Lama betul aku tak ke Langkap, kalau geng kayuh MTB di Penang dan Kulim boleh dikatakan semua tahu dimana tempat ni. Lagipun sebelum ni kawasan Langkap ni juga sebahagain dari laluan wajib untuk Jamboree MTB Bukit Mertajam. Oleh kerana basikal aku pun dah tak ada jadi kali aku pun revisit tempat dengan guna motor sajalah habis itu saja yang sesuai, nak naik dengan kereta pun, nak bagi barai kereta tu bolehlah lainlah kalau 4WD itupun kalau berani.
Pemandangan dari Bukit Langkap, 2009.
Dalam perjalanan ke kaki bukit Langkap aku terserempak dengan satu kumpulan kaki fotografi, semua dengan lense panjang lebih dari 200mm. Tanpa segan silu terus aku tuju ke geng ni, rupanya depa dok tengah ambik gambar burung rupanya. Dalam ramai-ramai depa semua ni aku paling tertarik dengan peralatan uncle ni, yang lain pakai DSLR so biasa sangat aku tengok tapi dia pakai kamera kompak saja yang dipasangkan ke scope, memang simple practical dan berkesan. Bila aku tegur saja rupanya ramah uncle ni siap buka beg dia lagi tunjuk apa yang dia bawak, satu persatu dia bukak dan pasangkan ke kamera kompak tu, rupanya banyak sungguh kegunaan walaupun hanya kamera kompak yang aku belum tahu, dengan kamera Nikon Coolpic tu macam-macam yang dia pasangkan dan tunjuk pada aku, siap dengan makro lenses beserta custom made makro flash/speedlite. Fuh!!! memang dasat giler, yang lagi menariknya harga barang yang dicustom made ni jauh lebih murah dari yang biasa dijual dikedai. Untuk lense yang dipasangkan untuk mengambil gambar burung itu pulak dia menggunakan telescope (entah betul ke tidak nama scope ni), aku panggil telescope sajalah sebab single lense kalau dua lense kembar boleh gak dipanggil binocular. Oooooo!!! baru tau benda ni orang panggil field scope rupanya!!!........
Dah sahlah imej yang dilihat cantik dan clear, kamera hanya berfungsi menyimpan imej sahaja.
rMemang kreatif, lense telescope digabungkan dengan kamera kompak, hasilnya satu imej yang betul-betul berkualiti..........aku betul-betul kagum dengan kreativiti depa ni. Aksesori untuk setting macam ni adalah custom made.
Kamera kompak yang dipasangkan ke scope dan dipegang oleh satu holder, manakala dibahagian screen LCD kamera dipasangkan satu tetingkap untuk menghadang cahaya atau silau. Satu remote triggering mechanism dipasangkan digunakan semasa mengambil gambar untuk mengurangkan gegar atau goyang.
Pemandangan indah, di mataku....
Pemilik taman di Bukit Langkap, sangat mengalu-alukan kedatangan pelawat ke tempatnya dan sangat ramah. Dia siap bagi cadangan kalau nak mai, paling cantik waktu senja dan malam sebab boleh tengok pemandangan kawasan sekitar Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang pada maktu malam. Nak gambar dari tempat ni, sila lawat ..........
Taman di Bukit Langkap
Peneman aku hari ni, berlatarbelakangkan Empangan Mengkuang.
Empangan Mengkuang dari puncak Bukit Langkap
On the way balik terserempak pulak dengan orang dok menimba kalau diikutkan istilah dahulu kala, cuma sekarang ni orang dah pakai pam air. Banyak ikan yang depa dapat, terliur gak aku dengan sepat, puyu dan haruan yang depa dapat tu. Tak dapat tangkap ikan tangkap gambar pun jadilah, sebelum balik sempat juga bungkuskan lauk dari sebuah kedai makan di Padang Ibu.
Kat mana Bukit Langkap ni? Pernah kayuh ke Bukit Ceruk Tok Kun ke?
ReplyDeleteSemasa aku mendaki, selalu terserempak dengan geng MTB ni...
Bukit Langkap ni bersebelahan dengan highway BKE, jalan masuknya tidak jauh dari simpang jalan ke Berapit jika dari Maktab Tunku Bainun menghala ke Empangan Mengkuang. Boleh dikatakan belum berkesempatan ke Tok Kun, dah basikal hilang.......sampai sekarang melopong
ReplyDelete