Saturday, May 30, 2009

Weekend 30th May

Kereta aku dah keluar workshop, yang tak bestnya mekanik still tak jumpa apa penyakit kereta aku....hampeh betui, nampak gayanya kereta aku still ada risiko akan bagi masalah lagi, yang lagi tak bestnya boleh jadi bila-bila masa saja, maka bersedia sajalah. Sebenarnya penyakit kereta aku ni bermula lepas dari wiring yang terpaksa dibuat semula disebabkan teruk tebakar dalam cubaan mencuri sebelum ini, habis semua main wire harnes terbakar ini semua penyamun celaka punya pasal. Ngkorang tak dapat kat aku takper, kalau dapat aku lapah koraang!!!.......boleh lah merasa kena lapah dengan pisau mahal, pilih saja nak Swiss army ataupun Swiss tool yang sentiasa bersama aku. Kalau yang swiss tool dah ada siap pisau lapah........taklah terasa sangat masa kena lapah hidup-hidup tu.

Baru-baru ni masa aku berenti makan disebuah kedai di Permatang Pauh ada sebijik motor Yamaha 135 LC berlegar legar berhampiran kereta aku. Sebelum itu seorang pekerja restoran ada tanya aku samada aku ada simpan barang berharga dalam kereta tak sebab diorang perasan ada satu motor berulang alik dan berenti dekat kereta aku dan tengok kedalam. Sebaik saja aku dapat tahu, aku dan pekerja restoran terus buat plan nak perangkap penyamun tu. Kitaorang dah standby dah dari dalam kedai sambil dok tengok kereta aku, selang beberapa minit kemudian memang ada sebuah motor yang sama seperti yang budak tu bagitau aku datang dan memperlahankan motor dekat dengan kereta aku. Pada masa tu mungkin diaorang cuma dok tunggu masa nak pecah cermin, dan kami memang dok tunggu diorang berenti turun dari motor......tunggu punya tunggu penyamun tu tetap tak datang berenti sampailah aku selesai makan. Tunggu lagi hampir setengah jam pun diaorang still tak start bertindak cuma dok beruloang alik dok ushar line. Gagal rancangan kami nak tangkap nampaknya. Ishhh kalau tidak dah boleh kenduri besar malam tu, aku dah plan nak jemput kawan-kawan dari area Seberang Jaya, Permatang Pauh, Penang dan Kulim untuk turun merasa makan kenduri......hehehheheeeee. Dan lagi kalau dapat tangkap malam itupun mungkin pagi besoknya baru diaorang boleh dapat merasa kebehagiaan berada didalam lokap sebab mereka pasti akan melalui bual bicara mesra dari aku sepanjang malam. Tapi taklah sampai mati, hati aku jenis lembut tak sanggup aku nak buat sampai camtu, cuma 'beramah mesra' saja.......duduk atas riba ker, perut ker sambil sembang-sembang......berat aku cuma 128Kg ajer, best kalau riba-riba atas perut.

Memang tak mati, tapi itu akan menjadi seksaan paling dasyat abad ini bagi mereka yang kantoi dalam tangan aku masa try nak buat benda bodoh didepan aku. Aku dah lama dendam kat orang yang macam tu cuma dok tunggu peluang saja nak balas.........

Ish lari tajuk pulak aku kali ni, sebenarnya hari ni masa aku pergi ambik kereta di kedai tadi aku sempat sembang dengan mekanik yang juga merangkap tauke kedai yang dikenali sebagi John. Budak ni aku kenai masa hari buat report kereta aku nak kena curi sebelum ni dan oleh kerana dia jugak yang repair sebelum aku pun hantar balik kat dia. Kali ni dia tak charge apa-apa sebab tak tau apa problem dan dia sendiri pun tak puas hati jadi macam ni. Selain sembang pasai kereta aku sempat tanya pasai budak kecik dikedai dia umur dalam lingkungan 3 tahun yang nampak rilek saja main dengan muka berpalit minyak. Aku dapat tahu dari John, budak tu bukan anak dia sebenarnya kerana dia baru saja kahwin dan budak tu sebenarnya anak pungut yang dia ambil dan bela dari semenjak dia bujang lagi. Budak tu hendak dibuang oleh emaknya masa John ambil dulu, bila saja aku dapat tau macam tu aku jadi sedih sebab ada orang yang sanggup nak buang anak yang comel tu macam tu saja. Aku sebagai seorang bapak ni jaga anak sampai terlalu over protective takut dan tak nak jadi apa-apa kat anak, yang diorang ni senang-senang saja nak buang sana-sini.....menatang betui!!!........Sebelum balik aku sempat cakap kat dia, anak bela ni dugaan dia besar kepada orang yang jaga dia biasalah ujian, tapi insyaAllah dengan dia juga datangnya rezeki sebagai seorang manusia dan kadan-kadang kita dapat tumpang serba sikit. Bila aku cakap macam tu John sendiri cakap memang betui apa aku cakap tu, bila ambik bela budak tu macam-macam orang cakap kat dia dan selepas itu juga rezeki dia lebih murah hinggakan dapat membuka sebuah workshop yang sebegitu besar dengan pekerja yang ramai sehingga mampu memiliki kereta Toyota Caldina.

