Wednesday, April 21, 2010

Sudut pandangan


Dah lama tak mengembangkan otak, hari ni dengan penuh semangat aku menghadirkan diri ke kelas pengajian ilmu falak hehehehehe.....yang dasatnya aku sampai opis pukul 8.15, aku sendiri dah tak ingat bila kali terakhir aku sampai seawal ni.

Tuesday, April 20, 2010

Cornering fobia


Sesekali naik bas ni teringat zaman sekolah, dulu aku cukup fobia bila bas yang aku naik ambik cornering. Kecut perut betul ntah pasai apa mtah. Sekarang dah tak ada raSA tu.

Sunday, April 18, 2010

Akhirnya berlangsung jua


Hari ni seperti yang dirancang akhirnya majlis perkahwinan adik ipar aku tu berlangsung seperti yang dirancangnya (dia saja yang rancang). Ingatkan semua dah sedia dan saudara mara tak payah contribute tenaga untuk majlis tu, rupanya banyak yang tak settle dan keluarga nak kena tolong jugak. Masa buat perancangan sebelum tak adalah pulak keluarga termasuk dalam list untuk support. Sendiri decide.

Untuk kenduri ni langsung aku tak jemput kawan-kawan aku.......ya lah kalau dah aku sendiri pun hanya tetamu jemputan saja, takkanlah aku nak tumpang jemput orang lain lagi kot. Ikutkan baran aku, langsung aku tak nak terlibat dengan majlis ni, hanya kesiankan bapa dan emak mertua aku saja. Menyusahkan orang betul jenis pemikiran tak matang ni.

Thursday, April 15, 2010

Kalau lah

Selongkar sana sini terjumpa pulak gambar ni. Ish kalaulah ada masa dapat turun mancing macam dulu-dulu pergh memang best giler, dibuatnya pulak kalau dapat ikan sebagak ini......wuih syiok tuh!!!!.........Sasiapa nak try bolehlah turun ke Pulau Aman.

Ikan tidoq

Lebih besar dari paha
Macam siang kambing

Tuesday, April 13, 2010

Aku di Kayuh Bendang

Sebagai penyokong setia team Gerek-Kulim, aku pun turun jugak ke Kayuh Bendang di Bertam, Kepala Batas hujung minggu baru ni. Macam yang diketahui memang aku tak join kayuh pun cuma jadi photographer sajalah, photographer tak diajak dan tak diundang. Apa pun tak kisahlah janji boleh join tumpang seronok tengok kawan-kawan kayuh. Ramai jugak member dari alam kayuh yang aku jumpa di sana, yang mana aku kenal tu dah tentu aku tegur sembang la.

Yang aku sempat jumpa adalah Pon dari Hawk MTB, sempatlah jugak sembang sementara menunggu geng Gerek_kulim yang macam biasalah Slow Tapi Sampai tu........jenuh jugak aku menunggu. Dok Bersembang dengan Pon mulanya aku ingat dia bawak SLR dia macam sebelum ni, rupanya dia bawak kamera kompak saja malas nak bawak kata dia, berat sangat. Aku pulak memang lah bawak SLR aku tu tapi aku lupalah pulak yang bateri aku dah lama tak cas ingat dah 2-3 minggu kot. JAdi pada hari event tu aku sempat snap 2-3 jam saja, lepas tu flat langsung tak dapat nak tangkap dah. Nasib baik ada kamera kompak, buleh jugak buat back up. Sambung lagi snap tapi dah tentu quality gambar jauh beza la.

