Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, di SK Convent Butterworth

Bersempena dengan Hari Guru Tahun ini semua sekolah di Malaysia telah diarahkan untuk mengadakan gotong royong ni , dengar ceritanya ramai guru yang rasa tak puas hati sebab terpaksa bekerja lebih. Bersempena dengan Hari Guru ini juga, bagi 'memeriahkan' majlis aku pun turut menghadirkan diri ke sekolah anak aku ni. Dibawah tu beberapa gambar yang diambil pada hari tu, tak banyak nak komen semua.

Selamat HAri Guru Cikgu, tengah buat persiapan pentas. Entah apa yang diorang plan untuk Hari Guru Isnin nanti. Ada jemputan untuk makan tengah hari bersempena dengan itu.

Cikgu Zulkifli, spontan jadi gambar pun tinggal sekerat

Mr Harjit dan pekerja pembersihan

Makcik ni pekerja permbersihan, jadi model lah plak

Mr Harjit, memang aktif dia di sekolah Convent ni sebagai seorang AJK PIBG.
Mr Harjit dan Mr Jeffrey, 2 orang ahli PIBG.




Hajah Hafsah, Guru Besar SK Convent Butterworth, orang lama di bidang pendidikan dan berpewatakan tegas. Banyak jugak kisah menarik di kongsi. 
Cikgu-cikgu sedang menikmati jamuan yang disediakan. Hidangan istimewa gulai ikan kering dari Tanjung Dawai..


Selesai gotong royong, penuh satu lori dengan bahan buangan.


Tak semudah yang di tulis

Guru Besar, Hjh Hafsah bakal bersara hujung tahun ini.......

Inilah hasilnya setelah setengah hari masa dihabiskan di sekolah kakaknya. Hehehehehehehehehe....boring giler!!!!!.......takpa besok abah bawak pi mandi sungai Ulu Paip OK?!?!?!........






Saturday, May 15, 2010

Masa depan di belakang

Masa berlalu pergi tanpa disedari, 'masa hadapan' menghimpit dan dan meminggiri segala di laluan. Ke tepi ke tepi.......aku sudah hampir ke sini.

Masa hadapan kini cuma di belakang.........bukan ku lari tapi di suruh pergi.

Kampung Bagan Dalam 2010

Thursday, May 13, 2010

Penamat dan juga satu permulaan baru


Dengan keputusan pihak pengurusan tempat aku bekerja sebelum ini maka rombakan besar-besaran telah berlaku yang melibatkan building atau organisasi aku bekerja. Seperti yang telah dirancangkan bangunan tempat aku bekerja akan dikosongkan menjelang pertengahan 2010 yang akan tiba tidak lama lagi, setakat ini segala pergerakan keluar alatan, mesin-mesin telah berjalan dengan lancar dan begitu juga dengan perpindahan pekerja yang terlibat ke tempat baru. Tidak terkecuali jugak dengan aku yang dijangka akan ke Kulim sedikit masa lagi. Dengan perasaan bercampur baur, tidak dapat tidak maka satu lagi fasa dalam dunia pekerjaan perlu aku tempuhi dan kini hampoir tiba masanya bakal terjadinya satu titik penamat di tempat lama aku bekerja dan juga satu permulaan bagi aku di Kulim pula. Entah macam manalah pulak keadaannya di tempat baru.

Untuk meraikan kakitangan yang akan berpindah ke tempat baru maka majlis hi-tea telah diadakan untuk semua terlibat mengikut department masing-masing. Walaupun aku cukup malas nak hadir ke majlis macam tu tapi dengan adanya kawan-kawan yang turut hadir maka aku pun just follow sajalah, dah makan free layan sajalah.




Sedap jugak makanan pada petang tu

Untuk memeriahkan majlis beberapa game turut diadakan. Aku pun terkena sekali atas permintaan ramai, tapi malu aih nak tunjuk disini dah jenis game pun buruk rupanya (aku sembunyi kat belakang tu). Apa pun aku just layan jugak hanya sebagai tanda sporting saja. Apa kejadah pukul kentang pakai bola tennis dalam sarung kaki camtu, kata atas stage pulak tu. Berpeluh jantan jugak aku hehehehe malu siot!!!!.......

Buruk betul game ni.......
Dalam ramai-ramai gambar Ann makan pisang nii lah yang paling buruk hehehehehhee.......

