Ramadan dah pun di pertengahan, amboi sibuk sungguh aku di bulan puasa kali ni. Ada saja benda yang nak kena settle sampaikan nak duduk di rumah pun dah macam tak sempat sampaikan hujung minggu pun penuh dengan aktiviti dari pagi sampai ke petang. setakat ni aku di celah-celah kesibukan tu sempat jugak aku berbuka puasa di luar dengan member office dan balik kampung.....bab balik kampung tu sebenarnya aku balik kampung 5-6 jam saja pun...bertolak balik selepas Asar hari Sabtu Sabtu hujung minggu lepas dan lepas Isyak terus bertolak balik ke Penang semuanya sebab 'kakak' ada kelas hari Ahad la....nak tak nak terpaksalah jugak. Dah balik kampung tu aku pun ambiklah baju melayu yang aku tempah sebelum Ramadan hari tu, tapi nak dijadikan cerita leher di buat sempit pulak dah!!!....hampeh sungguh tak pasal-pasal nak kena hantar baju tu pin kedai balik untuk alter....geram sungguh aku!!!......apa pun memang takdir dah macam tu nak buat macam mana lagi. Persiapan Raya pun aku belum buat, malas sungguh tahun ni nak keluar beli barang....rasa malassss manjang. Silap-silap raya ala koboi sajalah...tak payah siap apa-apa just pakai apa yang ada...>hehehehehee ..tapi takut nanti orang kata berkira pulak......
Nanti ada masa aku update lagi.....nak menulis pun malas.
No comments:
Post a Comment