Thursday, December 8, 2011

Menyesal gak la

Hari ni aku masuk ke blog aku yang dah bersawang ni......tu dia aih baru perasan yang last sekali aku post dalam blog ni bulan Jun dulu......dah berapa bulan dah tu. Walaupun selama ni aku sibuk, bila dah sedar kata hujung tahun dah menjelang ni rasa menyesallah pulak sebab lama tak update blog macam ni padahal boleh kata sepanjang masa aku access internet tak kiralah samada di rumah ataupun tempat kerja. Apalaha yang sibuk sangat aku ni agaknya kalau dah hampir 15 jam sehari online sepatutnya aku boleh spend 10-15 untuk update serba sikit blog aku tentang apa yang aku buat dalam hari-hari aku yang berlalu tu.....

Azam baru tahun baru hijrah........aku akan lebih kerap update blog aku ni untuk renungan aku balik bila dah tua nanait ahahahahahahaa..........

Thursday, June 30, 2011

Manceng

Dalam pada dok cerita aku sibuk, aku sibuk tu aku sempat jugak 1-2 bulan lepas turun ke Tuas (Yan, Kedah) untuk memancing. Ish, dah lama sungguh rasanya aku berenti memancing ni mau dah 2-3 tahun, macam mana nak ikat tali perambut pun dah ingat-ingat lupa. Rasa gayat jugak aku dengan laut nih heheheh.....takut mabuk.

 Akhir nya pada hari tu seperti yang aku takutkan 'mimpi' aku menjadi kenyataan........ya, aku mabuk. Kahkahkahkahkah...........walapun 2 bijik ubat mabuk yang member-member beli tapi dos yang aku ambik tak mencukupi rupanya. Silap aku jugak sebenarnya, biasanya aku membeli sendiri ubat mabuk laut ni, tapi kali ni tersilap, pergi ikut orang lak. Aku perlukan dos gajah agaknya baru cukup..........kahkahkahkahkah.
 Ada jugak sebatang pancing yang jatuh kelaut akibat kelalaian, beratus ringgit jugakla yang terbang. Nasib baik bukan aku punya hahahahahahaha...
Pahlawan-pahlawan laut dalam, macam indon pun ada ..........orang besar-besar tempat kerja aku kebanyakannya ....kecuali aku yang hanya besar pada tubuh badan hahahahahahahaha...........
Kawasan tuas ditengah laut.

Wednesday, May 25, 2011

Hidup, Mati dan Kehidupan

Sepanjang separuh tahun pertama untuk 2011 ini jugak aku telah menerima beberapa perkhabaran tentang kematian saudara mara ataupun jiran.Ada juga yang aku sempat pulang ke kampung untuk berziarah.......gambar-gambar ini aku ambik semasa menziarah kematian Wa Man yang kalau diikutkan pangkat dalam keluarga adalah bapa saudara. Entah macam mana susur galur tak tahulah pulak......semasa menulis ni pun aku still pening macam mana salasilah keluarga aku yang boleh dikatakan ramai dengan saudara mara ni. Yang aku tahu anak Wa Man ni pangkat pupu pada aku, dan aku ada ramai anak saudara dan cucu hahahahaha.............dah bercucu aku rupanya, ramai lak tu. Apa pun bila berkesempatan berjumpa dengan saudara mara sesekali ni suasana jadi sungguh meriah.....paling meriah bila mana masing-masing bergelak ketawa sebab tak tau nak panggil apa antara satu sama lain. Ada yang digelar mak cik tapi 
rupa-rupanya patut dipanggil kakak..........bini aku selalu pening bab ni. Selalunya main ha ha sajalah, hahahahahhaaa................

Semasa melawat Wa Man sempat jugak aku snap gambar bapa saudara aku yang aku panggil Pak Su El(macam mana nak eja ni?!??!!.........) atau nama sebenarnya Ismail yang rupa ala-ala P. Ramlee nih. hahahahahhaaa............



