Wednesday, May 30, 2012

Beberapa bulan lepas aku berkesempatan mengikuti aktiviti teambuilding dengan group department aku. Kali ni diadakan di Lata Sedim dengan aktiviti berkonsepkan outdoor adventure yang sememangnya menjadi minat aku selama ini. Pelbagai aktiviti dirancang oleh comittee yang dipilih dan semasa proses pemilihan aku pun turut sama memberi idea supaya ianya menjadi lebih menarik.


 aktiviti kumpulan
 Ini aku tengah membuat perancangan strategi untuk team aku
 Paling hujung disebelah sini, lelaki bercermin mata adalah mendiang boss kami, meninggal dunia pada cuti Tahun baru Cina yang lalu. Semua terkejut bila mendapat tahu berita tersebut, masih terngiang-ngiang suara beliau bercakap dengan anaknya melalui telefon dari cubenya yang terletak selang hanya satu cube dari cube aku. Baru perasan yang mendiang ada didalam gambar ini.......
Aktiviti seterusnya, abseiling. Dah lama tak merasa thrill menuruni tali dari tempat yang tinggi. Dapat jugak aku merasa lagi kali ini. Sebelum itu sudah tentu sessi briefing dari coordinator acara tentang penggunaan alatan, aku dah familiar dengan semua alatan ni, so juat refresh balik sajalah.

 Nah haih, jangan kata nak turun, nak naik kepuncak pun dah satu cabaran. Ketar kepala lutut jugakla........40kaki tinggi, tengok gambar dibawah untuk gambaran penuh
Aku terus tak sabar-sabar untuk menyahut cabaran ini.....terus ambik harness dan pakai

 pergh......teruja aku hahahahahahahaha
Penurunan bermula...............ketaq siot, dah berbeza dah rasanya bila dah tua ni......hahahahahahaa....

Inilah habuannya setelah berjaya sampai dibawah ......ini ada satu hidang....bukan untuk sekumpulan orang makan, tapi ini cuma untuk aku sorang saja......dan aku serius.....hahahahahahahahah buruk lantak betoi

No comments:

Post a Comment