Event Jamboree Kayuh Bendang ni boleh dikatakan berjayalah jugak, rider yang daftar ada lebih kurang 530 orang (info dari penganjur) tapi yang hadir mungkin kurang dari jumlah itu. Biasalah macam jamboree-jamboree yang lain jugak.DAri segi penganjuran aku tangok ada banyak juga kelemahan yang dapat dilihat. Contoh paling mudah adalah semasa ketibaan rider yang complete, sampai saja digarisan penamat tiada sesiapa pun yang menyambut juga tiada sebarang acara sambutan. Rasa janggal juga rasanya bila rider tempat pertama tiba macam itu sajalah, macam tiada klimaks pada event ni. Dah tu langsung tak ada medal untuk mereka yang berada ditempat terawal (penghulu GK kecewa sangat bab ini). Entahlah mungkin macam tu yang depa plan kot. Apa pun kemudahan tempat duduk, berehat dan makan adalah sangat selesa, ya lah Kiosk Bertam tu memang medan selera jadi tempat pun memang selesa seperti medan seleralah.

Hari tu ada jugak yang ingat aku photographer majalah..........hehehehee jangankan majalah, makalah pun tidak sebenarnya. Bila ditanya soalan macam tu teringatlah aku akan suatu masa dulu, aku pernah lah jugak involve ambik gambar event sebagai media dulu. Salah satu yang paling best ialah Proton open day kalau tak silap aku nama event tu, di trek kilang Proton Shah Alam. Masa tu bila dapat masuk atas nama media aku teruja sangat dah, masuk ke event tu memang bestlah layanannya, first class, siap ada makan-makan lagi untuk media. Dah tu tempat ambik gambar pun strategik, di tengah trek jauh dari penonton. MAsa tu nak ambik gambar pun tak ada halangan ubahlah ke mana pun tak ada yang menghalang. Sambil tu ada jugak beberapa orang photographer majalah kereta yang aku jumpa dan sempat berkenalan dengan depa. Depa wakil dari majalah terkenal, maka aku pulak jadi kategori freelance lah.

Lepas ni kalau ada lagi jamboree aku still akan turun pi jugak, saja tumpang memeriahkan acara hehehehehehe..................

Saturday, April 10, 2010

Imbauan



Kebelakangan ni banyak gambar-gambar lama semasa aku di bangku sekolah dulu diupload ke FB oleh kawan-kawan sekolah rendah dulu. Aku sebenarnya tak berapa suka tengok gambar lama sebabnya aku tak suka sangat kalau secara tak langsung teringat pulak tentang bahagian-bahagian yang sedih dalam hidup aku. Cuma seronok dapat tengok rupa dulu-dulu zaman budak-budak, itu saja. Itu suatu ketika, suatu tempoh masa. Masa akan terus berlalu, cuckupkah amal bekalan kita?.........

Thursday, April 8, 2010

Sunyi

Masa untuk berdiam diri.......bermuhasabah mahupun sarawak.

Wednesday, April 7, 2010

Tertarik aku

Di alam blogging ni aku ada terjumpa dengan beberapa penulis yang terarah atau cenderung membuat tafsiran sendiri akan isi kandungan Al Quran dan hadis. Bila ditafsir sendiri maka terjelmalah segala macam perbuatan yang sangat janggal sekali dilihat, segalanya dijustifikasikan sebagai tafsiran terus dari Al Quran. Tapi sebenarnya yang tinggal bukalah tafsiran kandungan tetapi sebenarnya hanya tafsiran logik akal semata.


dipetik dari http://syahbandar87.blogspot.com.........

'Persoalanku kepada puak-puak yang kononnya berpegang pada alquran dan hadith shja.Adakah imam syafie dan lain-lain imam muktabar tidak berpegang pada alquran dan hadith?Adakah mereka mengeluarkan hukum tidak berpandukan alquran dan hadith?

Ingin aku bertanya kepadamu lagi,antara kamu yang dikatakan lbh gemar mentafsir alQuran dan hadith,agak-agaknya lakan siapa lebih arif dlm mentafsirnya dan memahami isi kandungan alquran dan hadith?Adakah dirimu ataupun imam syafie yang telah hafis alQuran sejak dari kecil,berguru dengan beratus-ratus orang guru,ingat beribu-ribu hadith rasulullah di dalam minda,ingat pula beribu-ribu kitab-kitab imam muktabar,serta diiktiraf pula ilmunya oleh imam Malik,imam Ahmad dan ramai lagi alim ulama?'......