Dodot hahahahaha nama timangan secomel orangnya
ini gym tempat aku lepak dihujung minggu.....dah agak ketinggalan zaman alatannya berbanding dengan gym facility yang ada di building tempat kerja aku di Penang.




Monday, May 23, 2011

Berhenti, bergerak, berhenti lagi......jalan sikit lagi, nak jalan tak

2011.........

Masa bagaikan terhenti bagi aku......hehehehe boleh ka masa berenti ......ya, boleh sebenarnya....hanya di blog aku.
Blog aku mungkin terhenti seketika tapi dunia dan hidup aku sebenarnya masih lagi berjalan sepertimana seadanya. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia, sentiasa kalut dengan tawa dan duka, sentiasa penuh dengan cerita. Sebagaimana orang lain.

Lima bulan di tahun 2011.........pelbagai peristiwa aku lalui, tahun ini adalah tahun bermulanya anak kedua aku dialam persekolahan sebenar di tahun satu dan bermulalah jugak kesibukan aku menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah..........waduhhhhhhhhhh penat sungguh aku. NAmun disebalik itu semua terselit juga kebaikan untuk hidup aku, secara tak langsung aku kini lebih berdisiplin dalam hidup. Tiada lagi datang lambat kerja sebagaimana biasanya aku dulu. Jika dulu menjadi kebiasaan untuk aku masuk kerja pada pukul 9, tapi kini beserta dengan tanggungjawab aku untuk menghantar anak-anak ke sekolah aku tiba ditempat kerja sebelum pukul 8 pagi.............hahahaha satu perkara kecil untuk orang lain, tapi tidak untuk aku.

Diawal tahun 2011, aku mengecheckkan diri aku dengan menyertai health screening yang tempat kerja aku buat. Sample darah diambil untuk mengetahui paras kandungan bahan-bahan didalam darah untuk dibandingkan dengan paras yang sihat............dan keputusannya agak kurang baik bagi aku.

Diketika itu berat aku berada dikemuncaknya ...........fuh!!!..............aku sendiri yang tengok pun tak sangka yang berat aku telah bertambah sebanyak itu bermula dari masa aku mula berhenti roko dahulu. itu belum lagi paras gula dalam darah dan bacaan tekanan darah aku............aku rasa kematian semakin dekat denganku......(itu rasa, yang pasti ajal maut hanya Allah yang menentukan).
Berikutan dengan keputusan itu, satu sessi kaunseling telah disediakan untuk bertemu pakar pemakanan.........jenuh aku mendengar kata-kata pakar tu, ala-ala leteran mak-mak lah pulak makcik tu..........tapi apa-apa pun, sebenarnya aku terkesan dengan apa yang dikatakan......dan aku berazam untuk mengubah sesuatu sebelum terlambat.............



Arghhhhhhhhhhhhhh............nanti sambung, setelah beberapa bulan...............

Thursday, April 21, 2011

Aik ada lagi ka?!?!?!

Hahahahahahahahahaha...........lama sungguh aku menyepi dari alam siber ni!!!...........hidup lagi rupanya!!!...ya aku masih lagi hidup diatas muka bumi ini, masih lagi melangkah ya melangkah dengan leboih ringan hampir 10 kilo dari beberapa bulan lepas.......heheheheheheheheh. Mendalam maksudnya tu.

Kalau sebelum ni aku selalu update aku sibuk memanjang, hingga ke hari ni ...aku masih lagi sibuk sama seperti sebelum ini, malah elbih sibuk dari biasa sebenarnya. Dengan bebanan kerja yang makin berat beserta dengan kehidupan peribadi yang ikut berat......penat rasanya. Apa pun aku teruskan jua hidup ini seadanya...

Aku ingin kembali aktif sebolah-bolehnya.....terus mencoret akn kisah hidup aku yang tak best nih.

