Monday, April 20, 2009

Minggu balas dendam

Selepas lebih kurang hampir 3 kali hujung minggu tanpa sebarang aktiviti peribadi, maka pada minggu yang baru lalu Alhamdulillah dengan sedikit masa terluang dan kebanyakan masalah dah beransur surut maka aku dah buat sessi balas dendam tanpa henti. Bermula dari hari Jumaat minggu lepas balik kerja terus bawak anak dengan wife pergi makan mee goreng "paling sedap di dunia" perghhh tinggi sungguh pengiktirafan aku tu. Tapi aku rasa itulah yang selayaknya. Memang sedap ditambah lagi dengan sambal tumis sotong yang special tuh memang menjilat sudu lah pendek kata. Nak lagi best mee goreng tu dimakan pulak dengan ditemani oleh 'coconut shake', memang ,mengancam habis lah.......dikala aku menulis ni pun aku dok terliur lagi. So kepada peminat-peminat mee goreng/kotieu goreng mamak silalah ke Padang Kota lama, medan selera bersebelahan dengan Kota Lama tu......
Kalau aku sanggup drive dari Seberang Jaya ke Padang Kota semata-mata untuk makan mee maak tu, maknanya memang sedap sungguh lah tu dan memang berbaloi.....mee RM5 ajer untuk special, minyak tol saja pun dah lebih dari itu, tapi selera punya pasal selat Penang aku seberangi.


Hari Sabtu April 18, aku menghabiskan masa dengan menyelesaikan beberapa perkara yang dah tertangguh lama. Disebelah lewat pagi aku ke Bagan Luar hantar seluar alter, pastu terus tuju ke Bayan Baru (Crystal Point) untuk renew roadtax insurance. Tapi tertangguh lagi jawabnya, kerani kedai kereta yang selalau aku bayar roadtax insurance tu dah balik pulak dah. Sebelum itu anak aku tu ternampak papan tanda 'Tokong Ular' terus dia ajak nak pergi tengok. Aku pun layan sajalah padahal aku memang dah tahu bukan ada apa pun kat 'Tokong Ular' tu, tapi disebabkan olah permintaan anak aku pergi jugak lagipun aku sendiri tak pernah sampai ke situ walaupun dah tinggal di Penang dah hampir 10 tahun.




Disebabkan oleh kepanasan melampau, Tokong Ular aku tinggalkan dan aku terus menuju ke Sunshine Square sesaja window shopping tapi adalah tershopping gak sikit-sikit. Dalam masa yang sama aku tinggalkan kereta aku di kedai aksesori untuk pasang sticker lampu belakang, walaupun kereta dah 3 tahu aku pakai baru minggu ni terlintas nak pergi buat. Itupun lepas kereta nak kena curi.
Petang itu juga aku termia phone call dari boss aku cakap dalam production ada quality issue lagi, dan bermakna aku kena masuk verify problem tu. Disebabkan aku dah memang dekat dengan tempat kerja so on the way balik tu aku singgah sekejap dan masuk ke production untuk check problem tu. Alhamdullillah, yang sebenarnya ianya bukanlah problem baru cuma kesilapan komunikasi dari boss yang lambat menerima maklumat tentang problem tu. Sebenarnya aku dah tahu tentang perkara tu sehari sebelum itu so OK lah boleh deprioritize buat sementara sekurang-kurangnya sehingga hari Isnin.

Balik dari Penang, lepas mandi dan settle semua perkara dirumah aku terus bawak family ke Tesco. Ini persediaan untuk BBQ pada keesokan harinya pulak yang dah berjanji dengan mertua aku seminggu sebelum ini. Aku memang dah lama dok plan nak ajak mertua aku pi berkelah ngan BBQ sekali sesaja la nak bagi ramai, setakat aku ngan wife 4 beranak tak meriah lah sangat.

