Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Thursday, March 18, 2010
Tragedi 3 kupang
Selepas sekian lama tak melawat blog member-member, hari ni aku terlintas lah pulak nak melawat blog member aku Zul founder tu yang update entah selang berapa lama sekali. Terkejut aku bila terbaca kisah anak dia tercekik duit 3 kupang tu. Hari tu dia ada mention kata anak dia tertelan duit, tapi mungkin pada masa tu aku tak ambik serius sangat entah pasal apa aku dialam ghaib sampaikan buat tak kisah saja masa tu, tapi lepas sekian lama aku baru terfikir pasal tu..........hari ni baru aku tau cerita sebenarnya. Rupanya kisah sebenarnya lebih menakutkan iaitu hampir meragut nyawa anak bongsunya. Dan syukur kepada Allah kerana tanpa diduga anak lelaki sulungnya telah berjaya menyelamatkan nyawa adiknya dengan menggunakan kaedah menekan perut seperti yang selalunya diajarkan di kelas First Aid dan bantuan kecemasan tu. Kisah penuh insiden ini di http://thejourneyofanakjerlun.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masa IM kecil dulu ada kepercayaan bahawa kalau tertelan duit, nanti boleh tumbuh pokok duit dari dalam perut. kah,kah...
ReplyDeleteSaya pulak pernah masuk bijik buah keranji dalam hidung....siap tumbuh bertunahs didalam tu.
ReplyDelete