Baca ni.....paling menarik dari Monier Mat Din, kalau berkelapangan lawatilah site dia seperti dibawah tu.
Sekarang ini musim Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kat sekolah-sekolah di Negeri Kedah ini, selain drpd sekolah anak saya di Pdg Serai ini sekolah anak menakan saya di Kuala Ketil nu pun ada Hari Penyampaian Hadiah juga, tak tau lah pulak pasal apa depa dok pi buat pertengahan tahun mcm ini.
Hari ini Ahad 12/7, saya hadir ke majlis penyampaian hadiah di sekolah anak saya tu, anak saya ni taklah pandai sgt, duduk pun kelas no-2 saja, tapi entah mcm mana rezeki dia kot, salah satu subject tu dia dpt terbaik seluruh kelas. Macam biasalah, saya pi nak bagi sokongan moral kat anak.
Depa kata majlis mola pukul 9:00 pagi, saya jenis dok beysa kerja kilang Jepun ni, pi lah awal sikit, tunggu punya tunggu majlis tak start lagi, dok tunggu VIP UMNO mana entah mai rasmi. So, sementara dok tunggu VIP tu mai, saya beleklah sat surathabag the STAR yg saya beli kat tepi jln tadi tu.
Tu dia haih, nak habag kat hangpa, belek pi belek mai, ada LAPAN muka surat semuanya, dikhususkan khas untuk cerita bab ketidakpuasan hati mereka di atas cadangan untuk menghapuskan PPSMI menjelang 2012 nanti.
Tajuk-tajuknya begitu menonjol sekali, misalnya di m/s F18, ditulis di situ "LET'S NOT TURN OUR BACKS ON ENGLISH - We can't always be holding back the more advanced students in favour of those lagging behind", di m/s F25 pula, Editor dia sendiri Wong Chun Wai tulis satu m/s dengan tajuk besar "POOR LEGACY FOR OUR KIDS - by reverting to Bahasa for Maths and Science, we are bypassing the need for a competitive edge without giving much thought to the future of our children".
Bila saya tengok sampai 8 m/s depa khususkan untuk serang isu PPSMI ini, maka saya tak fokus sangat kpd majlis anugerah tu, saya dok baca semua artikel tu baris demi baris, ayat demi ayat sampai habis semua 8 m/s tu - nak tengok apa ke sebabnya yg depa dok pertahan sangat.
Elok saya dah masuk m/s yang ke-3 tak silap, tiba-tiba pom pang pom pang bunyi kompang dan bunga manggar budak-budak dok arak masuk mai VIP UMNO tu.
Saya berenti sat, dok tengok sapa yg mai.
Tengok-tengok perasmi majlis tu org Padang Serai gak, antara tokoh UMNO yg berpengaruh kat sini. Saya kenai dia, tat pa lah, saya sambung baca.
Baru nak sambung, tiba pula giliran VIP ini berucap; baru abih mukadimah beri salam dan t.kasih pengerusi majlis lebih kurang, tiba-tiba tak semena mena, angin tak dak ribut tak dak, dia pi serang isu PPSMI ini - macam dia tau tau saja saya tgh dok baca bab PPSMI ini, dia kata dia cukup tak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghapuskan PPSMI ini, dia kata satu kerugian untuk anak-anak bangsa, dia kondem puak-puak pembangkang yg dok bantah PPMSI ini. Dia habag kata, dia la ni dok buat part time study Engineering, dia kata semua buku rujukan dlm B.Inggeris, bila dia pi library ka pi kedai buku ka cari dlm bahasa Melayu tak ada, habis tu kalau tak reti BI, mcm mana nak belajar?. Mcm-mcm lagi dia balun dlm ucapan dia tu, fuh! rasa berbulu dan berdesing saja telinga saya, rasa mcm la la tu jugak nak bangun jawab. Ceramah politik ka ucapan hari penyampaian hadiah ini?
Saya kalih belakang, ramai gak muka-muka PR dlm dewan tu, tapi sebab dok ingat ada budak-budak sekolah sekali kat situ, termasuk anak saya sekali, saya buar derk ja lah.
Rasa mcm nak bangun saja jawab kat dia, nak habag kata:
"Dulu, saya belajar Dlm Bahasa Malaysia dari Darjah 1 sampai Darjah 6, dari Ting 1 sampai Ting 5, kemudian pi US ambik Engineering. Tak ada masalah pun, grad juga. Siap pernah dapat best student pulak tu untuk satu kelas Engineering waktu di US, habis semua mat salleh saya potong, tak ada masalah pun. Kemudian, dah habis grad, saya kutip buku-buku Engineering kat sana, ship balik mai Malaysia, dok ingat nak terjemah ke Bahasa Malaysia, kot-kot boleh digunapakai di Universiti-Universiti dlm Negara. Balik Malaysia dok cari masa dok tunggu-tunggu nak terjemah, tiba-tiba depa pi tukaq BM pi jadi BI habis; terus tak jadi terjemah. La buku-buku tu berlambak-lambak dok ada kat rak buku rumah saya ni, dah naik usang dah - jadi sejarah!!"