Apapun kereta aku masih bermasalah heheheheeee........sibuk bercerita benda lain pulak. Balik dari ambik kereta aku sekeluarga terus pergi makan kenduri di rumah Khairul pulak di Kuala Bekah, Penaga. Malam ni adik aku yang bungsu akan datang dari kampung, nampak gayanya sebelum sempat aku plan apa-apa plan dah mai untuk aku iaitu bawak adik aku jalan-jalan di Penang. Ingat nanti nak bawak dia pergi ekspo Seberang Jaya dulu, pastu mungkin ke Carrefour kot........ikutlah mana dia nak pergi pun, aku jadi pemandu pelancong saja. Anak-anak aku aku memang seronok abis dapat jumpa sepupu-sepupu diaorang.

Friday, May 29, 2009

Cuti sekolah telah bermula

Hari ni adalah hari terakhir persekolahan untuk pertengahan tahun ini, juga merupakan permulaan cuti sekolah selama 2 minggu yang bermula esok. Ramai yang dah mula buat plan nak bawak anak jalan-jalan aku pulak tak ada plan lagi sebab memang tak boleh nak cuti itupun sebab wife tak dapat cuti. Apa pun aku akan plan jugak aktiviti dihujung minggu untuk jalan-jalan. Macam biasa buat free touring pusing utara ka, tengok dululah yang mana sempat. Yang pasti kereta aku buat hal lagi itupun mungkin sebab trauma kena pecah sebelum ni punya hal. Wiring still tak OK menyebabkan beberapa function dalam kereta aku jadi gila, semalam aku dah hantar ke kedai harap-harap boleh siap selewat-lewatnya besok jadi aku boleh pergi ronda-ronda. Tapi ke mana agaknya ya???.......

Tuesday, May 26, 2009

Melayu



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

.......Allahyarham Datuk Usman Awang

Wednesday, May 20, 2009

Mancing tahun lepas

Kebelakangan ni aku selalu dok teringat nak pi mancing balik. Dah lama sangat berenti, dok bukak pi bukak mai folder lama terjumpa pulak gambar aku dengan Lanusin pi mancing di Yan. Masa tu kami pi berdua saja naik bot dia. Rasanya masa dok gila mancing dulu inilah perkara paling dasat aku pernah buat dan pernah rasa. Kami pi berdua saja dengan bot yang pada masa tu penuh dengan pukat (makhluk manalah yang pi tinggal pukat atas bot Lan masa tu, menyusah betui!), memang sarat bot tu nak jalan. MAsa dari pagi sampai lah ke petang tu Alhamdulillah semua Ok tak ada problem apa-apa, cuma tangkapan tak berapa nak menjadi sebab kami tak tau lubuk........biasalah nelayan novice. Lanusin ok la sebab dia ada pengalaman sikit. Nak dijadikan cerita kami pun bertolak balik lebih kurang pukul 6 dan sampai ke pesisir pantai di Yan lebih kurang setengah jam kemudian. Masa nilah kami ada masalah, air dah surut sampaikan kami tak boleh nak rapat ke pengkalan.






Apa nak buat tunggu sajala




Mula-mula tu layan mancing dulu konon-konon tunggu air pasang, rupanya air pasang pukul 8.30 malam itupun dapat tau dari adik Lan lepas dia call tanya. Apa lagi melangut lah kami sampai malam,masa tu enjin kena mati sebab kipas sangkut tanah langsung tak dapat nak gerak. Kena pulak ombak pasang dok lambung bot kami, teroleng-oleng jugak kami, silap-silap boleh terbalik bot kalau ombak kuat. Dalam gelap tu jugak kami cuba tolak bot ke tepi pelan-pelan sambil cari longkang ataupun alur air untuk kami cuba masuk ke kuala sungai. Dengan keadaan gelap gelita dengan bot terlambung teroleng tak tentu arah ada 2-3 kali bawah bot tersangkut ke batu dan hampir-hampir terbalik. Cuma nasib baik tak ada ombak yang lebih besar kalau tidak memang sah bot terbalik dan kami.......apa pun Alhamdulillah kami berdua selamat sampai jugak kedarat dengan panduan lampu dari darat lepas geng nelayan situ bukak spot light untuk kami. Itupun lepas berhempas pulas. Kenangan tu aku takkan lupakan sampai bila-bila, memang best pengalaman tu.

