Sunday, March 28, 2010

Langgar pantang....sendiri tanggung

Waduhhh hari ni kerana angin satu badan dan keceluparan diri sendiri yang melanggar pantang, tak pasal-pasal kena tanggung beban tak diundang. Anak aku yang sulung tu dah berapa hari dah dok pesan tentang mesyuarat PIBG sekolah dia tu, oleh kerana aku pun tak ada plan sebelah pagi jadi selepas aku settle beli sarapan aku pun ke sekolah anak aku tu. Tak bersungguh-sungguh sangat pun nak pergi, dan oleh kerana itu aku lewat satu jam dari masa sepatutnya. Sebenarnya dari anak aku first year lagi aku tak pernah miss mesyuarat PIBG ni dan selama ni juga aku konsisten lewat dari masa sebenar dan tidak terkecuali kali ni. Berbalik kepada mesyuarat tu, sebenarnya niat aku yang paling utama adalah untuk mendapat maklumat atau untuk mengetahui perkembangan sekolah , manalah tahu kot ada apa-apa peluang yang boleh dimanfaatkan untuk anak-anak.Macam biasa jugak mesyuarat PIBG sekolah anak aku tu dihadiri majoriti oleh mereka-mereka yang bukan Melayu, mungkin orang Melayu sibuk kot dihujung minggu ni. Apa pun kali ni setelah seketika aku sampai aku dah mula rasa macam ada benda tak kena. Mesyuarat yang pada mulanya nampak macam lancar dah mula jadi panas. Puncanya dari seorang waris pelajar sekolah ni. Mulanya dia banyak bertanya kepada Yang Dipertua dan Pengetua sekolah, lepas satu, satu lagi perkara berbangkit dan siap bersorak-sorak lagi. Makin lama makin panas dan kemuncaknya bila tiba masa pemilihan.Orang ini telah mencadangkan agar semua AJK termasuk Yang Dipertua sedia ada dibuang dan tidak dilantik semula. Setakat pemerhatian aku, Yang Dipertua sedia ada sebenarnya tidak ada mempunyai sebarang masalah, juga AJK sedia ada. Mungkin tidaklah outstanding tapi agak banyak juga perkara berbangkit telah dapat diselesaikan oleh mereka.......yang paling aku marah, orang ini bercakap seperti ada dendam terbuku dan dismpan lama didalam hati, entah apalah yang ada dalam kepalanya, makin lama aku dah makin panas telinga dengan telatah waris tersebut, ibu bapa dan waris lain datang mesyuarat semata-mata nak mendengar kisah terkini tentang sekolah, nak melontarkan masalah, pandangan dan juga mendengar laporan PIBG.........tapi dengan adanya orang sebegini, kelancaran mesyuarat telah terganggu, banyak masa orang lain terbuang begitu saja semata-mata melayan orang sebegini, kemuncak 'keanginan' aku. Aku telah ke hadapan mesyuarat dan terus menghentam waris berkenaan yang nampaknya sekadar cuba menjadi dari sebahagian masalah dan bukannya sebahagian dari penyelesaian, rupanya apa yang aku cakapkan didepan tu telah mendapat sokongan dari semua guru dan ibu bapa lain, siap sorak-sorak lagi. Dari angin tadi terus aku terkejut lah pulak, dari melepaskan geram dah jadi lain cerita pulak. Masa tu aku baru teringat kata kawan-kawan berkenaan pantang larang di mesyuarat PIBG. Pesanan itu adalah supaya jangan bercakap lebih-lebih dalam mesyuarat sebab biasanya kalau banyak cakap orang itu berkemungkinan besar dipilih memegang jawatan didalam PIBG. Akhirnya oleh kerana aku melanggar pantang larang tu akhirnya aku dipilih juga untuk menganggotai PIBG sekolah anak aku tu..........tak pasal-pasal pulak aku kena bagi komitmen untuk aktiviti PIBG lepas ni. Tak tau nak cakap apa dah aku, tanggungjawab telah diberi, sekarang aku cuma berharap aku boleh menyumbang sesuatu kepada sekolah tu, itu saja harapan aku seperti mana aku aku berharap pada mereka yang dilantik sebelum-sebelum ini .......ambik ngko

2 comments:

  1. heheh.. kira ok paa.. lepas ni boleh buat pembaharuan.. anjurkan aktiviti berbasikal pulak :)

    ReplyDelete