So, sapa kata tak ada org nak usaha terjemah buku engineering ke BM? sapa kata kalau belajar Sains dan Matematik dlm BM payah nak lulus engineering. Sapa kata?
Mcm tu jugak dgn the STAR, mcm-mcm depa dok tulis pasal ajar Sains dan Matematik dlm BM ini, kiri kanan depa tibai, semuanya tak betul semuanya tak kena, tindakan undur ke belakang la, nanti budak-budak ketinggalan la dll.
Depa siap interview Mahyudin Yassin dan siap interview Ketua Pengarah Pelajaran Alimudin Md Dom ka apa nama, mcm-mcm soalan yg depa ajukan berkait kpd permasalahan yg bakal timbul sekiranya kerajaan betul-betul nak hapuskan PPSMI menjelang 2012 nanti.
Yg bestnya, di bawah bab interview dgn Muhyidin Yasin, depa ada siarkan 3 graf berkaitan dgn pencapaian UPSR sejak tahun 2001 hingga 2008 (utk subjek English, Matematik dan Sains). Saya dok baca kesemua 8 m/s tu, cuma sorang saja yg ulas dengan detail iaitu penulis the STAR bernama Leanne Goh ka apa nama, dia kata PPSMI bagus sebab telah secara langsung berjaya meningkatkan pencapaian subjek bahasa inggeris sebanyak 4.4%.
Fakta dia memang betul, tapi depa dok buat lawak ka apa, kalau hangpa rajin, cuba pi belek balik the STAR m/s E2 dan E3 12/7/09 tu, ini cuba hangpa tengok pencapaian peratus kelulusan UPSR utk Sains dan Matematik sebelum dan selepas PPSMI itu dilaksanakan (saya ambik direct drpd s/habag the STAR tu sendiri):
SAINS:
Luar Bandar - 2002 : 79.4% 2008 : 79.7%
Kaw Bandar - 2002 : 83.4% 2008 : 82.5%
MATEMATIK:
Luar Bandar - 2002 : 80.3% 2008 : 77.0%
Kaw Bandar - 2002 : 85.9% 2008 : 80.9%
La - tang mana yg org dok kata PPSMI tu membantu meningkatkan pencapaian anak-anak kita tu. Sekarang ini, baru saya paham kenapakah aktivist anti-PPSMI begitu pulun sakan dok bantah PPSMI ini, rupa-rupanya data itu dah ada lama dah, cuma kita saja yg tak perasan.
By the time VIP UMNO itu dah habis bagi ucapan, saya baru saja nak masuk m/s yg ada graf pencapaian tu, dok ingat nak bangun pi ke depan ambik mike, pi baca kat semua yg hadir, bagi ceramah sikit baru VIP tu ada akai, tapi mcm dok kata tadi, tak sampai hatilah pulak.
Okeylah, moral of the story yg saya nak habag kat sini sebenarnya ialah mereka yag pro-PPSMI sekarang ini sedang aktif melobi berhujjah menggunakan media milik mereka untuk mempengaruhi pihak yg berwajib agar sekiranya dpt tidak meneruskan niat menghapuskan PPSMI ini seperti mana di penutup tulisannya Wong Chun Wai menulis "A decision has been made but for our children's sake, please keep English for Maths dan Science, at least at the secondary school level". Maka itu, para aktivist anti-PPSMI tidaklah boleh merasa lega dgn pengumuman kerajaan itu kerana semuanya serba berkemungkinan.
Last sekali, penutup cerita:
Lebih kurang jam 11:00 pagi, tibalah giliran anak saya yg darjah 4 Ria DUA tu terima hadiah - "Mohamad Irfan Bin Mohd Monier, pelajar terbaik Bahasa Inggeris untuk darjah 4, dipersilakan untuk menerima hadiah".
Waktu anak saya tu naik amik hadiah, saya pi ke depan ambik gambar, VIP tu kenai saya, dia senyum dan saya pun senyum balik; nak tau?
Anak saya tu dpt pelajar terbaik bahasa Inggeris seluruh darjah 4, tapi Matematik dan Sains dia dapat "C" !!
So, sapa kata kalau pandai Bahasa Inggeris boleh pandai Sains dan Matematik?
Pala toghak depa!!!!
moniermatdin@yahoo.com
12.7.09
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com