Thursday, November 1, 2012

X-Paragon Ride

Lama sungguh aku menyepi dari dunia blogging ni, dah tentu jugak dari dunia basikal ni. Tapi nak dijadikan al kisahnya nampaknya tahun ni masih ada jugak keterlibatan aku dalam dunia basikal ni. Dengan sedikit kelapangan masa yang ada dapat aku join geng SAT pi jadi marshal untuk x-paragon ride yang telah berlangsung di pulau pinang baru baru ni. Walaupun event ni berlangsung sehari saja tapi persediaan ntuk marshal dah dibuat sehari awal, kami semua telah berkampung sehari sebelum event di asrama PBA empangan Air Itam sehari lebih awal. Selain perbincangan koordinasi untuk event, pada malamnya diadakan juga barbeque untuk semua yang terlibat meriah jugak barbeque malam tu. sekali sekala makan beramai-ramai ni memang meriah...........ahhhhh nanti sambung la, aku nak kena menulis report lak ni....hahahahaa makin banyak cara untuk access blog aku ni, makin kurang pulak masa untuk aku menulis.

Monday, August 6, 2012

Serabut sikit sekarang ni, aku cuba buat sesuatu yang berlainan dari rutin yang dulu.....yang aku dah ubah waktu kerja aku, dulu ikut waktu normal pejabat tapi sekrang aku mencuba kerja shift pulak. Matlamat aku adalah lebih masa dirumah disamping ada matlamat alin yang aku nak capai........entah tercapai atau tidak......aku kena berusaha itu sahaja caranya.

Friday, June 29, 2012

Jalan-jalan siber


Baru-bari ini aku membuat keputusan untuk mengubah sesuatu jauh dari kebiasaan. Yang sebenarnya aku telah membuat keputusan untuk bertukar kerja dari office hour kepada kerja shift ..........mmmm kembali macam dulu-dulu. Lama betul aku tak bekerja didalam shift ni tapi demi matlamat aku yang satu (rahsia) aku gagahkan jua diri untuk mengahdapi cabaran yang lurbiasa hebatnya ini, dan entah untuk berapa lama agaknya aku mampu bertahan. Matlamatku perubahan ini adalah untuk sementara, ya... sehingga matlamat aku tercapai sahaja....aku harap selepas ini aku dapat kembali kepada cara lama.

Hari ni aku bekerja  dan tidak banyak yang aku kerjakan sebenarnya......jadi aku dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan berziarah dialam siber. Aku perhatikan kebanyakan blog yang pada suatu masa dulu agak aktif tapi kini semakin lesu dan termasuklah juga blog aku sendiri, dilihatkan pada tarikh nampaknya ini semua kerana penangan Mukabuku lah ni.........bila beralih kepada Facebook maka habis blog masing-masing ditinggalkan dan termasuklah aku sendiri. Apa pun alasannya yang paling penting adalah semangat dan istiqamah dalam diri masing-masing yang menentukannya samada kita mampu membuat sesuatu itu secara berterusan atau tidak. Dan aku ingin merubah sesuatu tentang diri aku tentang ini.......

Wednesday, May 30, 2012

Walimatul Urus Nini di Mata Ayer Perlis

Perkahwinan sepupu di Perlis..........Nini dan suami


 Ish nama lupa lah pulak
 Munir.....dah jadi pomen profesional ...
 Malam nak kenduri, buat apa lagi menyembang la


 3 orang sepupu aku.....yang paling tua tu Kak Ani, memang best layan sembang ngan Kak Ani ni....sekarang dia dah pun pencen dah, sebelum ni orang no 2 MARA negeri Kedah.
 Baby............hahahahaha dah tua bangka pun baby lagi, nama betul die Azree dah grad dari U Multimedia..... sekarang menjadi seorang pemain golf profesional......Selamat berjaya baby!!!!.....hahahahahahaha
 Wife aku dengan anak-anak aku....menyibukkan diri. Wife aku pun memang sangat selesa kalau berada dikampung aku, dan dia pun akan enjoy dengan suasana disini....sebab tu aku jarang beraya di Pulau Pinang hehehehehehehehehehehe..........

 Sepupu aku
 Adik lelaki bongsu aku yang memakai baju tanpa lengan .
Pemandangan dirumah aku dikampung dari tingkap atas, mengusik kenangan betul melihat dari tingkap atas ni.......teringat masa aku kecik-kecik dulu........disini aku dibesarkan, bersekolah, belajar tentang dunia, menjelajah, bergaul, mandi sungai.............namakan saja apa yang ank kampung lakukan, pasti aku dah merasainya.