Thursday, February 17, 2011

Sakit sebelum sihat

Satu 'awal' pagi setelah tiba ditempat kerja seperti biasa aku terus menuju ke office untuk memulakan kerja sebelum menghadiri meeting pertama. Yang menariknya sekarang ni bermula tahun 2011 ni aku dah datang kerja awal. Sekarang, sebelum pukul 8.00 pagi lagi aku dah pun sampai ke tempat kerja untuk memulakan kerja, berbanding tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini. Sebelum ini disebabkan oleh komitmen aku untuk menghantar anak ke nurseri maka selalunya aku akan lewat sampai di tempat kerja......dan dah menjadi rutin. Tapi bermula 2011 kakak dan abang dah mula sekolah pagi bermakna rutin hidup aku juga berubah. Sekarang hari aku juga bermula awal seiring dengan bermula nya masa persekolahan.....itu satu perkara yang positif.

Baru-baru ini aku berkesempatan membuat ujian darah, dah aku ternampak ramai yang berbaris panjang di kantin, terus aku masuk bertanya rupanya ada ujian darah percuma, maka aku pun tak lepaskan peluang....rasanya dah lama aku tak buat blood test, jadi kali ini setelah hampir 10 tahun rasanya aku membuat ujian sekali lagi......

Berselang seminggu keputusan ujian pun keluar, seperti aku jangka uric acid aku memang sangat tinggi juga tentang tekanan darah aku.......tapi yang paling aku terkejut adalah bacaan gula dalam darah aku....mak aih!!!.....memang dah tak normal!!!..........tersentap jugak aku dengan result tu. Sebelum ni result ujian tahap gula aku normal saja......tapi tidak untuk kali ini.

Aku dah mula risau dengan tahap kesihatan aku, bermula dari hari itu aku bertekad untuk mengubah cara pemakanan aku......dan sememangnya aku dah berubah atas tekad yang baru......nantikan update kisah penjagaan pemakanan aku heheheheheee.........

Friday, January 21, 2011

Ketemu rentak

Di awal tahun ni dengan begitu banyak perubahan dalam corak perjalanan hidup maka segalanya agak masih kelam kabut. Susunan rentak tarian langkah masih lagi kurang tersusun, tersadung disitu, tersepak disana dan terhantuk disana sini, Namun setakat ini masih langkah digagahi jua, selagi hidup selagi itu bergerak gagah, sementara belum lagi rebah.......

Disimpang siur jalan, ada juga perkahabaran yang menyedihkan, terkini Ngah Kaq di kampung, saudara yang juga jiran yang tinggal di sebelah rumah yang agak ke belakang telah meninggal dunia. Beberapa bulan yang lepas aku sempat bertemu beliau semasa majlis perkahwinan anak saudaranya yang diadakan berhampiran rumahnya. Sambil menanti khemah dipasang kami duduk beramai-ramai dan bersembang. Aku ingat lagi bilamana dia memberikan contoh akan diri dia sendiri yang telah lama merokok tapi masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, salah satu dari cerita yang terkeluar bila aku berkata yang aku telah berhanti merokok bebrapa tahun lalu. Tapi kini dia telah pergi.......disebabkan oleh sesak nafas dan tak siapa pun yang pasti adakah ianya disebabkan oleh rokok?!?!?.

Masih ingat lagi aku bilamana dia bercerita kisahnya semasa bertugas sebagai seorang anggota tentera di Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kisah-kisah rusuhan kaum antara kaum Cina dan Melayu yang berlaku pada ketika itu telah dikonsgi kepada kami, aku hanya melopong sajalah mendengar semua cerita tu. Sebagai seorang peminat sejarah aku sebenarnya tidak pernah mendengar ataupun tahu yang kisah itu semua pernah terjadi. Mengikut kata Ngah Kaq, rusuhan itu adalah disebabkan oleh kejatuhan matawang dan diburukkan lagi oleh gerakan-gerakan kongsi gelap semasa itu. Begitu banyak kekejaman yang dia saksikan didepan mata dia pada kejadian itu yang dia masih ingat..........Banyak tempat yang dia namakan yang menjadi tapak kejadian. Selain pada tu banyak jugak kisah lain yang diceritakan dan amat menarik bagi aku. Seronok bila dapat dengar semua cerita lama ni......terasa macam masa berpusing balik kezaman dulu-dulu......

