Sunday, May 30, 2010

Start macam dulu-dulu


Dah lama aku berenti dari ke gym, suatu masa dulu kira-kira 4 tahun lepas setiap hari lepas kerja aku akan berkampung disini sebelum balik ke rumah.Selalunya malam baru aku balik, lepas habiskan masa beberapa jam disini, masa tu memang semangat sungguh aku. Selagi tak masuk waktu Maghrib selagi tu aku takkan balik, tapi lepas aku mula sibuk dengan kerja terus aku tinggalkan aktiviti aku yang ini. Lepas aku berenti rokok badan aku mula naik mendadak dan untuk mengawal kenaikan berat badan aku pun mula aktiviti berbasikal. Oleh kerana basikal pun dah hilang nampaknya aku terpaksalah mula balik dengan bersenam cara macam dulu-dulu balik iaitu di sini.

Hujung minggu macam ni memang tak ramai yang guna kemudahan ni, tapi ada lah jugak 2-3 orang yang aku jumpa disini tapi aku tak kenal la. Kebanyakan yang datang sini selalunya yang beria-ia nak bina badan, jenis yang angkat besi 2-3 kali pastu berenti tengok muscle depan cermin.......nak tergelak jugak aku tengok. Tapi lantaklah hangpa nak buat apa pun nak bina badan ka, nak toning ka. Ada jugak yang aku perhatikan macam hentam saja guna barang-barang disini, sekejap pegang itu, sekejap pegang ini, dah tu pakai weight yang kadang-kadang melebihi kemampuan sendiri, end up angkat takat sekali dua sajala, tak tau lah pulak aku apa plan dia dengan cara macam tu. Lantaklah........aku macam aku, oleh kerana dah berhenti lama sangat so bila aku start balik kali ni, aku focus kardio dulu la, weight tu takat sikit-sikit saja, cukup untuk memanaskan otot. Sebelum balik aku mandi siap-siap di sini malas nak balik dengan bau tak menyenangkan dalam kereta.

2 comments:

  1. Masih belum pernah ke sini walaupun selalu diajak kawan-kawan.

    ReplyDelete
  2. IM, Kalau stress elok ke sini, kalau ada masalah yang bersarang tu lagi elok luangkan masa bersenam, keluarkan peluh lepaskan segala yang terbuku dalam bentuk tenaga........berkesan untuk saya, jika tak sepenuhnya cukup kalau sedikit ataupun seketika.

    ReplyDelete