Kini di awal 2012, rentak perjalanan rutin hidup aku masih agak sama seperti tahun sebelum ini. Aku masih lagi setia menjadi pengunjung gym dihujung minggu iaitu sesuatu yang aku mulakan dari awal 2011 lagi. Jika awal 2011 dulu berat aku menjangkau 131kg, kemudiannya setelah beberapa bulan aku telah berjaya mengurangkan lebih dari 13kg. Menjelang hujung 2011 dan menjengah 2012 berat aku naik 1-2 kg dan ini semua gara-gara cuti sekolah haritulah bila aku mengurangkan aktiviti ke gym dan bermain badminton....yalah musim cuti sekolah, hujung minggu saja mestilah layan kenduri kan , apa lagi. Semasa musim cuti sekolah yang lepas juga aku berkesempatan membawa anak-anak aku berjalan-jalan ke Hatyai.....sebenarnya aku sendiri pun walaupun berasal dari negeri yang bersempadan dengan Thailand namun aku sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Hatyai, dah ada kesempatan tu apa lagi maka aku kerahkanlah tentera-tentera aku tu.
Moh kesana kita.....alamak, nak kena sambung lain kalilah ada keroje lah pulak.hehehehehheee
No comments:
Post a Comment