Tuesday, May 19, 2009

Dah lama dah!!!!!.........

Jalil, Zul & aku dikala zaman aktif dengan aktiviti outdoor. MAsa ni di Gua Kelam, Perlis.

Bila laahhh agaknya....






Bank call, minah tu cakap
(dengan nada sombong dan bongkak, sebagai pemiutang)
"Encik, encik ni dah 3 bulan miss bayar loan nie. Saya call ni nak suruh encik settle secepat mungkin, dan saya nak tau bila encik nak bayar ni??....."

Aku pulak dengan anginnya
"3 bulan??.......lama ka 3 bulan tu???......"

Minah tu
"Lama lahhh cik!!!....agak-agak bila boleh settle ni?"

Aku balas balik
"ish 3 bulan no!!, rasanya 8 tahun lagi lama kot!!! rumah yang saya beli tu 8 tahun tak siap tapi saya bayar jugak tak payah nak tinggi suara pun. Nanti saya settle lah".
Terus aku letak phone


*Aku marah betul la, nak suruh bayar OK la normallah tu tapi apa hal nak tinggi suara pulak bukan aku pinjam duit hang pun. Dahla buat loan beli benda yang tak jadi habuk lagipun. Inilah undang-undang yang tak memihak kepada pengguna, yang salah orang yang jual tapi pengguna pulak yang kena tanggung beban. Hampeh punya kerajaan!!!. Kalau tak kerajaan sapa lagi aku nak salahkan!!!!....

Tour De' Seberang Perai dan Kedah selatan

Oleh sebab aku tak complete kayuh hari ni maka sampai saja kerumah aku suruh wife dengan anak-anak siap. Siap baju kot nak mandi ayaq terjun walaupun dalam masa tu aku takdak plan nak tuju pi mana-mana pun. Kami keluaq dari rumah pun dah agak lewat masa tu dan terus menuju ke Jawi, matlamat aku masa tu nak pi Batu Hampar. Yang sebenarnya aku sendiri pun tak tau di mana Batu Hampar ni cuma masa kayuh ke bukit 300 aku ada nampak sign board tunjuk ke Batu Hampar. Dari Jawi ke masuk ke simpang menuju ke Sungai Duri tapi sebelum sampai ke Sg Duri aku terjumpa pulak satu simpang menuju ke Bukit Jawi dan signboard tunjuk arah ke Hutan Simpan Bukit Pancur. Since aku sendiri pun tak pernah sampai kesitu aku terus ambik jalan tu saja nak try pi tengok apa ada disitu




Masa ni anak aku dah mula buat perangai, nak mandi sangat-sangat dah





Taman Negeri Bukit Pancor aku tinggalkan, tak berapa menarik nak bagi anak mandi lagipun aku nak kena turun sekali, nak tengok-tengok kan depa. Dah la aku tak bawak pakaian spare karang tak pasal-pasal balik basah kuyup. Pujuk punya pujuk anak aku boleh accept bila aku kat kita cari tempat lain. So next destinationlah kalau nak mandi pun. Itupun kalau ada.

Dari situ aku terus sambung drive menghala ke Sg Kecil Hilir yang menghala ke Serdang Kedah. Sebelum ni aku pernah lalu jalan ni cuma setakat sebelum mula mendaki bukit 300 so kali ni akau nak try jalan dengan kereta lah pulak. Mendaki bukit ni dengan kereta pun boleh dikatakan teruk juga tetapi bila sampai ke puncak aku ternampak satu hentian ke sebuah resort dipuncak bukit

Pemandangan dari restoran dan resort
Puncak bukit 300 yang aku sampai minggu lepas
Restoran dan resort dipuncak bukit, ada promosi sampai hujung bulan. Restoran hanya buka dari pukul 5 ptg sampai tengah malam.



Dari puncak bukit turun kebwah menghala ke Serdang baru aku nampak signboard tunjuk Batu Hampar lagi sekali. Aku terus masuk simpang ni dan Batu Hampar niterletak hanya 500 meter sahaja dari jalan utama.



Masa ni kakak dah betul-betul excited tak sabar nak berendam sampai terlompat-lompat.



Protes, tak nak balik. Tak nak ambik gambar....tapi melintas depan kamera 2-3 kali. hehehehee.......
Bolehlaaa.....walaupun tak sehebat Bukit Hijau ataupun Lata Bayu.

On the way balik, ada accident kncil dengan Avanza secara berdepan bucu sama bucu. Orang OK kot. Aku tengok sepintas lalu saja.


Aku pun sambung perjalanan terus ke Seberang Jaya.

Thursday, May 14, 2009

Malay sia.........