Tapi yang pasti semua kisah kepunyaan Ngah Kaq tu dah terhenti di sini. Suatu kisah perjalanan yang pernah dilalui, suatu masa, suatu ketika........dan kini satu perjalanan itu sendiri telah terhenti.

Apapun, ianya adalah satu penamat kepada satu perjalanan dan ianya juga satu permulaan baru bagi perjalanan yang seterusnya. Hayatilah rukun iman.........bersediakah kita untuk melaluinya?!?!?!.......

Al-Fatihah buat Bakar Bin Man (Ngah Kaq)..........

Wednesday, January 19, 2011

Budak-budak

Musim persekolahan yang baru dah pun berlalu hampir 3 minggu, selepas kesibukan persediaan untuk ke sekolah maka sekarang ni pulak sibuk dengan merutinkan dan juga reschedule jadual perjalanan kehidupan. Kalau sebelum ni aku bekerja di Penang sekarang aku di kulim pula, jika sebelum ni anak-anak dihantar ke nurseri di Perai untuk tadika dan sekolah sessi petang kini kedua-duanya berbahagi pulak.......seorang sekolah di Butterworth seorang lagi di Kulim...........fuh berselaru betul hidup aku, tambah celaru lagi dengan hari cuti sekolah yang tak sama. Ya lah Penang cuti Sabtu-Ahad dan Kedah pulak cuti Jumaat-Sabtu.....yang jadi mangsanya semua satu keluarga lah, sorang cuti yang lain masih sekolah ataupun bekerja begitulah sebaliknya.............apa pun perjalan hidup diteruskan.

Si abang tu dari minggu lepas setiap hari ada masalah dengan budak-budak sekelas yang baru dikenali. Setiap hari 2 batang pensel yang dibekalkan, hanya satu yang akan sampai balik ke rumah.....kalau sebelum ni aku boleh bersabar tapi dah masuk minggu kedua masalah yang sama berulang, aku dah hilang sabar.....tak cukup dia sendiri kena marah maka hari ni aku sendiri ke sekolah untuk 'membuat perhitungan terakhir'.............mana punya penyangak da sudah buli anak aku nih?!?!?........ini tak boleh jadi nih, bapaknya langsung tak pernah kena buli masa sekolah kini si anak pulak yang kena (mana nak kena buli, saiz badan ke dua besar di sekolah, no satu JAlil la).....tak padan dengan darjah satu dah nak jadi penyangak. Selepas ditekan, anak aku bercerita....rupanya ada budak-budak yang memukul dan merampas pensel-pensel anak aku rupanya..........bab pukul tu aku boleh terima, biasalah anak-anak Power Rangers ni memang masing-masing kaki berlawan. Tapi bila dah masuk lawan dan MERAMPAS barang ....ini sudah lebih...........

Hari ni aku bangun awal untuk membuat perhitungan terakhir.........sesampai saja di depan pintu sekolah terus aku pegang beg anak aku dan melangkah masukke sekolah.............."mana budak tu?!?!?!?, mana budak tu?!?!?!..........tunjuk mai?!?!...............kita buat perhitungan hari ni. Kalah menang belakang kira.............." ...hehhehehehe rupanya budak tu tak mai lagi. Dalam dok cari budak tu aku terjumpa pulak dengan cikgu kelas anak aku....maka aku refer problem ni kat cikgu tu.....yang sebenarnya itulah yang sebaiknya....biar cikgu la yang kawal semua ni.........harapnya masalah ni akan lebih terkawal...........supanya tak perlu aku sendiri yang masuk dan 'mengawal'.

Oleh kerana aku tak mau berperangai budak-budak masalah ni pun aku ajukan kepada cikgu untuk tindakan.....tutup kes dulu, sementara nak tengok perkembangan ataupun perubahan.

