah tulisan. Ini adalah seburuk-buruk adab, memanglah tidak menjadi salah yang besar dan tiada tindakan undang-undang pun untuk perkara begini hanyalah sekadar kesalahan moral tapi dari sini dah boleh agak dah macam manakah tuan empunya blog tu. MEmang tak boleh pakai punya orang!!!.....

Tuesday, May 5, 2009

Dulu-dulu, sebelum lighter. Koleksi Cikgu Mat Jusoh

Agak-agaknya sebelum kedatangan mancis api dan lighter apalah yang orang dulu-dulu pakai untuk mendapatkan api. Tentu yang terlintas difikiran hanya penggunaan kayu yang digesek atau batu yang dilaga laga bagi bagi mendapatkan api. Yang sebenarnya itu adalah satu cara primitif, di zaman yang lebih moden terdapat satu lagi cara yang lebih advance yang mana menggunakan satu alat khas yang direka cipta untuk tujuan itu. Rupa alat itu adalah seperti gobek bersaiz mini dan dibuat dari kayu atau tanduk.
Disamping gobek sebagai alat, ia turut memerlukan bahan sebagai pemula api (serat ringan_ yang diletakkan didalam semasa gobek digunakan. Bahan serat ringan ini didapati dari sejenis tumbuhan dari spesis palma yang dinamakan dudor





Baru-baru ini aku berkesempatan melihat demo dari Pak Menakan aku masa pi bertandang dirumah dia, jadi untuk senang nak tengok balik aku pun capture video untuk aku share disini. Tentu ramai yang tak pernah tengok kerana alat ni rasanya dah hampir pupus dan kalau ada pun hanya didalam muzium dan tentu jarang sekali dapat tengok demo penggunaan alat tu.
Rare item, susah nak dapat tengok ni.

Dibawah aku masukkan juga gambar disekitar rumah dan koleksi dalam simpanan pak menakan aku di Mata Ayer Perlis.
Kukur kelapa mekanikal buatan England.

Disamping alat tu ada beberapa lagi barangan antik dan klasik dalam simpanan pak menakan aku yang juga peminat basikal ataupun gerek klasik. Dalam gambar dibawah tu salah satu gerek yang ada iaitu brand Swallow buatan Jepun dari tahun 40an. Semua part masih dalam keadaan asal dan mempunyai cap jenama Swallow.

Lampu buatan Matsushita Sanyo. Siapa sangka Matsushita dan Sanyo sebenar mempunyai kaitan saudara dan pernah menghasilkan barangan dari satu syarikat.


Tayar yang dah pupus, mempunyai pelapik disebelah dalam keluaran Misuboshi Ltd. dari tahu 40an. Sekarang Mitsuboshi terkenal dengan pengeluaran belting untuk kereta.
Koleksi gambar-gambar lama. Dlam koleksi gambar pertabalan Raja Perlis (Almarhum), di studio Jalan Ampas Singapura, gambar ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan lain-lain lagi.


Monday, May 4, 2009

Di kesempatan.......

bersempena cuti hari pekerja beserta hujung minggu aku sempat kayuh ke Langkap seperti yang di update kan dalam blog Gerek Kulim. Yang sebenarnya hanya aku seorang sahaja dari geng Gerek-Kulim yang kayuh di Langkap sebab geng yang lain semua sibuk......kali ni Zull bagi alasan tak logik lagi, kata tayar gerek dia takdak angin, ishhh buleh pakai ka lagu tu. Tayar spare pam angin orang dah bawak spare, awat bagi alasan lagu tu pulak. Aku tak peduli, sorang aku pun aku nak pi jugak Langkap tu, target aku puncak Langkap aku nak tawan.
Kali ni menarik sebab dapat join Mat Yus, Chuon, Odd pastu dapat jumpa geng Hawk MTB dari TUDM Butterworth so ada jugak la kelainan. Nak dijadikan cerita gerek aku plak buat hal rantai problem, halfway kayuh aku dah kena patah balik. Masa tu aku fikir alang-alang dah sampai takkan nak balik pulak kot buang masa betui la, jadi aku tak mau mengalah sebelum try. Aku troubleshoot gerek aku tu sampai dapat last last jumpa jugak problem dia, rupanya rantai aku dah karat sampai tak boleh gerak pada satu tempat sebab tu jadi macam lompat, lepas tu aku sempat buat tuning RD pulak mau berpeluh gak la. Alhamdulillah aku dapat settle jugak masalah tu dan tanpa berlengah aku terus kayuh ke mula panjat Bukit Langkap sorang-sorang. Berhempas pulas jugak aku nak sampai atas dan trip hari tu dah jadi solo ride sebenarnya sebab tinggal aku sorang dok kerabat bukit tu depa yang lain dah tinggal aku sejam lebih. Kalau nak tengok gambar pi la melawat site Gerek-Kulim , aku dah masuk semua gambar di sana. Disini aku bubuh gambar pemandangan dari atas Bukit Langkap tu, memang cantik rasa berbaloi walaupun panjat sorang-sorang diri.



