Sunday, March 22, 2009

Kayuh Weekend March 22nd '09



Minggu ini seperti yang di janjikan dengan geng Kulim juga sebagai kayuhan kedua oleh Geng Gerek Kulim aku join diaorang, kali ini dari Kulim Perdana ke Ulu Paip pula. Plan asal untuk offroad ke Ulu Paip boleh dikatakan tak jadi kerana trekker berpengalaman iaitu Pak Abu tak dapat join. Apa pun kayuhan tetap diteruskan. Pagi ini jam 7.15 pagi aku pun bertolak Seberang Jaya menuju ke Kulim, dalam perjalanan aku berhenti sebentar di Shell hentian rehat BKE, isi mnyak dulu biasalah isi minyak pagi ni lebih baik sebab wap dah turun hehehehe secara teori lah tu. Sambil tu tangkap kereta mainan Ferrari tu sebijik tambah collection, sempat lagi tuh.
Lebih kurang 7.45 pagi aku pun sampai di rumah Zul Denggi, tanpa bertangguh lagi angkat keluar basikal dan tayar yang disusun dalam kereta tu. Dalam proses ni 'water bottle' aku terjatuh dari tempat letaknya dan terhentak diatas jalan, masa ni aku nampak air memelah dari water bottel tu. Alamak dah pecah laa!!!, memang frust betul lah botol kesayangan lak tu apa kan daya dah suratan takdir simpan balik dalam kereta ingat nak try match balik dengan botol yang lain kat rumah. Lepas tu aku continue assemble beskal aku dan prepare untuk kayuh tapi sebelum tu macam biasa la bergambar dulu apa patut.



Sessi bergambar

Tayar golek



Semua happy di keheningan pagi

Berenti isi kantung dulu, ingat nak pekena 'power pack'

Sini takdak 'power pack' mai dalam pinggan hehehehee