Diimbas kembali posting-posting aku terdahulu dah cukup kerap aku tulis tentang permulaan demi permulaan kali ni aku rasa perkataan yang lebih sesui adalah aku nak meneruskan sesuatu yang aku dah mulakan dulu. Kalau diikutkan dengan masuknya tahun 2012 ni bermakna dah 6 tahun aku memulakan blog aku nih, cepat sungguh masa berlalu......Semalam aku berkesempatan melihat gambar-gambar anak aku semasa berumur 4-5 tahun.......terus aku terkenang pada anak-anak yang bila masa aku ditempat kerja mereka pula berada disekolah ataupun di nurseri..........melihat gambar mereka, aku masih ingat semasa aku mendapat cahaya mata yang pertama dulu, aku pernah berazam yang aku akan menghabiskan sebanyak mungkin masa bersama mereka dan selama ini itulah yang telah aku buat.........gambar dibawah ini diambil beberapa tahun yang dulu sebelum kelahiran ank aku yang ketiga, kenangan semasa mereka menemani aku memancing di satu sungai di Kepala Batas.
Pada 2010 aku telah dikurniakan anak yang ketiga pulak....yang lebih memeriahkan hidup aku hahahahahahaha bertambah pening aku dengan yang ketiga ni......tapi aku sangat enjoy. Setiap detik bersama anak-anak aku harapkan akan dapat kekal dalam memori kami semua dan menjadi kenangan paling berharga.....aku ingin terus menulis sekarang ni, tapi aku nak baliklah....ambik anak-anak...masa untuk kembali bersama mereka, entah apalah pulak yang aku nak kena leterkan hari ni hahahahahahahahahahaha.....bye, nanti sambung.
No comments:
Post a Comment