Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Monday, April 6, 2009
2 minggu yang haru biru.....setakat ini
Gambar tiada kena mengena dengan cerita, cuma ketenangan seperti ini yang aku perlukan sekarang
Pagi ni aku bangun dengan penuh rasa malas dan tertekan, dengan rehat yang tak cukup ditambah lagi dengan kerja hujung minggu Sabtu dan Ahad berterusan, makin teruk aku rasa. Aku rasa macam dah nak send satu mail out cakap aku OOP saja hari ni memang dah malas sesangat dah ni. Tapi disebabkan teringatkan 2 system yang aku nak kena release untuk production dan product engineering pakai dalam minggu ni beserta dengan 2 white paper nak kena submit beserta dengan data set aku gagahi jugak bersiap nak pergi kerja. Selang tak sampai 5 minit selepas tengok wife bersiap dan bertolak ke tempat kerja wife aku call balik cakap tayar depan pancit. Dah pulak dah!!!! Belum cukup dengan letih yang tak habis lagi ditambah pulak dengan problem ni, wife aku pun patah balik kerumah. Apa lagi aku pun mulakan kerja untuk tukar tayar, satu persatu skru aku buka. Sampai ke skru yang keempat.Dah!!! satu skru tu tak dapat bukak pulak dah sebab pakai 'lock nut' jenis apa ntah. Sia-sia saja bukak skru yang lain dah nak kena pasang balik, dah settle pasang balik, nak mudahkan kerja aku just pam angin masuk manual lah pakai tangan semntara nak pergi isi di stesen minyak. Dah siap aku terus suruh wife aku jalan dulu nanti aku ikut belakang, aku terus ambik motor aku dan jalan. Baru beberapa meter meninggalkan rumah aku dah mula rasa lain macam pada tayar depan motor, dah tayar depan motor aku pulak pancit!!!......malang bertimpa-timpa!!! tak habis-habis!!!. Itu belum cukup lagi, pam angin aku letak dalam kereta pulak tu!!!. Lepas itu aku terus tunggang motor aku perlahan-lahan ke stesen Petronas Seberang Jaya untuk isi angin, dah sampai situ aku pun try lah sambung ke tiub nak dijadikan cerita dah kepala pam tu pulak rosak pada pinnya aduh!!! apalah malang sungguh nasib aku hari ni. Aku pun cuba lagi sekali kali ni ke setesen Caltex pulak bersebelahan dan disini hasilnya lagilah teruk dengan kepala pam tu sekali dah hilang!!!. Fuh dugaan...dugaan!! bertimpa-timpa kau datang!!. Dari situ aku terus tak buang masa terus pergi cari kedai motor dan tunggu depan kedai sampai bukak dan terus repair.
Dengan semua masalah yang bertimpa-timpa ni aku terus tertanya-tanya apa lagi lah yang akan jadi ni tak sudah-sudah bermula dari cubaan curi kereta minggu lepas. Yang itu pun belum selesai, dah datang satu lagi masalah. HAri ni dah jelas hanya menjadi satu lagi hari yang malang dalam hidup aku....besok belum tentu lagi, ntahlah apa lagi yang akan mendatang.