bersempena cuti hari pekerja beserta hujung minggu aku sempat kayuh ke Langkap seperti yang di update kan dalam blog Gerek Kulim. Yang sebenarnya hanya aku seorang sahaja dari geng Gerek-Kulim yang kayuh di Langkap sebab geng yang lain semua sibuk......kali ni Zull bagi alasan tak logik lagi, kata tayar gerek dia takdak angin, ishhh buleh pakai ka lagu tu. Tayar spare pam angin orang dah bawak spare, awat bagi alasan lagu tu pulak. Aku tak peduli, sorang aku pun aku nak pi jugak Langkap tu, target aku puncak Langkap aku nak tawan.
Kali ni menarik sebab dapat join Mat Yus, Chuon, Odd pastu dapat jumpa geng Hawk MTB dari TUDM Butterworth so ada jugak la kelainan. Nak dijadikan cerita gerek aku plak buat hal rantai problem, halfway kayuh aku dah kena patah balik. Masa tu aku fikir alang-alang dah sampai takkan nak balik pulak kot buang masa betui la, jadi aku tak mau mengalah sebelum try. Aku troubleshoot gerek aku tu sampai dapat last last jumpa jugak problem dia, rupanya rantai aku dah karat sampai tak boleh gerak pada satu tempat sebab tu jadi macam lompat, lepas tu aku sempat buat tuning RD pulak mau berpeluh gak la. Alhamdulillah aku dapat settle jugak masalah tu dan tanpa berlengah aku terus kayuh ke mula panjat Bukit Langkap sorang-sorang. Berhempas pulas jugak aku nak sampai atas dan trip hari tu dah jadi solo ride sebenarnya sebab tinggal aku sorang dok kerabat bukit tu depa yang lain dah tinggal aku sejam lebih. Kalau nak tengok gambar pi la melawat site Gerek-Kulim , aku dah masuk semua gambar di sana. Disini aku bubuh gambar pemandangan dari atas Bukit Langkap tu, memang cantik rasa berbaloi walaupun panjat sorang-sorang diri.