Tuesday, April 14, 2009

Saturday, April 11, 2009

Di bawah tu tak cukup lagi tu!!

Seperti tajuk diatas, dibawah tu baru cerita haru biru personal life aku dan ini belum masuk bab working life pulak. Minggu ini, juga hujung minggu ni adalah minggu yang ketiga berturut-turut aku masuk ke tempat kerja disebakan ada problem dengan product aku. Dan buat kesekian kalinya habis camtu sajalah weekend aku. Sepanjang 2-3 minggu ni product yang aku own selalu sangkut, satu dengan temperature problem dan satu lagi dengan quality issue yang tak dapat diketahui puncanya sedangkan semuanya telah ditukar. Yang pasti impact dari problem-problem tu menyebabkan semua product tu tak dapat di hantar kepada customer dan pastinya penyelesaian untuk masalah itu semua diletakkan di atas kepala aku. Dah macammacam cara aku cuba dan selalunya berakhir dengan kebuntuan, aku sebenarnya dah tak tau nak cakap apa dah........tiada kata dapat menggambarkan keperitan sekarang ini, nak mengeluh pun dah tak guna. Life goes on!!!....jalan saja.

Apa yang aku perlukan adalah ketenangan!!!!.......

Thursday, April 9, 2009

Hari Biru ......aku dalam blues

Ntah apalah yang tak kena ni.......malang menimpa lagi, dalam pada kesibukan kerja aku petang semalam wife aku call cakap kereta tak boleh start pulak. Haih nampak gayanya trend malang bertimpa-timpa ni tak habis lagi, nasib baik ada adik ipar aku tolong call member dia tolong bawak jumper cable untuk jump start kereta. Settle satu masalah. Pagi ini pulak hujan lebat dan macam biasa jalan pun jam tahap maksima. Perjalanan dari rumah aku ke Taman Inderawasih dan terus Perai mengambil masa satu jam.....ish ini yang malas drive nih, disebabkan itu juga aku terus patah balik ke rumah ambik motor dan terus tuju tempat kerja. Senang cerita setengah jam dah sampai, cuma basah sikit sajalah. Tapi kisah malang aku still tak habis, 2 products aku ada problem tahap tertinggi yang menyebabkan tersangkut di operation aku. Apa lagi sehingga setakat aku menulis update ini jam di tangan sudah pun menunjukkan jam 1200 tengah malam dan entah pukul berepalah semua ni akan settle. Tunggu sajalah!!!!......apa laa nasib!!!

Monday, April 6, 2009

2 minggu yang haru biru.....setakat ini


Gambar tiada kena mengena dengan cerita, cuma ketenangan seperti ini yang aku perlukan sekarang

Pagi ni aku bangun dengan penuh rasa malas dan tertekan, dengan rehat yang tak cukup ditambah lagi dengan kerja hujung minggu Sabtu dan Ahad berterusan, makin teruk aku rasa. Aku rasa macam dah nak send satu mail out cakap aku OOP saja hari ni memang dah malas sesangat dah ni. Tapi disebabkan teringatkan 2 system yang aku nak kena release untuk production dan product engineering pakai dalam minggu ni beserta dengan 2 white paper nak kena submit beserta dengan data set aku gagahi jugak bersiap nak pergi kerja. Selang tak sampai 5 minit selepas tengok wife bersiap dan bertolak ke tempat kerja wife aku call balik cakap tayar depan pancit. Dah pulak dah!!!! Belum cukup dengan letih yang tak habis lagi ditambah pulak dengan problem ni, wife aku pun patah balik kerumah. Apa lagi aku pun mulakan kerja untuk tukar tayar, satu persatu skru aku buka. Sampai ke skru yang keempat.Dah!!! satu skru tu tak dapat bukak pulak dah sebab pakai 'lock nut' jenis apa ntah. Sia-sia saja bukak skru yang lain dah nak kena pasang balik, dah settle pasang balik, nak mudahkan kerja aku just pam angin masuk manual lah pakai tangan semntara nak pergi isi di stesen minyak. Dah siap aku terus suruh wife aku jalan dulu nanti aku ikut belakang, aku terus ambik motor aku dan jalan. Baru beberapa meter meninggalkan rumah aku dah mula rasa lain macam pada tayar depan motor, dah tayar depan motor aku pulak pancit!!!......malang bertimpa-timpa!!! tak habis-habis!!!. Itu belum cukup lagi, pam angin aku letak dalam kereta pulak tu!!!. Lepas itu aku terus tunggang motor aku perlahan-lahan ke stesen Petronas Seberang Jaya untuk isi angin, dah sampai situ aku pun try lah sambung ke tiub nak dijadikan cerita dah kepala pam tu pulak rosak pada pinnya aduh!!! apalah malang sungguh nasib aku hari ni. Aku pun cuba lagi sekali kali ni ke setesen Caltex pulak bersebelahan dan disini hasilnya lagilah teruk dengan kepala pam tu sekali dah hilang!!!. Fuh dugaan...dugaan!! bertimpa-timpa kau datang!!. Dari situ aku terus tak buang masa terus pergi cari kedai motor dan tunggu depan kedai sampai bukak dan terus repair.

