Thursday, May 7, 2009

Bukit Chuping



Inilah Bukit Chuping, Perlis. Aku selalu teringat tentang lagu canggung yang ada menyebut tentang bukit ni. Ini petikan pantun petikan dari lagu Canggung.

Bukit Chuping guanya berangin,
Tempatlah orang mengambil baja,
Putih kuning janganlah dok ingin
Ramailah orang balik sahaja.

Bukit tu pun dah hilang sebahagiannya, mungkinkah akan hanya tinggal satu nama didalam lagu sahaja.........aku pun tak ada jawapan untuk itu.

*Nota: pantun 2 kerat tidak wujud dalam budaya dan bahasa Melayu, itu hanya rekaan Ravi Pi Mai Pi Mai Tang Tu saja.