 Mengntai ditingkap
 Dodot...........anak bongsu aku
 Bergotong royong membasuh pinggan ......ceria dari pagi sampai petang geng-geng, ,memang happening habis lah  group ni
Dalam dok sibuk-sibuk tu, tetamu pun dah mula sampai............dah bertambah lah kemeriahan kenduri yang dha memang dirancang agar menjadi kenduri tradisi tulen.
Beberapa bulan lepas aku berkesempatan mengikuti aktiviti teambuilding dengan group department aku. Kali ni diadakan di Lata Sedim dengan aktiviti berkonsepkan outdoor adventure yang sememangnya menjadi minat aku selama ini. Pelbagai aktiviti dirancang oleh comittee yang dipilih dan semasa proses pemilihan aku pun turut sama memberi idea supaya ianya menjadi lebih menarik.


 aktiviti kumpulan
 Ini aku tengah membuat perancangan strategi untuk team aku
 Paling hujung disebelah sini, lelaki bercermin mata adalah mendiang boss kami, meninggal dunia pada cuti Tahun baru Cina yang lalu. Semua terkejut bila mendapat tahu berita tersebut, masih terngiang-ngiang suara beliau bercakap dengan anaknya melalui telefon dari cubenya yang terletak selang hanya satu cube dari cube aku. Baru perasan yang mendiang ada didalam gambar ini.......
Aktiviti seterusnya, abseiling. Dah lama tak merasa thrill menuruni tali dari tempat yang tinggi. Dapat jugak aku merasa lagi kali ini. Sebelum itu sudah tentu sessi briefing dari coordinator acara tentang penggunaan alatan, aku dah familiar dengan semua alatan ni, so juat refresh balik sajalah.

 Nah haih, jangan kata nak turun, nak naik kepuncak pun dah satu cabaran. Ketar kepala lutut jugakla........40kaki tinggi, tengok gambar dibawah untuk gambaran penuh
Aku terus tak sabar-sabar untuk menyahut cabaran ini.....terus ambik harness dan pakai

 pergh......teruja aku hahahahahahahaha
Penurunan bermula...............ketaq siot, dah berbeza dah rasanya bila dah tua ni......hahahahahahaa....

Inilah habuannya setelah berjaya sampai dibawah ......ini ada satu hidang....bukan untuk sekumpulan orang makan, tapi ini cuma untuk aku sorang saja......dan aku serius.....hahahahahahahahah buruk lantak betoi

Sunday, February 12, 2012

2011 yang berlalu pergi

Kini di awal 2012, rentak perjalanan rutin hidup aku masih agak sama seperti tahun sebelum ini. Aku masih lagi setia menjadi pengunjung gym dihujung minggu iaitu sesuatu yang aku mulakan dari awal 2011 lagi. Jika awal 2011 dulu berat aku menjangkau 131kg, kemudiannya setelah beberapa bulan aku telah berjaya mengurangkan lebih dari 13kg. Menjelang hujung 2011 dan menjengah 2012 berat aku naik 1-2 kg dan ini semua gara-gara cuti sekolah haritulah bila aku mengurangkan aktiviti ke gym dan bermain badminton....yalah musim cuti sekolah, hujung minggu saja mestilah layan kenduri kan , apa lagi. Semasa musim cuti sekolah yang lepas juga aku berkesempatan membawa anak-anak aku berjalan-jalan ke Hatyai.....sebenarnya aku sendiri pun walaupun berasal dari negeri yang bersempadan dengan Thailand namun aku sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Hatyai, dah ada kesempatan tu apa lagi maka aku kerahkanlah tentera-tentera aku tu.
Moh kesana kita.....alamak, nak kena sambung lain kalilah ada keroje lah pulak.hehehehehheee

Thursday, February 9, 2012

2012, nak kata mula lagi ka

Diimbas kembali posting-posting aku terdahulu dah cukup kerap aku tulis tentang permulaan demi permulaan kali ni aku rasa perkataan yang lebih sesui adalah aku nak meneruskan sesuatu yang aku dah mulakan dulu. Kalau diikutkan dengan masuknya tahun 2012 ni bermakna dah 6 tahun aku memulakan blog aku nih, cepat sungguh masa berlalu......Semalam aku berkesempatan melihat gambar-gambar anak aku semasa berumur 4-5 tahun.......terus aku terkenang pada anak-anak yang bila masa aku ditempat kerja mereka pula berada disekolah  ataupun di nurseri..........melihat gambar mereka, aku masih ingat semasa aku mendapat cahaya mata yang pertama dulu, aku pernah berazam yang aku akan menghabiskan sebanyak mungkin masa bersama mereka dan selama ini itulah yang telah aku buat.........gambar dibawah ini diambil beberapa tahun yang dulu sebelum kelahiran ank aku yang ketiga, kenangan semasa mereka menemani aku memancing di satu sungai di Kepala Batas.
Pada 2010 aku telah dikurniakan anak yang ketiga pulak....yang lebih memeriahkan hidup aku hahahahahahaha bertambah pening aku dengan yang ketiga ni......tapi aku sangat enjoy. Setiap detik bersama anak-anak aku harapkan akan dapat kekal dalam memori kami semua dan menjadi kenangan paling berharga.....aku ingin terus menulis sekarang ni, tapi aku nak baliklah....ambik anak-anak...masa untuk kembali bersama mereka, entah apalah pulak yang aku nak kena leterkan hari ni hahahahahahahahahahaha.....bye, nanti sambung.