Wednesday, April 29, 2009

Bukit Kepong.....dan arwah ibuku

Tempat tu tiada kena mengena dengan mak aku cuma baru-baru ini aku ada menonton filem Bukit Kepong.

Bini aku cakap dia tak boleh tengok cerita tu sebab cerita tu terlampau sedih.
Anak aku pulak tanya pasai apa depa lawan tembak-tembak macam tu, sapa depa tu.
Aku pulak teringat arwah mak aku cakap lebih 15 tahun dulu,

"Komunis dalam hutan dah letak senjata, komunis dah masuk bandar dan lebih bahaya, kita kena lebih jaga-jaga"

Masa arwah mak aku cakap tu aku terdiam terus sebab tak paham, rasanya masa aku tingkatan 1 atau 2. Sekarang aku rasa aku dah faham.........
Orang lain ada faham ka....

Kalau nak tau story pasal Bukit Kepong boleh baca di link dibwah tu

Friday, April 24, 2009

Family BBQ di Ulu Paip

selepas saja kayuh di Langkap, aku terus balik ke rumah ambik wife dan anak-anak yang dah siap menungu dari pagi. Wife pun dah tarik muka satu macam dah, barang kebanyakannya aku dah siap dari malam sebelum itu lagi. So aku balik mandi dan siap diri sendiri sajalah. Dari rumah lepas kayuh aku terus drive menuju ke Kulim dan terus ke Ulu Paip. Happy sesangat anak-anak aku dapat mandi sungai dah tu jumpa dengan sepupu diaorang pulak tu lagilah menjadi jadi. Aku pun biar sajalah apa diaorang nak buat biar rasa bebas sikit selalu dok control sangat nanti boring pulak diaorang. Ha mandilah puas puas!!Sampai hitam ayam tu, hehehehe dah lama tak main dengan api camtu lah.

Mandi jangan tak mandi



Lebih kurang pukul 3.30 kitaorang pun bertolak balik, cukuplah aku pun dah double penat dah start kayuh dari awal pagi sampailah ke petang tak sempat nak rehat lagi.

Monday, April 20, 2009

Minggu balas dendam

Selepas lebih kurang hampir 3 kali hujung minggu tanpa sebarang aktiviti peribadi, maka pada minggu yang baru lalu Alhamdulillah dengan sedikit masa terluang dan kebanyakan masalah dah beransur surut maka aku dah buat sessi balas dendam tanpa henti. Bermula dari hari Jumaat minggu lepas balik kerja terus bawak anak dengan wife pergi makan mee goreng "paling sedap di dunia" perghhh tinggi sungguh pengiktirafan aku tu. Tapi aku rasa itulah yang selayaknya. Memang sedap ditambah lagi dengan sambal tumis sotong yang special tuh memang menjilat sudu lah pendek kata. Nak lagi best mee goreng tu dimakan pulak dengan ditemani oleh 'coconut shake', memang ,mengancam habis lah.......dikala aku menulis ni pun aku dok terliur lagi. So kepada peminat-peminat mee goreng/kotieu goreng mamak silalah ke Padang Kota lama, medan selera bersebelahan dengan Kota Lama tu......
Kalau aku sanggup drive dari Seberang Jaya ke Padang Kota semata-mata untuk makan mee maak tu, maknanya memang sedap sungguh lah tu dan memang berbaloi.....mee RM5 ajer untuk special, minyak tol saja pun dah lebih dari itu, tapi selera punya pasal selat Penang aku seberangi.


Hari Sabtu April 18, aku menghabiskan masa dengan menyelesaikan beberapa perkara yang dah tertangguh lama. Disebelah lewat pagi aku ke Bagan Luar hantar seluar alter, pastu terus tuju ke Bayan Baru (Crystal Point) untuk renew roadtax insurance. Tapi tertangguh lagi jawabnya, kerani kedai kereta yang selalau aku bayar roadtax insurance tu dah balik pulak dah. Sebelum itu anak aku tu ternampak papan tanda 'Tokong Ular' terus dia ajak nak pergi tengok. Aku pun layan sajalah padahal aku memang dah tahu bukan ada apa pun kat 'Tokong Ular' tu, tapi disebabkan olah permintaan anak aku pergi jugak lagipun aku sendiri tak pernah sampai ke situ walaupun dah tinggal di Penang dah hampir 10 tahun.




