Thursday, May 13, 2010

Penamat dan juga satu permulaan baru


Dengan keputusan pihak pengurusan tempat aku bekerja sebelum ini maka rombakan besar-besaran telah berlaku yang melibatkan building atau organisasi aku bekerja. Seperti yang telah dirancangkan bangunan tempat aku bekerja akan dikosongkan menjelang pertengahan 2010 yang akan tiba tidak lama lagi, setakat ini segala pergerakan keluar alatan, mesin-mesin telah berjalan dengan lancar dan begitu juga dengan perpindahan pekerja yang terlibat ke tempat baru. Tidak terkecuali jugak dengan aku yang dijangka akan ke Kulim sedikit masa lagi. Dengan perasaan bercampur baur, tidak dapat tidak maka satu lagi fasa dalam dunia pekerjaan perlu aku tempuhi dan kini hampoir tiba masanya bakal terjadinya satu titik penamat di tempat lama aku bekerja dan juga satu permulaan bagi aku di Kulim pula. Entah macam manalah pulak keadaannya di tempat baru.

Untuk meraikan kakitangan yang akan berpindah ke tempat baru maka majlis hi-tea telah diadakan untuk semua terlibat mengikut department masing-masing. Walaupun aku cukup malas nak hadir ke majlis macam tu tapi dengan adanya kawan-kawan yang turut hadir maka aku pun just follow sajalah, dah makan free layan sajalah.




Sedap jugak makanan pada petang tu

Untuk memeriahkan majlis beberapa game turut diadakan. Aku pun terkena sekali atas permintaan ramai, tapi malu aih nak tunjuk disini dah jenis game pun buruk rupanya (aku sembunyi kat belakang tu). Apa pun aku just layan jugak hanya sebagai tanda sporting saja. Apa kejadah pukul kentang pakai bola tennis dalam sarung kaki camtu, kata atas stage pulak tu. Berpeluh jantan jugak aku hehehehe malu siot!!!!.......

Buruk betul game ni.......
Dalam ramai-ramai gambar Ann makan pisang nii lah yang paling buruk hehehehehhee.......

No comments:

Post a Comment