Jadi pada pagi Ahad tu sesudah subuh sebelum nak ke Ulu Paip dengan family, aku dah plan nak join geng kayuh ke bukit Langkap dahulu. Trek bukit Langkap di dah lama aku dengar cuma takder geng nak bawak pergi situ, since dah ada group yang nak kayuh ke situ aku pun just join. Dapat jugak aku merasa trek ni. Awal-awal lagi aku dah send message kat Odd sebagai coordinator acara dan mendapat balasan positif 'tunggu di kedai bunga kertas'. Aku pun terus prepare barang dan masukkan kedalam kereta seterusnya menuju Penanti ke kedai bunga kertas melalui BKE. Pada masa aku sampai hanya ada beberapa orang geng kayuh yang dah menunggu di kawasan lapang berhampiran kedai tersebut. Masing-masing dah siap siap pasang basikal dan menunggu geng yang lain. Peserta dah makin ramai dan semasa acara bermula kalau tak silap hampir 30 orang yang berkayuh. KAyuh ramai-ramai macam ni memang best la, tengok saja gambar dibawah tu

kawasan parking kereta di kedai bunga kertas, peserta pun makin ramai

Ini geng dari Tanah Liat, dari taman apa ntah tak ingat lah pulak

Pomen basikal dan junior, dari Balik Pulau. JAdi unoficial technical support hari tu rantai putus brake pad haus semua dia support. Aku pun tolonglah mana yang patut.

Odd hari pagi tu sebelum start dah kena tukar tayar

MAt Apit otai basikal, orang kuat nih bentuk badan pun aero dynamic itu yang laju tuh.



Azizan dan jiran baru sampai, pasang basikal dulu

Mat Apit dok ushar geng baru sampai

MEriah sungguh hari tu

Start kayuh

Penat sungguh walaupun baru mula, dah lama sangat tak kayuh dah mula rasa lain macam saja.

*terpaksa update sedikit demi sedikit sebab kesibukan kerja, sambil prepare paperwork sambil upload gambar.


Kayuhan meriah

Ramai geng geng yang first time jumpa

Jalan mendaki bermula

Yang habih nafas tu apa lagi tolak saja la

Tolak dengan penuh kesungguhan

Dah sampai awal tu lepak kat atas dulu, ini baru separuh perjalanan ke puncak






Dah start nak downhill, pilih jalan dulu satu extreme satu biasa. Fullsus ambik extreme la baru best.
Odd dari belakang sebab sibuk ambik gambar
Aku suka amat dengan gambar ni sebab background pemandangan yang nun sayup jauh disana
Repair beskal brake tak makan, preparation nak downhill

ambik turn untuk downhill, kalau tak ada yang tak pasal-pasal jadi kes 'liwat' lak














Jlaan off road ini berakhir di Sungai Lembu. Kemudian sambung panjat bukit lengkok pulak untuk kembali ke Kedai bunga kertas




*Kepada pencinta bahasa maaf banyak-banyak kalau ada kesilapan ejaan, kalau ada masa nanti aku buat correction. Satu lagi, aku ada masalah mengingat nama especially kalau first time jumpa sebab tu aku tak label nama sekali lagi mintak maaf kot ada yang terasa hati.

Tuesday, April 14, 2009

Saturday, April 11, 2009

Di bawah tu tak cukup lagi tu!!

Seperti tajuk diatas, dibawah tu baru cerita haru biru personal life aku dan ini belum masuk bab working life pulak. Minggu ini, juga hujung minggu ni adalah minggu yang ketiga berturut-turut aku masuk ke tempat kerja disebakan ada problem dengan product aku. Dan buat kesekian kalinya habis camtu sajalah weekend aku. Sepanjang 2-3 minggu ni product yang aku own selalu sangkut, satu dengan temperature problem dan satu lagi dengan quality issue yang tak dapat diketahui puncanya sedangkan semuanya telah ditukar. Yang pasti impact dari problem-problem tu menyebabkan semua product tu tak dapat di hantar kepada customer dan pastinya penyelesaian untuk masalah itu semua diletakkan di atas kepala aku. Dah macammacam cara aku cuba dan selalunya berakhir dengan kebuntuan, aku sebenarnya dah tak tau nak cakap apa dah........tiada kata dapat menggambarkan keperitan sekarang ini, nak mengeluh pun dah tak guna. Life goes on!!!....jalan saja.

Apa yang aku perlukan adalah ketenangan!!!!.......

