Friday, April 24, 2009

Family BBQ di Ulu Paip

selepas saja kayuh di Langkap, aku terus balik ke rumah ambik wife dan anak-anak yang dah siap menungu dari pagi. Wife pun dah tarik muka satu macam dah, barang kebanyakannya aku dah siap dari malam sebelum itu lagi. So aku balik mandi dan siap diri sendiri sajalah. Dari rumah lepas kayuh aku terus drive menuju ke Kulim dan terus ke Ulu Paip. Happy sesangat anak-anak aku dapat mandi sungai dah tu jumpa dengan sepupu diaorang pulak tu lagilah menjadi jadi. Aku pun biar sajalah apa diaorang nak buat biar rasa bebas sikit selalu dok control sangat nanti boring pulak diaorang. Ha mandilah puas puas!!Sampai hitam ayam tu, hehehehe dah lama tak main dengan api camtu lah.

Mandi jangan tak mandi



Lebih kurang pukul 3.30 kitaorang pun bertolak balik, cukuplah aku pun dah double penat dah start kayuh dari awal pagi sampailah ke petang tak sempat nak rehat lagi.