Hari ni dalam perjalanan ke tempat kerja untuk bermain badminton dengan kesempatan cuti bersempena dengan cuti ganti hari keputeraan DYMM Sultan Kedah mahu tak mahu aku masih terpaksa jugak mengahantar si abang ke sekolah (di Kulim). Jadi sementara nak menunggu dia balik tu aku dah plan hari ni kekononnya awal pagi nak ke gym dulu layan jogging apa patut then boleh main weight sikit sikit pastu baru pi main badminton ya lah sementara nak menunggu tengahhari. Itu plan dasar, hehehehehe yang jadinya sedikit tersasar dari itu. Plan nak layan gym terpaksa di cancel....sebab aku layan baca paper lama sangat sambil pekena sarapan di suasana berkabus di Kulim tu.......
Dalam aku dok baca paper 'kecik' yang bertaraf paper jamban dengan tajuk muka depan yang menggiurkan tu, aku terpandang satu sub tajuk di paper 'lecik' jugak yang sedia maklum atau dikenali sebagai paper alternatif......disini aku tak nak mention paper apa sebab nanti bila aku kisah yang sebenar yang nak aku sampaikan nanti aku dilkata pro 'alternatif' plak......bagi aku aku seorang yang pro kebenaran.......dan dasar politik aku adalah......... aku hanya percaya pada fahaman politik aku sahaja. Sebabnya.......
Berbalik kepada tajuk rencana di paper tu dinyatakan '80% pendapatan untuk makanan'....itulah lebih kurang tajuk rencana atau artikel tu. Isinya aku kurang pasti. Tapi dengan membaca tajuk itu saja aku rasa pasti ramai yang akan terfikir dan mencongak 'eh yalah, berapa percent duit gaji aku digunakan untuk makanan ya?!?!?!......'....dengan pesta kenaikan harga barangan keperluan sekarang ni secara tak langsung perbelanjaan kita untuk makanan juga meningkat. Dalam paper perdana yang selalu kita baca ialah 'kenaikan ditakrifkan sebagai tidak membebankan rakyat'.............tapi rakyat yang mana tu yang tak terbeban?!?!??!.....rakyat negara mana?!?!??!!........sebab yang pastinya rakyat Malaysia sekarang sedang terbeban.....Mungkin tulisan diakhabar yang taidak pro parti pemerintah itu tidak tepat, maka biarkan ia. Oleh itu untuk menjadi lebih adil, mari lihat diri sendiri berapa pulak percentage income kita yang digunakan untuk makanan (nota:makanan diklasifikasikan sebagai keperluan hidup bukan kemewahan **nota buat yang masih tak faham dan pekak bangang). Adakah 70% pendapatan digunakan untuk makanan adalah patut, atau 60%, atau mungkin juga 50%....berapa ya yang bersesuaian.............yang paling penting aku rasa, ini sepatutnya menjadi satu matlamat kerajaan untuk merendahkan percentage ini..........Mengapa kerajaan memerintah tidak meletakkan sasaran 'untuk hidup diMalaysia denga sederhana, hanya 10% dari pendapatan perlu digunakan untuk makanan'.............kenapa tidak?!?!??!?!?!...........Jika tidak sekalipun mengapa data ini tidak di jadikan sebagai salah satu dari indicator utama keberkesanan kerajaan memerintah/.....kenapa ya?!?!??!?!................
satu lagi kita juga dimomokkan dengan sasaran 'rakyat berpendapatan tinggi'.....aku sokong sasaran kerajaan tu, yang amat perihatin dengan meletakkan sasaran itu sebagai satu agenda utama.....tapi sebab apa ya?!?!??!!..............adakah ianya salah satu atau sebahagian dari kaedah merasionalkan kenaikan harga barang yang berlaku 'kini dan selamanya itu (mungkin?!?!?)'........
Banyak persoalan tidak dapat dijawab dan diselesaikan.........ahli politik di Malaysia diangkat menjadi pemimpin merangkap penyelesai masalah negara, tetapi setakat ini semua pemimpin-pemimpin ini masih lagi berpolitik.........habis tu, semua masalah-masalah rakyat ni, sapa pulak nak selesaikan........
.....l
pemimpin aku yang aku rapat dan paling percayai adalah aku sendiri..............
*ditulis dikala aku tersengguk-sengguk....nanti check balik hehehhehehehee ZZZZZZZZZZZZZZZ...........
No comments:
Post a Comment