Thursday, April 9, 2009

Hari Biru ......aku dalam blues

Ntah apalah yang tak kena ni.......malang menimpa lagi, dalam pada kesibukan kerja aku petang semalam wife aku call cakap kereta tak boleh start pulak. Haih nampak gayanya trend malang bertimpa-timpa ni tak habis lagi, nasib baik ada adik ipar aku tolong call member dia tolong bawak jumper cable untuk jump start kereta. Settle satu masalah. Pagi ini pulak hujan lebat dan macam biasa jalan pun jam tahap maksima. Perjalanan dari rumah aku ke Taman Inderawasih dan terus Perai mengambil masa satu jam.....ish ini yang malas drive nih, disebabkan itu juga aku terus patah balik ke rumah ambik motor dan terus tuju tempat kerja. Senang cerita setengah jam dah sampai, cuma basah sikit sajalah. Tapi kisah malang aku still tak habis, 2 products aku ada problem tahap tertinggi yang menyebabkan tersangkut di operation aku. Apa lagi sehingga setakat aku menulis update ini jam di tangan sudah pun menunjukkan jam 1200 tengah malam dan entah pukul berepalah semua ni akan settle. Tunggu sajalah!!!!......apa laa nasib!!!

Monday, April 6, 2009

2 minggu yang haru biru.....setakat ini


Gambar tiada kena mengena dengan cerita, cuma ketenangan seperti ini yang aku perlukan sekarang

Pagi ni aku bangun dengan penuh rasa malas dan tertekan, dengan rehat yang tak cukup ditambah lagi dengan kerja hujung minggu Sabtu dan Ahad berterusan, makin teruk aku rasa. Aku rasa macam dah nak send satu mail out cakap aku OOP saja hari ni memang dah malas sesangat dah ni. Tapi disebabkan teringatkan 2 system yang aku nak kena release untuk production dan product engineering pakai dalam minggu ni beserta dengan 2 white paper nak kena submit beserta dengan data set aku gagahi jugak bersiap nak pergi kerja. Selang tak sampai 5 minit selepas tengok wife bersiap dan bertolak ke tempat kerja wife aku call balik cakap tayar depan pancit. Dah pulak dah!!!! Belum cukup dengan letih yang tak habis lagi ditambah pulak dengan problem ni, wife aku pun patah balik kerumah. Apa lagi aku pun mulakan kerja untuk tukar tayar, satu persatu skru aku buka. Sampai ke skru yang keempat.Dah!!! satu skru tu tak dapat bukak pulak dah sebab pakai 'lock nut' jenis apa ntah. Sia-sia saja bukak skru yang lain dah nak kena pasang balik, dah settle pasang balik, nak mudahkan kerja aku just pam angin masuk manual lah pakai tangan semntara nak pergi isi di stesen minyak. Dah siap aku terus suruh wife aku jalan dulu nanti aku ikut belakang, aku terus ambik motor aku dan jalan. Baru beberapa meter meninggalkan rumah aku dah mula rasa lain macam pada tayar depan motor, dah tayar depan motor aku pulak pancit!!!......malang bertimpa-timpa!!! tak habis-habis!!!. Itu belum cukup lagi, pam angin aku letak dalam kereta pulak tu!!!. Lepas itu aku terus tunggang motor aku perlahan-lahan ke stesen Petronas Seberang Jaya untuk isi angin, dah sampai situ aku pun try lah sambung ke tiub nak dijadikan cerita dah kepala pam tu pulak rosak pada pinnya aduh!!! apalah malang sungguh nasib aku hari ni. Aku pun cuba lagi sekali kali ni ke setesen Caltex pulak bersebelahan dan disini hasilnya lagilah teruk dengan kepala pam tu sekali dah hilang!!!. Fuh dugaan...dugaan!! bertimpa-timpa kau datang!!. Dari situ aku terus tak buang masa terus pergi cari kedai motor dan tunggu depan kedai sampai bukak dan terus repair.

Dengan semua masalah yang bertimpa-timpa ni aku terus tertanya-tanya apa lagi lah yang akan jadi ni tak sudah-sudah bermula dari cubaan curi kereta minggu lepas. Yang itu pun belum selesai, dah datang satu lagi masalah. HAri ni dah jelas hanya menjadi satu lagi hari yang malang dalam hidup aku....besok belum tentu lagi, ntahlah apa lagi yang akan mendatang.

Thursday, April 2, 2009

aras bawah