Dari semua masalah ni aku dapat belajar sesuatu..........susah menjadi murid sekolah dizaman sekarang ni, walaupun darjah satu dah pun ada kes buli...........

Buat sementara aku akan memantau..........tak settle jugak........nanti aku sendiri akan settlekan.

Tuesday, January 18, 2011

Berapa banyak makan

Hari ni dalam perjalanan ke tempat kerja untuk bermain badminton dengan kesempatan cuti bersempena dengan cuti ganti hari keputeraan DYMM Sultan Kedah mahu tak mahu aku masih terpaksa jugak mengahantar si abang ke sekolah (di Kulim). Jadi sementara nak menunggu dia balik tu aku dah plan hari ni kekononnya awal pagi nak ke gym dulu layan jogging apa patut then boleh main weight sikit sikit pastu baru pi main badminton ya lah sementara nak menunggu tengahhari. Itu plan dasar, hehehehehe yang jadinya sedikit tersasar dari itu. Plan nak layan gym terpaksa di cancel....sebab aku layan baca paper lama sangat sambil pekena sarapan di suasana berkabus di Kulim tu.......

Dalam aku dok baca paper 'kecik' yang bertaraf paper jamban dengan tajuk muka depan yang menggiurkan tu, aku terpandang satu sub tajuk di paper 'lecik' jugak yang sedia maklum atau dikenali sebagai paper alternatif......disini aku tak nak mention paper apa sebab nanti bila aku kisah yang sebenar yang nak aku sampaikan nanti aku dilkata pro 'alternatif' plak......bagi aku aku seorang yang pro kebenaran.......dan dasar politik aku adalah......... aku hanya percaya pada fahaman politik aku sahaja. Sebabnya.......

Berbalik kepada tajuk rencana di paper tu dinyatakan '80% pendapatan untuk makanan'....itulah lebih kurang tajuk rencana atau artikel tu. Isinya aku kurang pasti. Tapi dengan membaca tajuk itu saja aku rasa pasti ramai yang akan terfikir dan mencongak 'eh yalah, berapa percent duit gaji aku digunakan untuk makanan ya?!?!?!......'....dengan pesta kenaikan harga barangan keperluan sekarang ni secara tak langsung perbelanjaan kita untuk makanan juga meningkat. Dalam paper perdana yang selalu kita baca ialah 'kenaikan ditakrifkan sebagai tidak membebankan rakyat'.............tapi rakyat yang mana tu yang tak terbeban?!?!??!.....rakyat negara mana?!?!??!!........sebab yang pastinya rakyat Malaysia sekarang sedang terbeban.....Mungkin tulisan diakhabar yang taidak pro parti pemerintah itu tidak tepat, maka biarkan ia. Oleh itu untuk menjadi lebih adil, mari lihat diri sendiri berapa pulak percentage income kita yang digunakan untuk makanan (nota:makanan diklasifikasikan sebagai keperluan hidup bukan kemewahan **nota buat yang masih tak faham dan pekak bangang). Adakah 70% pendapatan digunakan untuk makanan adalah patut, atau 60%, atau mungkin juga 50%....berapa ya yang bersesuaian.............yang paling penting aku rasa, ini sepatutnya menjadi satu matlamat kerajaan untuk merendahkan percentage ini..........Mengapa kerajaan memerintah tidak meletakkan sasaran 'untuk hidup diMalaysia denga sederhana, hanya 10% dari pendapatan perlu digunakan untuk makanan'.............kenapa tidak?!?!??!?!?!...........Jika tidak sekalipun mengapa data ini tidak di jadikan sebagai salah satu dari indicator utama keberkesanan kerajaan memerintah/.....kenapa ya?!?!??!?!................

satu lagi kita juga dimomokkan dengan sasaran 'rakyat berpendapatan tinggi'.....aku sokong sasaran kerajaan tu, yang amat perihatin dengan meletakkan sasaran itu sebagai satu agenda utama.....tapi sebab apa ya?!?!??!!..............adakah ianya salah satu atau sebahagian dari kaedah merasionalkan kenaikan harga barang yang berlaku 'kini dan selamanya itu (mungkin?!?!?)'........