Disebabkan oleh kepanasan melampau, Tokong Ular aku tinggalkan dan aku terus menuju ke Sunshine Square sesaja window shopping tapi adalah tershopping gak sikit-sikit. Dalam masa yang sama aku tinggalkan kereta aku di kedai aksesori untuk pasang sticker lampu belakang, walaupun kereta dah 3 tahu aku pakai baru minggu ni terlintas nak pergi buat. Itupun lepas kereta nak kena curi.
Petang itu juga aku termia phone call dari boss aku cakap dalam production ada quality issue lagi, dan bermakna aku kena masuk verify problem tu. Disebabkan aku dah memang dekat dengan tempat kerja so on the way balik tu aku singgah sekejap dan masuk ke production untuk check problem tu. Alhamdullillah, yang sebenarnya ianya bukanlah problem baru cuma kesilapan komunikasi dari boss yang lambat menerima maklumat tentang problem tu. Sebenarnya aku dah tahu tentang perkara tu sehari sebelum itu so OK lah boleh deprioritize buat sementara sekurang-kurangnya sehingga hari Isnin.

Balik dari Penang, lepas mandi dan settle semua perkara dirumah aku terus bawak family ke Tesco. Ini persediaan untuk BBQ pada keesokan harinya pulak yang dah berjanji dengan mertua aku seminggu sebelum ini. Aku memang dah lama dok plan nak ajak mertua aku pi berkelah ngan BBQ sekali sesaja la nak bagi ramai, setakat aku ngan wife 4 beranak tak meriah lah sangat.

Jadi pada pagi Ahad tu sesudah subuh sebelum nak ke Ulu Paip dengan family, aku dah plan nak join geng kayuh ke bukit Langkap dahulu. Trek bukit Langkap di dah lama aku dengar cuma takder geng nak bawak pergi situ, since dah ada group yang nak kayuh ke situ aku pun just join. Dapat jugak aku merasa trek ni. Awal-awal lagi aku dah send message kat Odd sebagai coordinator acara dan mendapat balasan positif 'tunggu di kedai bunga kertas'. Aku pun terus prepare barang dan masukkan kedalam kereta seterusnya menuju Penanti ke kedai bunga kertas melalui BKE. Pada masa aku sampai hanya ada beberapa orang geng kayuh yang dah menunggu di kawasan lapang berhampiran kedai tersebut. Masing-masing dah siap siap pasang basikal dan menunggu geng yang lain. Peserta dah makin ramai dan semasa acara bermula kalau tak silap hampir 30 orang yang berkayuh. KAyuh ramai-ramai macam ni memang best la, tengok saja gambar dibawah tu

kawasan parking kereta di kedai bunga kertas, peserta pun makin ramai

Ini geng dari Tanah Liat, dari taman apa ntah tak ingat lah pulak

Pomen basikal dan junior, dari Balik Pulau. JAdi unoficial technical support hari tu rantai putus brake pad haus semua dia support. Aku pun tolonglah mana yang patut.

Odd hari pagi tu sebelum start dah kena tukar tayar

MAt Apit otai basikal, orang kuat nih bentuk badan pun aero dynamic itu yang laju tuh.



Azizan dan jiran baru sampai, pasang basikal dulu

Mat Apit dok ushar geng baru sampai

MEriah sungguh hari tu

Start kayuh

Penat sungguh walaupun baru mula, dah lama sangat tak kayuh dah mula rasa lain macam saja.

*terpaksa update sedikit demi sedikit sebab kesibukan kerja, sambil prepare paperwork sambil upload gambar.


Kayuhan meriah

Ramai geng geng yang first time jumpa

Jalan mendaki bermula

Yang habih nafas tu apa lagi tolak saja la

Tolak dengan penuh kesungguhan

Dah sampai awal tu lepak kat atas dulu, ini baru separuh perjalanan ke puncak






Dah start nak downhill, pilih jalan dulu satu extreme satu biasa. Fullsus ambik extreme la baru best.
Odd dari belakang sebab sibuk ambik gambar
Aku suka amat dengan gambar ni sebab background pemandangan yang nun sayup jauh disana
Repair beskal brake tak makan, preparation nak downhill

ambik turn untuk downhill, kalau tak ada yang tak pasal-pasal jadi kes 'liwat' lak














Jlaan off road ini berakhir di Sungai Lembu. Kemudian sambung panjat bukit lengkok pulak untuk kembali ke Kedai bunga kertas




*Kepada pencinta bahasa maaf banyak-banyak kalau ada kesilapan ejaan, kalau ada masa nanti aku buat correction. Satu lagi, aku ada masalah mengingat nama especially kalau first time jumpa sebab tu aku tak label nama sekali lagi mintak maaf kot ada yang terasa hati.