Sabar

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. "......Al Baqarah ayat 155-157.



"Komunis yang dalam hutan dah letak senjata, 'komunis' dalam pekan ni yang paling kena jaga-jaga......"...Arwah mak aku kata (1989) , bila aku kata kita dah menang bila komunis sign agreement dengan kerajaan Malaysia.



Monday, May 31, 2010

Serdak kuih raya dalam otak

Hari ni on the way aku nak ke tempat kerja aku terdengar di radio yang kerajaan akan memberi bantuan 1000 komputer riba (laptop) kepada murid-murid miskin di Malaysia dengan matlamat untuk meningkatkan kadar access rakyat ke jalur lebar. Tersedak otak aku bila dengar. Kenapa aku tersedak otak???!?!?!......

Mungkin ada penjelasan panjang lebar tentang polisi atau program yang akan dijalankan kerajaan ini tapi bagi aku kalau satu benda atau perkara yang dilaporkan dalam berita dalam bentuk satu ayat pun dah dengar macam tak logik maka ia memang patut dipersoalkan. Apa sangkut pautnya tentang access jalur lebar dengan murid miskin ni?!??!?!?!....Satu perkara atau masalah kalau tak dapat dijelaskan dengan satu ayat maknanya memang susah (complicated) lah penyelesaiannya. Kenapa nak mencari jalan penyelesaian yang susah untuk satu perkara yang mudah?!?!??!.......

Itulah yang dikatakan otak orang yang initiate benda ni dah dipenuhi dengan serdak kuih raya tu, entah apa-apa yang difikirkan. Kalau dah bagi laptop untuk 1000 murid miskin, agak-agaknya macam manalah depa tu semua nak access??.......adakah pakej tu lengkap dengan free access dan free bayaran bulanan, dan kenapa terhad kepada 1000 orang??!?!?!....... Kalau dah bagi tuntuk 1000 maknanya target hanya untuk 100 orang sajalahkan?!?!?!..........jadi objektif program ni bukanlah untuk meningkatkan kada access jalur lebar untuk rakyat hatta orang miskin, tapi hanya meningkatkan 1000 lagi access jalur lebar sebenarnya?!?!?!..........dan kalau hanya laptop saja yang di beri, apa pulak yang diharapkan ?!?!??!....1000 orang ini akan pi register line atau berlanggan broadband ni dengan menggunakan duit sendiri?!?!?!?!.........

mmmmm..............aku nak kena fikir lagi ka. Takpalah sambung sikit lagi....

Daripada bagi 1000 laptop percuma terhad kepada 1000 orang ni, lebih baik wujudkan pusat-pusat access internet mini di kawasan-kawasan perumahan atau penduduk miskin. Gunakan saja dewan-dewan orang ramai yang selalunya jadi projek gajah putih tu, tempatkan seorang petugas untuk memantau penggunaan juga untuk bagi tunjuk ajar. Kalau tak sepenuh masa mungkin buatkan jadual masa ia dibuka pada sekian-sekian waktu. Kan lebih berkesan macam tu.........itupun kalau betul objektifnya nak bagi lebih ramai orang access ke internetlah..........

0 comments:

Post a Comment