Banyak persoalan tidak dapat dijawab dan diselesaikan.........ahli politik di Malaysia diangkat menjadi pemimpin merangkap penyelesai masalah negara, tetapi setakat ini semua pemimpin-pemimpin ini masih lagi berpolitik.........habis tu, semua masalah-masalah rakyat ni, sapa pulak nak selesaikan........
.....l
pemimpin aku yang aku rapat dan paling percayai adalah aku sendiri..............

*ditulis dikala aku tersengguk-sengguk....nanti check balik hehehhehehehee ZZZZZZZZZZZZZZZ...........

Tuesday, January 11, 2011

Friday, January 7, 2011

Lama sungguh aku tak update disini sampaikan aku sendiri bila menjenguk ke blog ni pun rasa mesti orang lain terfikir, perjalanan blog ni dah tamat kah ataupun perjalanan hidup aku sendiri yang tamat. Banyak yang bermain difikiran yang nak aku kongsikan disini tapi seperti update aku sebelum ini kekangan masa sentisa membataskan keinginan aku untuk menulis sesuatu ataupun untuk memasukkan bahan kesini sebagai tanda perjalanan hidup aku masih lagi seperti biasa. Apa pun jangka masa sebulan dua ini perjalanan hidup aku telah ditentukan untuk menjadi agak (ataupun amat) sibuk, segala perkara kesibukan bermula dari persediaan untuk pindah aku dan juga persediaan rumah yang aku beli di Kulim sehinggalah persediaan sekolah anak-anak juga pendaftaran anak kedua aku iaitu Syahmi ke tahun satu pada tahun ini. Dicelah-celah kesibukan itu juga sempat aku bawak anak-anak bercuti ringan di Hosba Resort dan 2-3 minggu lepas pulak ke Kuala Lumpur.

Lepas balik dari KL haritu ramai yang tak percaya bila aku bagitau yang aku ke KL tu semata-mata untuk menonton perlawanan Akhir bolasepak Piala AFF Suzuki. Dah tu siap bawak family yang temasuk juga anak aku yang bongsu yang berumur 10 bulan tu......ramai yang kata gila!!!!......hahahahha. Apa pun setelah berada disana aku rasa kesusahan yang terpaksa dilalui dengan membawa family adalah berbaloi, kerana dari riak muka anak-anak dan isteri aku yang sangat gembira, aku rasa tidak ternilai dengan wang dan bila melihat keluarga gembira aku sebenarnya 203 kali ganda lebih gembira......priceless........yang pasti jika kena masa dan acaranya akan aku bawa family aku lagi untuk membiuat kerja gila seperti ini......hehehehee baru aku tau kenapa orang suka ke stadium.



Belum masuk stadium dah berpuluh ringgit terbang untuk aksesori

Barisan penyokong yang hadir
Sicomel yang paling banyak songeh diantara ke tiga-tiga ank-anak aku....tapi senyum manis

ketua rombong, orang yang bertanggungjawab membawa aku ke sini
penyokong Indonesia, rasanya student kot.




Seorang penyokong fanatik Malaysia hahahahahhaa........

jurumekap berbayar nih


masuk stadium terpaksa aku tampal telinga adik



pemandangan stadium dari tempat aku menonton


Disebelah aku, pasangan pekak dan bisu....

MAlam tu perlawanan tamat dah agak lewat malam, dan mengambil masa bebrapa jam lagi untuk keluar dari parking......mata pun dah terlalu berat. Aku ambil keputusan untuk stay satu malam di KL manakala member lain dan family akan bergerak pulang terus ke Kulim.

Besoknya aku bawak anak-anak ke Tugu Negara.....sebabanya cerita Tugu Negara ni ada masuk dalam buku teks sekolah rendah, anak aku pernah bertanya tentang tempat ni, so aku just bawak dia ke sini untuk merasai atau melihat sendiri akan bagaimana rupanya tugu negara ni.