Ish macam budak sekolah nak mula tulis karangan pulak, entah apalah cerita yang nak aku tulis ni. Dah semakin tumpul rasanya fikiran aku dalam ba menulis ni. Dalm dok sibuk hal-hal dunia aku tu, baru-baru ni sebagai acara penutup sebelum ketibaan Ramadan maka satu trip masuk ke hutan telah diadakan dan sebagai memenuhi jemputan geng Sungai Seluang aku pun joinlah aktiviti masuk hutan tu. Yang sebenarnya aktiviti bercorak macam ni bukanlah satu benda yang asing untuk aku, dari zaman sekolah lagi aku dah memang aktif aktiviti macam ni, dan kali terakhir aku masuk hutan untuk camping adalah beberapa tahun lepas iaut ke Empangan Muda, dan kali ini ke satu tempat yang terletak diantara Baling dan Gerik.
Pada pagi tu kami semua berjanji untuk berjumpa untuk bertolak pada pukul 8.30 pagi.....tapi tengok lah dibawah tu.
Lepak dulu....manalah depa semua ni pi, masa di dah pukul 9 dah
Takumie san, lepak lagi...
ahli mesorat tengah tunggu ahli-ahli yang lain
awatla yang lambat sangat nih!!!...mana pakat pi habih ni
sementara dok tunggu tu, pi pekena ini dulu
Sapa atu apa nama makanan ni?!?!?!....
Kie berselera menikmati tuttttt!!!..........
tunggu sudah, makan pun sudah, minum jugak sudah......testing, testing 1,2,3 ambik gambar hutan.
Kereta bantuan...pajero kepunyaan Takumie
bantuan makanan yang dibawa, loading di rumah pak tam
nah haih....penuh sebijik pajero, macxam la nak tidoq sana
Skuad elit didalam kereta kedua.....dalam misi bantuan, Ops Jimba-jimba
supporter
Suatu perjalanan
Naik 4WD ni biasalah bergoyang teruk, ambik gambar pun kelabu
on the way lagi, cantik sungguh pemandangan high way ke Gerik nih
Mat RB sedang menjampi serapah trek
Tak sampai 200 meter dari jalan utama pajera dah tersangkut, ini semua gara-gara tayar yang kurang sesuai lah ni....mujur ada kereta Lan yang dapat tarik pajero tu.
Yess.............lepas jugak akhirnya
Laluan licin sepanjang jalan nampaknya, kena kerja keras la jawabnya.
Dalam perjalanan masuk ke hutan tu kami berselisih dengan sebuah 4WD jugak.....satu family. Mengikut kata brader ni kereta dia rosak, minyak enjin leak jadi dia terpaksa keluar awal berbanding dengan kawan-kawannya yang lain. Ada 5 bijik kereta lagi kat dalam katanya.
Peace yo....selamat keluar!!
Teruk jugak keadaan kereta dia.....bahagian enjin penuh dengan minyak yang melelah keluar.
Bro ni jalan dulu...anak dia siap tidur macam tak ada apa-apa pun kat dalam. Padahal kereta bergoyang dengan teruk.
Berselisih pulak dengan kumpulan utama ada 5 bijik semuanya
Pajero takumie di celah-celah semak sedang merangkak mendaki jalan yang licin
Rupanya-rupanya depa semua ni dari Penang dan ada jugak yang kenal geng-geng kami, member sekolah rupanya.
Merancang laluan untuk kenderaan melepasi selekoh ni...di sebelah kanan tu gaung yang dalam...
rilek jer adik-adik nih
selamat melepasi konvoi
jalan menjunam turun rupanya dihadapan
saki baki geng yang kami jumpa sebelum ini, sebuah lagi dibelakang terpaksa ditunda....
menggunakan teknik zig-zag untuk mendapat cengkaman......merewang ke kiri dan kanan kenderaan dibelakang dalam kelajuan tinggi.....kecut perut jugak tengok
Adik baju kuning tu perempuan....rilek saja duduk kat belakang dlaam kereta dok terhuyung hayang tu....spesis beranak dalam hutan gamaknya budak nih. Aku sendiri pun tak tentu sanggup naik
Perbincangan terpaksa diadakan
Kesan minyak dari kereta yang pertama kami jumpa
Penghulu Gerek-Kulim
Macam kat Uganda pulak
Selut separas betis
Menapak la jawabnya
Sampai jugak ke tapak lepak
Pemandangan sungai di mana kami bertapak untuk memasak makanan.
Inilah hasil................hehehehe bukan tangkapan, tapi hasil yang dibawak dari rumah.
No comments:
Post a Comment