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas?!?!?......





Semalam sempat jugak aku tonton perlawanan badminton Piala Thomas antara pasukan Jepun dan Malaysia. Tahun ni Malaysia meletakkan harapan tinggi untuk memenangi Piala Thomas yang kali terkahir kita menangi di era 90an dahulu. Untuk perlawanan semalam seperti yang sedia diketahui pasukan Malaysia telah tewas ditangan Jepun dengan keputusan 2-3. Sebagai pasukan bukan pilihan pemain Jepun telah menunjukkan permainan yang sangat meyakinkan dan pemain-pemain mereka juga dilihat adalah muda-muda belaka berbanding Malaysia. Lee Chong Wei sekali lagi bertemu dengan Tago yang pernah memberikan tentangan hebat di satu kejohanan lain sebelum ini yang melihat LCW hampir tewas, namun semalam LCW menang.
Walaupun harapan tinggi diletakkan untuk pasukan Malaysia, secara realistiknya melihatkan tahap permainan pasukan Malaysia semalam dapat dirasakan pasukan ini tidak akan mampu untuk mencapai sasaran untuk kali ini, dan jika mampu menjadi juara sekalipun, pasti akan menempuh laluan atau halangan yang amat-amat mencabar yang hampir-hampir mustahil.

Apa pun kini Malaysia berjaya juga melangkah ke Semi-final..........kita tengok apa keputusannya pulak.

Monday, May 10, 2010

Dapat naik pangkat, kena tukar sekolah pun bunuh diri

Dari http://www.omaq.org/v3/

Betul ke ni???........kalau betul pun dah kira dasat sesangat dah ni, takkanlah pasai kena tukar sekolah pun sampai nak bunuh diri, dah tu dapat kenaikan pangkat lak tu. Tukar pun setakat sekolah yang dalam negeri Perlis jugak.......entahlah tak paham aku?!?!?!?!?.......


KUALA PERLIS – Seorang guru yang didakwa merajuk selepas kecewa kerana ditukarkan ke sekolah baru ditemui mati lemas apabila terjatuh ke dalam laut di Kuala Sungai Baru di sini semalam. Mayat Zuki Ibrahim, 40, ditemui pukul 1.20 petang, enam meter dari tebing pantai.
Sebelum kejadian, Zuki dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Noriza Kassim, 37, yang memberitahu dia mahu terjun ke laut pada pukul 9 pagi.
Zuki ditukarkan ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi sejak dua bulan lalu selepas dinaikkan pangkat menjadi guru kanan mata pelajaran Kemanusiaan. Sebelum itu, dia mengajar mata pelajaran sama di SMK Padang Siding manakala Noriza pula guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah di sini.
Difahamkan, mangsa merajuk dan tidak puas hati ditukarkan kerana dia terlalu sayangkan anak muridnya di sekolah lama.
Menurut Noriza, dia pergi ke pantai sebaik menerima SMS itu sebelum mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandu suaminya ditinggalkan di tepi pantai bersama telefon bimbit.

Sunday, May 9, 2010

Satu Hujung minggu di Port Wellesley

Entah pasal apa baru-baru ni teringin sungguh aku dengan kari kepala ikan walhal kalau diikutkan aku bukanlah pemakan yang kepala ikan yang expert. Maca mana pulak tu pemakan yang expert?!?!?!...yang expert tu bagi aku ialah mereka-mereka yang suka makan kepala ikan dan mampu menghabiskan kepala tu hingga sampai tinggal tulang selonggok, itulah pemakan kepala ikan expert. Dan aku bukan tergolong dalam kategori itu. Aku hanya akan makan isi yang tebal sahaja dan selebihnya selalunya orang yang expert akan habiskan. Oleh kerana teringin sangat aku pun menuju ke restoran yang memang terkenal dengan kari kepala di Pulau Pinang ini iaitu Restoran Pen Mutiara di Taman Selat yang juga terletaknya Rope Walk Bagan.

Restoran di sini sebenarnya hanya cawangan sahaja, skedai utamanya terletak di Batu Maung di bahagian pulau. Tak dapat ke situ di seberang sini pun dah cukup.
Hanya aku 4 orang sekeluarga yang makan hidangan yang dipilih pun tak seberapa, takut tak habis pulak. 1 kari kepala ikan untuk 2 orang makan, udang masak pedas, sambal belacan dan sayur itu sahaja. Dan tak lupa air satu jug kecil.

