Tuesday, May 5, 2009

Dulu-dulu, sebelum lighter. Koleksi Cikgu Mat Jusoh

Agak-agaknya sebelum kedatangan mancis api dan lighter apalah yang orang dulu-dulu pakai untuk mendapatkan api. Tentu yang terlintas difikiran hanya penggunaan kayu yang digesek atau batu yang dilaga laga bagi bagi mendapatkan api. Yang sebenarnya itu adalah satu cara primitif, di zaman yang lebih moden terdapat satu lagi cara yang lebih advance yang mana menggunakan satu alat khas yang direka cipta untuk tujuan itu. Rupa alat itu adalah seperti gobek bersaiz mini dan dibuat dari kayu atau tanduk.
Disamping gobek sebagai alat, ia turut memerlukan bahan sebagai pemula api (serat ringan_ yang diletakkan didalam semasa gobek digunakan. Bahan serat ringan ini didapati dari sejenis tumbuhan dari spesis palma yang dinamakan dudor





Baru-baru ini aku berkesempatan melihat demo dari Pak Menakan aku masa pi bertandang dirumah dia, jadi untuk senang nak tengok balik aku pun capture video untuk aku share disini. Tentu ramai yang tak pernah tengok kerana alat ni rasanya dah hampir pupus dan kalau ada pun hanya didalam muzium dan tentu jarang sekali dapat tengok demo penggunaan alat tu.
Rare item, susah nak dapat tengok ni.

Dibawah aku masukkan juga gambar disekitar rumah dan koleksi dalam simpanan pak menakan aku di Mata Ayer Perlis.
Kukur kelapa mekanikal buatan England.

Disamping alat tu ada beberapa lagi barangan antik dan klasik dalam simpanan pak menakan aku yang juga peminat basikal ataupun gerek klasik. Dalam gambar dibawah tu salah satu gerek yang ada iaitu brand Swallow buatan Jepun dari tahun 40an. Semua part masih dalam keadaan asal dan mempunyai cap jenama Swallow.

Lampu buatan Matsushita Sanyo. Siapa sangka Matsushita dan Sanyo sebenar mempunyai kaitan saudara dan pernah menghasilkan barangan dari satu syarikat.


Tayar yang dah pupus, mempunyai pelapik disebelah dalam keluaran Misuboshi Ltd. dari tahu 40an. Sekarang Mitsuboshi terkenal dengan pengeluaran belting untuk kereta.
Koleksi gambar-gambar lama. Dlam koleksi gambar pertabalan Raja Perlis (Almarhum), di studio Jalan Ampas Singapura, gambar ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan lain-lain lagi.