Tuesday, March 30, 2010

Menghitung hari

Arghhh tensen aih........cuti panjang ka pendek ka tak boleh nak pergi mana-mana. Tak berapa lama saja lagi bersempena dengan hari perkahwinan adik ipar aku tu nanti harapnya dapatlah aku bawak family pergi jalan-jalan sekali. Lama sangat dah anak-anak terperap dirumah..... Kesian depa, cuti sekolah pun terperap dirumah saja sebelum ni.

Sunday, March 28, 2010

Langgar pantang....sendiri tanggung

Waduhhh hari ni kerana angin satu badan dan keceluparan diri sendiri yang melanggar pantang, tak pasal-pasal kena tanggung beban tak diundang. Anak aku yang sulung tu dah berapa hari dah dok pesan tentang mesyuarat PIBG sekolah dia tu, oleh kerana aku pun tak ada plan sebelah pagi jadi selepas aku settle beli sarapan aku pun ke sekolah anak aku tu. Tak bersungguh-sungguh sangat pun nak pergi, dan oleh kerana itu aku lewat satu jam dari masa sepatutnya. Sebenarnya dari anak aku first year lagi aku tak pernah miss mesyuarat PIBG ni dan selama ni juga aku konsisten lewat dari masa sebenar dan tidak terkecuali kali ni. Berbalik kepada mesyuarat tu, sebenarnya niat aku yang paling utama adalah untuk mendapat maklumat atau untuk mengetahui perkembangan sekolah , manalah tahu kot ada apa-apa peluang yang boleh dimanfaatkan untuk anak-anak.Macam biasa jugak mesyuarat PIBG sekolah anak aku tu dihadiri majoriti oleh mereka-mereka yang bukan Melayu, mungkin orang Melayu sibuk kot dihujung minggu ni. Apa pun kali ni setelah seketika aku sampai aku dah mula rasa macam ada benda tak kena. Mesyuarat yang pada mulanya nampak macam lancar dah mula jadi panas. Puncanya dari seorang waris pelajar sekolah ni. Mulanya dia banyak bertanya kepada Yang Dipertua dan Pengetua sekolah, lepas satu, satu lagi perkara berbangkit dan siap bersorak-sorak lagi. Makin lama makin panas dan kemuncaknya bila tiba masa pemilihan.Orang ini telah mencadangkan agar semua AJK termasuk Yang Dipertua sedia ada dibuang dan tidak dilantik semula. Setakat pemerhatian aku, Yang Dipertua sedia ada sebenarnya tidak ada mempunyai sebarang masalah, juga AJK sedia ada. Mungkin tidaklah outstanding tapi agak banyak juga perkara berbangkit telah dapat diselesaikan oleh mereka.......yang paling aku marah, orang ini bercakap seperti ada dendam terbuku dan dismpan lama didalam hati, entah apalah yang ada dalam kepalanya, makin lama aku dah makin panas telinga dengan telatah waris tersebut, ibu bapa dan waris lain datang mesyuarat semata-mata nak mendengar kisah terkini tentang sekolah, nak melontarkan masalah, pandangan dan juga mendengar laporan PIBG.........tapi dengan adanya orang sebegini, kelancaran mesyuarat telah terganggu, banyak masa orang lain terbuang begitu saja semata-mata melayan orang sebegini, kemuncak 'keanginan' aku. Aku telah ke hadapan mesyuarat dan terus menghentam waris berkenaan yang nampaknya sekadar cuba menjadi dari sebahagian masalah dan bukannya sebahagian dari penyelesaian, rupanya apa yang aku cakapkan didepan tu telah mendapat sokongan dari semua guru dan ibu bapa lain, siap sorak-sorak lagi. Dari angin tadi terus aku terkejut lah pulak, dari melepaskan geram dah jadi lain cerita pulak. Masa tu aku baru teringat kata kawan-kawan berkenaan pantang larang di mesyuarat PIBG. Pesanan itu adalah supaya jangan bercakap lebih-lebih dalam mesyuarat sebab biasanya kalau banyak cakap orang itu berkemungkinan besar dipilih memegang jawatan didalam PIBG. Akhirnya oleh kerana aku melanggar pantang larang tu akhirnya aku dipilih juga untuk menganggotai PIBG sekolah anak aku tu..........tak pasal-pasal pulak aku kena bagi komitmen untuk aktiviti PIBG lepas ni. Tak tau nak cakap apa dah aku, tanggungjawab telah diberi, sekarang aku cuma berharap aku boleh menyumbang sesuatu kepada sekolah tu, itu saja harapan aku seperti mana aku aku berharap pada mereka yang dilantik sebelum-sebelum ini .......ambik ngko

Friday, March 19, 2010

Cuti sekolah dan masuk jawi......