Kari Kepala ikan di Pen Mutiara yang tersohor tu :-)....ehehehe. Meleleh!!!!!.....kuah kari dia memang power sampai boleh hirup. Itu yang aku suka sebenarnya bukan ikannya. Oleh kerana aku tak berapa pandai makan ikan maka orang rumah aku yang habiskan bahagian-bahagian special bagi kaki makan kari kepala ikan yang expert.

Udang masak cabai atau pedas, perghhhhh yang ni aku suka!!!.....sedap betul kuahnya, cuma tak berapa match dengan kari bagi pendapat aku. Apa pun aku tetap belasah sampai habis, apa taknya setiap ekor udang ni berharga RM5-RM8, takkan nak tinggal berbaki kot.

Lewat petang nya pulak hala ke Stadium Batu Kawan, layan race cub prix sambil tengok kot-kot ada offer motor jual longgok ka hehehehe....

Cantik Modenas ni bila masuk racing kit

Kes Kereta Ketua Polis Selangor Di Curi

Hari ni bila aku melawat ke blog ondscene aku tengok dah kecoh rupanya kisah kes kereta ketua polis Selangor yang dicuri tu. Laporan dari blogger Sham Ondscene tentang kes tu telah menyebabkan sesetengah pihak yang mengaku mewakili atau sebagai seseorang dari PDRM terkilan atau tersinggung. Bila aku baca tulisan individu itu, dia seperti mempertahankan tindakan PDRM di dalam kes tersebut dan melahirkan rasa kurang puas hati dengan Ondscene sebab mempersoalkan pihak PDRM. Bagi aku pulak, pada pendapat aku persoalan yang ditimbulkan oleh Ondscene itu adalah tepat, yang mempersoalkan layanan atau cara pihak PDRM menyelesaikan kes yang dilaporkan kepada mereka, tentang double standard yang diamalkan dan perbezaan antara kes PDRM dan kes orang awam. Bagi aku semua yang dibangkitkan itu ada benar dan tepat.

Seperti yang sedia maklum, tahun lepas sahaja aku ada 2 kes yang dilaporkan kepada pihak PDRM yang hingga ke hari ini belum selesai dan tanpa sebarang update tentang perkembangan kes tersebut. Tidak cukup dengan itu pelbagai pengalaman aku tempuh dan pelbagai pemerhatian turut aku lihat semasa proses membuat laporan. Pastinya semuanya negatif.

Di Ondscene sempat aku coretkan sedikit catatan rasa aku.....PANASSS!!!!

Monday, May 3, 2010

KTM 2010....Kayuhan Terang Malam, Siapa Kata Terang?!?!?!?!?!

Kalau diikutkan nama jamboree di Kulim untuk kali ni adalah Kayuhan Terang Malam, tapi kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebenar, maka tak relevan langsung nama jamboree tu. Tapi kalau dah nama pun malam tentulah gelap kan, tak payahlah dok berangan nak kayuh ditempat terang benderang. Kalau nak macam tu jugak kayuh dalam dewan bolehlah. Untuk Jamboree kali ini aku dah plan awai dengan Lan Usin untuk turun pi bagi sokongan moral......chewahh sokongan moral konon, atau dalam lain perkatan dan maknanya kami pi sesaja nak memeriahkan majlis dan tumpang berseronok dengan kemeriahan jamboree tu.
Tengoklah betapa gelapnya keadaan, hanya lampu suluh kecil menjadi teman. Bukan calang-calang trek yang di pilih untuk jamboree kali ni, terpaksa lalu kawasan hutan simpan iaitu di trek balak Sungai Kob. Sedangkan siang pun agak menggerunkan apatah lagi malam.

Menghampiri garisan penamat, ramai yang masih bertenaga. Sesekali dilimpahi cahaya flash, jadi buta sebentar. Aku bergelak besar dengan gelagat peserta yang terkena cahaya flash dengan mengejut ada yang sampai terbabas heheheheheheheheheheheheee........
Ramai kawan-kawan malam ni, sempat juga di celah tu aku bergambar dengan Marshal scrambler
Lan sedang ber "Tanggo" atau tarian "Ahmad Albab" kot.

Best betul kalau dapat join kayuh jamboree ni, memang rugi tak dapat join