Monday, August 30, 2010

Sesekali kisah tentang 'mereka', selain dari aku, kita dan kami



Dalam perjalanan kehidupan kita seharian, perbuatan dan urusan kita, intipati utamanya sudah tentu adalah kisah cerita tentang 'aku', 'kami', 'kita' dan segala macam lagi yang hanya berkisar disekeliling ruang lingkup garisan perjalanan kehidupan kita. Boleh dikatakan kehidupan kita bagaikan melalui garisan-garisan laluan perjalanan yang laju lagi bersimpang siur, aku dengan hal aku, engkau dengan hal engkau di sesuatu masa dan ketika garisan bertemu dan menjadi titik silang kita bersua mesra. Buat seketika, namun ianya masih lagi tentang aku, engkau, kita dan kami.............tapi bagaimana pula dengan 'mereka'??...

Acapkali kita lupa diluar sana, di pinggir garis laluan perjalanan kehidupan kita yang laju dan bersimpang siur ini masih ada 'mereka-mereka' yang kita lupa atau jika tidak lupa pun, mungkin 'tidak sempat' untuk kita hulurkan salam atau juga bertanya. Mereka-mereka ini tidak mungkin kita ketemu dimana-mana titik persilangan garis kehidupan biasa kita ...........maka dengan itu kita lupa untuk bertanya atau mengambil tahu akan 'mereka-mereka' di tepi garisan kita ini, makankah mereka hari ini, sihatkah mereka hari ini atau bagaimana kehidupan mereka kelmarin, semalam, hari ini atau juga esok!?!?....

Dan 'Mereka-mereka' yang aku maksudkan ini adalah orang-orang yang kehidupannya di dalam kesempitan atau orang-orang miskin diluar sana. Maka bersempena dengan Ramadan yang penuh keberkatan ini maka buat kali keduanya di tahun keduanya aku telah pun selamat meng'join'kan diri aku untuk bersama-sama dengan NGO Warga Kilang.com untuk masuk ke daerah-daerah sekitar negeri Kedah ini untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sungguh lancar dan 11 penerima telah sempat kami ziarah dan bertanya khabar juga disampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan dari ahli-ahli persatuan, orang perseorangan juga dari beberapa kilang di kawasan Kulim Hi Tech ini.

Dah siap briefing dah, aku baru terhegeh-hegeh sampai........garis aku terkoma lak, itu yang lambat tuh.

Mak aih banyaknyer, satu line tu untuk satu family.....boleh tahan banyaknya



Monier (berbaju mera) dan saudara Lokman (Orang Kecil Orang Besar-orang kuat safety UUM)

Well organized convoy, siap ada table update untuk peserta dan contact, ambik no dan sticker penanda.

Perjalanan bermula

Barisan panjang konvoi kereta-kereta yang menyertai ziarah kali ini, meriah sungguh
Beberapa kali kami terpaksa berhenti untuk menunggu rakan-rakan yang tertinggal akibat tersangkut di lampu isyarat
Tiba ke rumah pertama selepas puas berhempas pulas mencari jalan, tersesat jugak hampir setengah jam akibat masalah komunikasi
Satu keluarga yang tinggal menumpang di sebuah rumah seorang tuan tanah yang sudi memberi izin
Intel pun ada beras, first time aku tengok 

Ahli rombongan ziarah sedang beramah mesra dengan tuan rumah, isteri yang baru lepas pantang
Ke rumah yang ke dua dan ke tiga
Kelihatan saudar Adnan dan Md Noor dari Gerek Gunung, aik macam mana geng kayuh gerek pun ada sini. Itulah yang aku kata garisan laluan kehidupan kita ni....bila garisan tu bersilang kita pun berjumpa la dengan orang yang kita kenal di bidang atau tempat lain.
Memenuhi tuntutan pihak penyumbang
Rumah disebelah kiri adalah rumah ibu bapa kepada keluarga yang menerima sumbangan yang juga tinggal di rumah bersebelahan....berdindingkan buluh yang dianyam. Begitu daif rumah saudara ini, sumbangan pun tak dapat dinaikkan ke rumah.......silap-silap boleh roboh kalau semua beras dan makanan dinaikkan ke rumah.
Penerima ke dua, rumah PPRT, sebuah keluarga dengan isteri yang lumpuh
Ahli rombongan ziarah wanita sedang beramah mesra
Perigi yang digunakan
Rumah penerima keempat. Tergelak besar aku tengok tuan rumah, terpinga-pinga dia......jangankan dia kalau aku pun boleh pening. Entah dari mana-manalah depa ni semua, macam kena serangan hendap saja, tiba-tiba datang sekumpulan manusia menyerbu teratak mereka ni dengan memabawa segala macam makanan dan sumbangan.

Yaaa seranggg!!!!!!...............nah kak, bang sudilah kirnya menerima sumbangan kami ni....kahkahkahkahkah......terselit jugak benda-benda lucu.
Sumbangan dihulurkan, abang tuan rumah terkejut....sampai tak terkata apa.

Bak kata Monier, "mintak maaflah tuan rumah oiii!!!....kot tak kenai sapa kami, sedangkan sesama kami sendiri pun kami tak kenal!!!!......hahahahahahahahaha"


Masing-masing beramai-ramai bersalaman dengan tuan rumah yang pada mulanya terkejut dan terpinggir di rumah sendiri dek kerana kezutan dari serangan hendap pada hari tu.

Setelah selesai dirumah yang ni, kami pun mula bergerak ke sasaran seterusnya di rumah yang ke 5.
Rumah penerima
rezeki tuan rumah

Hampir 100Kg beras, lebih dari sebulan rasanya bagi keluarga saiz sederhana

Ziarah tuan rumah, seorang ibu tunggal yang tinggal dengan ibu bapa, juga dengan seorang kawan yang menumpang
Dah tengah hari dah pun, dah sampai waktu balik sekolah

First time aku sampai ke kawasan ni, menarik nama tempat yang kami lalui ni....Danglau, aku perhatikan di kiri-kanan jalan majoritinya orang berbangsa Siam.

Berhenti sebentar di rumah Pak Ngah untuk menurunkan bantuan pakaian yang akan di edarkan kemudian.






Bahagian atas yang telah dimamah anai-anai

Serangan hendap lagi hehehehehhehe

Nampak tak piring astro tu, di kawasan ni terpaksa pakai astro untuk dapat signal TV, kalau tak kena pasang aerial setingging pokok kelapa la jawabnya itupun belum tentu dapat siaran lagi......




















2 comments:

  1. tumpang rasa seronok menziarahi keluarga bersama warga kilang.com

    muga-muga amal ini diberkati allah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, itu juga harapan saya.....

    ReplyDelete