Bersempena cuti sekolah ni, teringat pulak zaman dulu-dulu...........ishh!!.....ada ka yang sunat dalam cuti sekolah seminggu ni?!?!?!?!.......Apa pun layan saja, dulu-dulu kalau bersunat ni kira tak kurang meriah jugak la, cuma sekarang dah kurang banyak. Sekarang ni dah lama aku tak dengar orang buat kenduri untuk bersunat. Kiranya dah pupuslah kot. Tengok video ni teringat masa aku sendiri melalui pengalaman ni, memang mengimabu nostalgia lah video ni. Bab pakat selak tengok dlaam kain tu yang tak boleh tahan tu hehehehehehehe......

Suami Isteri, macam ni pun ada lagu.....


Aku tak tengok betul-betul pun dari awal sampai habis, tapi dari lirik yang ditulis kat bawah tu aku tergelak besar......macam ni pun depa siap buat lagu.

Aku tujukan lagu ni untuk kawan-kawan dan mereka-mereka yang jaga bini dalam pantang di luar sana hehehehehehehehe......sambung gelak.

Nota : Orang yang jaga bini dalam pantang ni memang mudah sangat tergelak kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!!............lariii!!!!!!.......

Amaran: Siaran ini hanya untuk hiburan semata tiada kaitan dengan mereka yang dah mati, yang masih hidup atau yang berpantang!!!........kah kah kah

Thursday, March 18, 2010

Tragedi 3 kupang


Selepas sekian lama tak melawat blog member-member, hari ni aku terlintas lah pulak nak melawat blog member aku Zul founder tu yang update entah selang berapa lama sekali. Terkejut aku bila terbaca kisah anak dia tercekik duit 3 kupang tu. Hari tu dia ada mention kata anak dia tertelan duit, tapi mungkin pada masa tu aku tak ambik serius sangat entah pasal apa aku dialam ghaib sampaikan buat tak kisah saja masa tu, tapi lepas sekian lama aku baru terfikir pasal tu..........hari ni baru aku tau cerita sebenarnya. Rupanya kisah sebenarnya lebih menakutkan iaitu hampir meragut nyawa anak bongsunya. Dan syukur kepada Allah kerana tanpa diduga anak lelaki sulungnya telah berjaya menyelamatkan nyawa adiknya dengan menggunakan kaedah menekan perut seperti yang selalunya diajarkan di kelas First Aid dan bantuan kecemasan tu. Kisah penuh insiden ini di http://thejourneyofanakjerlun.blogspot.com/

Sunday, March 14, 2010

Langkap, the return

Lama betul aku tak ke Langkap, kalau geng kayuh MTB di Penang dan Kulim boleh dikatakan semua tahu dimana tempat ni. Lagipun sebelum ni kawasan Langkap ni juga sebahagain dari laluan wajib untuk Jamboree MTB Bukit Mertajam. Oleh kerana basikal aku pun dah tak ada jadi kali aku pun revisit tempat dengan guna motor sajalah habis itu saja yang sesuai, nak naik dengan kereta pun, nak bagi barai kereta tu bolehlah lainlah kalau 4WD itupun kalau berani.
Pemandangan dari Bukit Langkap, 2009.

