Tuesday, July 21, 2009

Survived the UUM XC-Race







Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak aku mengjoinkan diri di UUM XC-Race seperti yang dirancang. Yang penting aku selamat pergi dan selamat balik dengan hanya luka kecil juga sedikit luka perasaan yang antaranya berpunca dari penganjuran yang tahap hampeh, juga kerana tak dapat nak menyempurnakan kayuhan sepenuh trek. Aku dah beberapa geng gerek-Kulim lain dah mengalah di checkpoint ke tiga yang juga merupakan stage yang paling teruk kerana selepas checkpoint 3 treknya agak lebih senang.Ini juga membuatkan aku terkilan ishhh kalulah aku ada sikit lagi stamina dan trek pun dah tak berapa teruk best kan kalau dapat complete kayuh. Apa nak buat nasi dah nak masuk perut telan saja la, apa pun aku enjoy sesangat especially dengan geng-geng yang sempoy, tiada langsung masalah dengan team gerek-kulim semua boleh masuk walaupun bukannya rapat sangat selain dari masa kayuh. Peluang ke UUM kali ini juga menjadi medan perkenalan dengan lebih rapat dengan team sendiri juga dengan rakan seper MTB an yang lain. Meriah rupanya jamboree MTB nih, dan yang syoknya bila kita rasa kita tak hebat akan ada orang lain yang lagi tak best. Walaupun kami keluar di checkpoint 3 yang sebenarnya ramai jugak yang give up lebih awal dan tidak meneruskan perjalanan juga berpatah balik sebelum checkpoint 2 lagi. Sekurang-kurangnya kami tidak berpatah balik cuma melencong sikit saja.

Persediaan ala kadar yang aku buat disebabkan kekangan masa juga nampaknya ada memberi sedikit kelebihan cuma disebabkan perdiaan kurang rapi, aku masih lagi kekurangan stamina untuk jangkamasa panjang, Dalam jangka masa pendek aku rasa aku OK saja dan memang mampu pun tapi selepas beberapa jam otot-otot dibanting, badan ni mulalah nak mogok macam nak hibernate saja sebab terlalu letih. Makanan yang aku ambil sebagai penambah tenaga juga nampak kurang memeberi kesan dan rasanya dimasa depan sesuatu perlu dibuat untuk menambah tenaga juga agar makanan dapat diserap oleh badan dengan cepat.