Ada satu artikel ya ng betul-betul menarik perhatian aku minggu ni. Mungkin dah lama disiarkan dalam paper cuma aku baru ada kesempatan baca, nanti aku masukkan disini. Ada sebahagaian yang aku dok fikir tapi tak pernah aku tulis atau ulas, kalau aku ulas pun bukan ada impact pun......I'm nobody, nobody listen to 'nobody'.

Wednesday, May 13, 2009

Bukit 300....


Minggu nie memang minggu yang menarik sebab buat kali pertama aku sampai ke Bukit 300 di area Seberang Perai Selatan. Sebenarnya aku tak sure sangat apa nama tempat kami start mendaki tu tapi yang aku ingat start kayuh dari dewan Sungai Duri. Itulah kali pertama jugak aku sampai ke area tu. Tak banyak nak update disini sebab kalau bab kayuh ni aku akan continue update di blog Gerek-Kulim saja malas aku nak buat kerja 2 kali dok tulis cerita yang sama. Ini pun aku baru saja habis update disana jenuh gak nak perabih upload gambar disana dan saki baki aku bubuh la disini. Dari Bukit 300 tu pemandangan memang cukup best, boleh nampak nun saujana mata memandang boleh nampak sampai Penang, Pulau Aman, Jerjak semua sekali.......memang tinggi bukit tu. Jenuh jugak la aku nak sampai atas bawak air 2 liter pun cerah habis terus punya teruk memanjat.


Kalau ada peluang aku nak pergi lagi, kali ni nak buat persediaan secukupnya tak mau jadi macam hari tu dok kerja mintak nyawa saja. Apa pun aku tetap naik Slow Tapi Sampai mesti complete.....so far aku tak pernah give up dimana-mana trek lagi, dan aku harap aku tak akan give dimana-mana pun.

Saturday, May 9, 2009

Rumah Balau

"Belakang rumah Balau, Jalan Kaki Bukit" itulah jawapan aku masa aku di kampung dulu kalau ditanya duduk di mana.

"Rumah Balau" yang dah macam hilang jiwa.
Bertentangan rumah Balau di sebelah Kampung Petai.

Kalau dari Kangar dan menghala ke Padang Besar melalui Jalan Kaki Bukit, pasti akan melalui kedua-dua tempat ini yang terletak di tepi jalan utama kira-kira hanya 5Km dari Kangar.

Kenangan di Sungai Batu Pahat

Kalau tengok gambar di bawah mungkin nampak macam tak ada apa-apa pun yang special, mungkin pada orang lain tapi bagai aku tempat dibawah tu bawak menyimpan nostalgia zaman budak-budak dulu. Disinilah dulu aku Zul, Jalil, Hasni (arwah) dan geng-geng kami yang lain selalu pi mandi sungai. Ya di Sungai Bagtu Pahat. Selalunya kami kesini tanpa izin orang tua kami dan selalunya jugak kalau orang tua kami dapat tau kami akan dapat hadiah best punyerrr!!!......kena rotan la jawabnya. Seingat aku kami dah biasa ke sini sejak dari sekolah rendah lagi dan hinggalah semasa disekolah menengah, untuk kesini kami akan kayuh gerek kami sejauh 5-6Km untuk sampai. Di Sungai Batu Pahatlah jugak kami selalu camping.


Kolam renang latihan kami, dulu-dulu tempat ni akan penuh dengan orang ramai kalau hujung minggu (dulu Jumaat Sabtu).
Teringat lagi dulu-dulu walaupun alatan camping kami tak sempurna tapi tak pernah pun menghalang kami dari aktif dalam aktiviti tersebut. Sayangnya antara kami semua tiada seorang pun yang ada kamera untuk ambik gambar kami masa tu untuk ditunjukkan pada anak cucu. Semua kenangan hanya tinggal kenangan sajalah, cerita-cerita yang hanya akan keluar bila kami berjumpa. Kalau diingat balik zaman aku gila camping dulu bagaikan tak ada limit boleh kata paling kurang sebulan sekali kami akan keluar camping dimana saja sehinggakan sebulan dari peperiksaan SPM kami masih lagi pergi camping.......yang menariknya result tak kurang hebat jugak untuk orang yang banyak buang masa camping macam kami nih. Pak menakan aku (Cik Gu Mat Jusoh)taulah betapa gila campingnya aku ni masa sekolah dulu hehehehee.....

Perasmian Minggu Belia di Stadium Utama Kangar

Gambar-gambar ni aku ambik minggu lepas masa balik kampung, pertunjukan kereta sempena perasmian minggu belia kebangsaan. Macam-macam ada tapi bagi aku kereta ni yang paling menarik hati, sebabnya kereta ni kereta lama lagipun tuan dia make up simple saja plain tak over sangat.
perghhh rim dia
Enjin standard saja


Didalam kemas tanpa color yang terlampu menonjol, kemas dan bersih.
Gambar-gambar yang lain tu aku ambik di sekitar kawasan tu jugak.