Dengan semua masalah yang bertimpa-timpa ni aku terus tertanya-tanya apa lagi lah yang akan jadi ni tak sudah-sudah bermula dari cubaan curi kereta minggu lepas. Yang itu pun belum selesai, dah datang satu lagi masalah. HAri ni dah jelas hanya menjadi satu lagi hari yang malang dalam hidup aku....besok belum tentu lagi, ntahlah apa lagi yang akan mendatang.

Thursday, April 2, 2009

aras bawah





Tuesday, March 31, 2009

Cubaan mencuri keretaku

Satu kejadian yang mengejutkan!!....keretaku hampir dilarikan pencuri. Enjin dahpun berjaya dihidupkan tetapi ditinggalkan sahaja, kenapa ia tidak dilarikan?? aku tiada jawapan untuk itu. Laporan telahpun dibuat di IPD Seberang Perai Tengah di PERDA Buktinya........



Wednesday, March 25, 2009

Minggu ini ww13 ikut calendar .....


Gambar hiasan

MAsuk saja minggu ni ingatkan boleh lah nak tenangkan fikiran nak settlekan paper work yang dah lama tertangguh tu tapi apakan daya bermula dengan produk baru yang baru masuk process aku, dari situ dah terus tersangkut pulak aku dengan problem lain sekali. Hampeh sungguh!!!. Dah lah kena 2 benda dalam satu masa after working hours pulak tu....nah ambik kau!!! First day this week stay back sampai pukul 11.00 malam nak clear kan customer sample dengan prepare report untuk issue yang detect kat product lain yang juga aku owned. Sampai hari ni masih struggle untuk clear semua tu.........Dah mula dengan issue besar tu sudah tentulah follow by paper work, generate itu ini dalam system, cal meeting plan untuk containment dan coordination pastu send out communication dengan instruction sekali perghhhhh itu belum di kira dengan meeting yang terpaksa dipanggil untuk clear semua ni.....arghhh!!!
Minggu yang relax dah jadi minggu yang sibuk dah, apa pun steady !!!!. Settle satu satu, guna kaedah yang sama macam kayuh beskal.......Pelan-pelan kayuh, slow tapi sampai!!......itulah moto 'Gerek-Kulim Team' hehehehehee. Pelan-pelan takut tak siap pulak.

Sunday, March 22, 2009

Kayuh Weekend March 22nd '09



Minggu ini seperti yang di janjikan dengan geng Kulim juga sebagai kayuhan kedua oleh Geng Gerek Kulim aku join diaorang, kali ini dari Kulim Perdana ke Ulu Paip pula. Plan asal untuk offroad ke Ulu Paip boleh dikatakan tak jadi kerana trekker berpengalaman iaitu Pak Abu tak dapat join. Apa pun kayuhan tetap diteruskan. Pagi ini jam 7.15 pagi aku pun bertolak Seberang Jaya menuju ke Kulim, dalam perjalanan aku berhenti sebentar di Shell hentian rehat BKE, isi mnyak dulu biasalah isi minyak pagi ni lebih baik sebab wap dah turun hehehehe secara teori lah tu. Sambil tu tangkap kereta mainan Ferrari tu sebijik tambah collection, sempat lagi tuh.
Lebih kurang 7.45 pagi aku pun sampai di rumah Zul Denggi, tanpa bertangguh lagi angkat keluar basikal dan tayar yang disusun dalam kereta tu. Dalam proses ni 'water bottle' aku terjatuh dari tempat letaknya dan terhentak diatas jalan, masa ni aku nampak air memelah dari water bottel tu. Alamak dah pecah laa!!!, memang frust betul lah botol kesayangan lak tu apa kan daya dah suratan takdir simpan balik dalam kereta ingat nak try match balik dengan botol yang lain kat rumah. Lepas tu aku continue assemble beskal aku dan prepare untuk kayuh tapi sebelum tu macam biasa la bergambar dulu apa patut.



Sessi bergambar

Tayar golek



Semua happy di keheningan pagi

Berenti isi kantung dulu, ingat nak pekena 'power pack'

Sini takdak 'power pack' mai dalam pinggan hehehehee