Sebagai penyokong setia team Gerek-Kulim, aku pun turun jugak ke Kayuh Bendang di Bertam, Kepala Batas hujung minggu baru ni. Macam yang diketahui memang aku tak join kayuh pun cuma jadi photographer sajalah, photographer tak diajak dan tak diundang. Apa pun tak kisahlah janji boleh join tumpang seronok tengok kawan-kawan kayuh. Ramai jugak member dari alam kayuh yang aku jumpa di sana, yang mana aku kenal tu dah tentu aku tegur sembang la.
Yang aku sempat jumpa adalah Pon dari Hawk MTB, sempatlah jugak sembang sementara menunggu geng Gerek_kulim yang macam biasalah Slow Tapi Sampai tu........jenuh jugak aku menunggu. Dok Bersembang dengan Pon mulanya aku ingat dia bawak SLR dia macam sebelum ni, rupanya dia bawak kamera kompak saja malas nak bawak kata dia, berat sangat. Aku pulak memang lah bawak SLR aku tu tapi aku lupalah pulak yang bateri aku dah lama tak cas ingat dah 2-3 minggu kot. JAdi pada hari event tu aku sempat snap 2-3 jam saja, lepas tu flat langsung tak dapat nak tangkap dah. Nasib baik ada kamera kompak, buleh jugak buat back up. Sambung lagi snap tapi dah tentu quality gambar jauh beza la.
Event Jamboree Kayuh Bendang ni boleh dikatakan berjayalah jugak, rider yang daftar ada lebih kurang 530 orang (info dari penganjur) tapi yang hadir mungkin kurang dari jumlah itu. Biasalah macam jamboree-jamboree yang lain jugak.DAri segi penganjuran aku tangok ada banyak juga kelemahan yang dapat dilihat. Contoh paling mudah adalah semasa ketibaan rider yang complete, sampai saja digarisan penamat tiada sesiapa pun yang menyambut juga tiada sebarang acara sambutan. Rasa janggal juga rasanya bila rider tempat pertama tiba macam itu sajalah, macam tiada klimaks pada event ni. Dah tu langsung tak ada medal untuk mereka yang berada ditempat terawal (penghulu GK kecewa sangat bab ini). Entahlah mungkin macam tu yang depa plan kot. Apa pun kemudahan tempat duduk, berehat dan makan adalah sangat selesa, ya lah Kiosk Bertam tu memang medan selera jadi tempat pun memang selesa seperti medan seleralah.
Hari tu ada jugak yang ingat aku photographer majalah..........hehehehee jangankan majalah, makalah pun tidak sebenarnya. Bila ditanya soalan macam tu teringatlah aku akan suatu masa dulu, aku pernah lah jugak involve ambik gambar event sebagai media dulu. Salah satu yang paling best ialah Proton open day kalau tak silap aku nama event tu, di trek kilang Proton Shah Alam. Masa tu bila dapat masuk atas nama media aku teruja sangat dah, masuk ke event tu memang bestlah layanannya, first class, siap ada makan-makan lagi untuk media. Dah tu tempat ambik gambar pun strategik, di tengah trek jauh dari penonton. MAsa tu nak ambik gambar pun tak ada halangan ubahlah ke mana pun tak ada yang menghalang. Sambil tu ada jugak beberapa orang photographer majalah kereta yang aku jumpa dan sempat berkenalan dengan depa. Depa wakil dari majalah terkenal, maka aku pulak jadi kategori freelance lah.
Lepas ni kalau ada lagi jamboree aku still akan turun pi jugak, saja tumpang memeriahkan acara hehehehehehe..................
hehe depa ingat hang Dari Majalah mangga kot.. awat tak amik gambaq sambil kayuh.. :). Lepas ni turun jamboree jgn tumpang meriah saja.. join kayuh skali laa :)
ReplyDeleteItulah kalau majalah Mangga tu sesuai sangat la dengan aku.........rupa pun ada macam iras artis sikit dah, kah kah kah kah kah. Hang bila nak turun mai kayuh jamboree belah-belah sini, takkan dok kayuh yang tu saja kot?!?!.....heheheheh. Lepas dah berdua ni, layan mengail pulak hang no!?!?.
ReplyDelete