Dalam perjalanan ke kaki bukit Langkap aku terserempak dengan satu kumpulan kaki fotografi, semua dengan lense panjang lebih dari 200mm. Tanpa segan silu terus aku tuju ke geng ni, rupanya depa dok tengah ambik gambar burung rupanya. Dalam ramai-ramai depa semua ni aku paling tertarik dengan peralatan uncle ni, yang lain pakai DSLR so biasa sangat aku tengok tapi dia pakai kamera kompak saja yang dipasangkan ke scope, memang simple practical dan berkesan. Bila aku tegur saja rupanya ramah uncle ni siap buka beg dia lagi tunjuk apa yang dia bawak, satu persatu dia bukak dan pasangkan ke kamera kompak tu, rupanya banyak sungguh kegunaan walaupun hanya kamera kompak yang aku belum tahu, dengan kamera Nikon Coolpic tu macam-macam yang dia pasangkan dan tunjuk pada aku, siap dengan makro lenses beserta custom made makro flash/speedlite. Fuh!!! memang dasat giler, yang lagi menariknya harga barang yang dicustom made ni jauh lebih murah dari yang biasa dijual dikedai. Untuk lense yang dipasangkan untuk mengambil gambar burung itu pulak dia menggunakan telescope (entah betul ke tidak nama scope ni), aku panggil telescope sajalah sebab single lense kalau dua lense kembar boleh gak dipanggil binocular. Oooooo!!! baru tau benda ni orang panggil field scope rupanya!!!........
Dah sahlah imej yang dilihat cantik dan clear, kamera hanya berfungsi menyimpan imej sahaja.
rMemang kreatif, lense telescope digabungkan dengan kamera kompak, hasilnya satu imej yang betul-betul berkualiti..........aku betul-betul kagum dengan kreativiti depa ni. Aksesori untuk setting macam ni adalah custom made.

Kamera kompak yang dipasangkan ke scope dan dipegang oleh satu holder, manakala dibahagian screen LCD kamera dipasangkan satu tetingkap untuk menghadang cahaya atau silau. Satu remote triggering mechanism dipasangkan digunakan semasa mengambil gambar untuk mengurangkan gegar atau goyang.


Pemandangan indah, di mataku....

Pemilik taman di Bukit Langkap, sangat mengalu-alukan kedatangan pelawat ke tempatnya dan sangat ramah. Dia siap bagi cadangan kalau nak mai, paling cantik waktu senja dan malam sebab boleh tengok pemandangan kawasan sekitar Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang pada maktu malam. Nak gambar dari tempat ni, sila lawat ..........

Taman di Bukit Langkap
Peneman aku hari ni, berlatarbelakangkan Empangan Mengkuang.
Empangan Mengkuang dari puncak Bukit Langkap
On the way balik terserempak pulak dengan orang dok menimba kalau diikutkan istilah dahulu kala, cuma sekarang ni orang dah pakai pam air. Banyak ikan yang depa dapat, terliur gak aku dengan sepat, puyu dan haruan yang depa dapat tu. Tak dapat tangkap ikan tangkap gambar pun jadilah, sebelum balik sempat juga bungkuskan lauk dari sebuah kedai makan di Padang Ibu.

Friday, March 12, 2010

Yes yes yes !!!...........


Yes hari ni setelah sebulan lebih menunggu, akhirnya siap jugak kamera aku yang dihantar untuk repair tu.........hangin betul dengan kedai tu, repair ambik masa seminggu saja, tapi diperam sampai sebulan. Kalau bolah beranak kamera tu OK lah jugak, hantar satu return 2 ka baru sejuk hati aku, ini tidak takat simpan dekat-dekat nak buat pekasam. Apa pun lepas ni update aku disini akan lebih meriah dengan gambar-gambar yang lebih meriah .........

Friday, March 5, 2010

Ngeri giler siot!!....18SG & ngeri


Kepada mereka-mereka yang lemah semangat atau jenis tak boleh tengok darah dan visual ngeri lain, SILA JANGAN BUKA ATAU MAINKAN VIDEO INI.......tuan tanah (blogger) tak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesulitan kesan dari menonton video ini. Ini adalah luka parah dari satu pergaduhan disyaki akibat hutang Along. Ngeri giler siot!!!!.........

Monday, March 1, 2010

Pom Pom Boy di Jamboree PTSB


Dalam dok penat jaga baby dengan orang rumah sempat juga aku selit pi Kulim di Politeknik Kulim. Kali ni team GK hantar lebih kurang 15 orang join kayuh termasuklah penghulu GK, Ayam tambatan dan juga yang telepas hehehehehee........peranan aku pulak hari tu takat jadi Pom Pom Boy sajala, nak kata jadi photographer pun tak buleh jugak sebab kamera aku tak OK lagi, takat ambik gambar pakai compact itu kira bukan photograpger lagi la..........nak tengok gambaq event hari tu kena pi tengok di site Gerek Kulim la.....tak banyak mana pun, dah aku pun tak sempat masuk trek.