Friday, January 21, 2011

Ketemu rentak

Di awal tahun ni dengan begitu banyak perubahan dalam corak perjalanan hidup maka segalanya agak masih kelam kabut. Susunan rentak tarian langkah masih lagi kurang tersusun, tersadung disitu, tersepak disana dan terhantuk disana sini, Namun setakat ini masih langkah digagahi jua, selagi hidup selagi itu bergerak gagah, sementara belum lagi rebah.......

Disimpang siur jalan, ada juga perkahabaran yang menyedihkan, terkini Ngah Kaq di kampung, saudara yang juga jiran yang tinggal di sebelah rumah yang agak ke belakang telah meninggal dunia. Beberapa bulan yang lepas aku sempat bertemu beliau semasa majlis perkahwinan anak saudaranya yang diadakan berhampiran rumahnya. Sambil menanti khemah dipasang kami duduk beramai-ramai dan bersembang. Aku ingat lagi bilamana dia memberikan contoh akan diri dia sendiri yang telah lama merokok tapi masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, salah satu dari cerita yang terkeluar bila aku berkata yang aku telah berhanti merokok bebrapa tahun lalu. Tapi kini dia telah pergi.......disebabkan oleh sesak nafas dan tak siapa pun yang pasti adakah ianya disebabkan oleh rokok?!?!?.

Masih ingat lagi aku bilamana dia bercerita kisahnya semasa bertugas sebagai seorang anggota tentera di Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kisah-kisah rusuhan kaum antara kaum Cina dan Melayu yang berlaku pada ketika itu telah dikonsgi kepada kami, aku hanya melopong sajalah mendengar semua cerita tu. Sebagai seorang peminat sejarah aku sebenarnya tidak pernah mendengar ataupun tahu yang kisah itu semua pernah terjadi. Mengikut kata Ngah Kaq, rusuhan itu adalah disebabkan oleh kejatuhan matawang dan diburukkan lagi oleh gerakan-gerakan kongsi gelap semasa itu. Begitu banyak kekejaman yang dia saksikan didepan mata dia pada kejadian itu yang dia masih ingat..........Banyak tempat yang dia namakan yang menjadi tapak kejadian. Selain pada tu banyak jugak kisah lain yang diceritakan dan amat menarik bagi aku. Seronok bila dapat dengar semua cerita lama ni......terasa macam masa berpusing balik kezaman dulu-dulu......

Tapi yang pasti semua kisah kepunyaan Ngah Kaq tu dah terhenti di sini. Suatu kisah perjalanan yang pernah dilalui, suatu masa, suatu ketika........dan kini satu perjalanan itu sendiri telah terhenti.

Apapun, ianya adalah satu penamat kepada satu perjalanan dan ianya juga satu permulaan baru bagi perjalanan yang seterusnya. Hayatilah rukun iman.........bersediakah kita untuk melaluinya?!?!?!.......

Al-Fatihah buat Bakar Bin Man (Ngah Kaq)..........

1 comment:

  1. alfatihah juga buat dia. rusuhan kaum sebenarnya lantaran ada bajingan yang melontar api..

    ReplyDelete