Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Wednesday, July 22, 2009
Next, Kedah Jamboree
MAk aiihh baru saja lepas jamboree UUM dah nak ke jambore Kedah pulak dah. Lagi seminggu, bukan lama lagi dah, ish aku sebelum ni langsung tak perasan haribulan jamboree-jamboree ni main pakai ikut majoriti saja last -last bila tengok balik selang 2 minggu saja rupanya. Itu belum kira Kayuh Syok-syok di Perlis (yang tu tak decide lagi).Ini dah macam semi pro rider pulak dah, padahal bukan terer sangat pun, buat meramaikan majlis buleh la. Ada jugak terpikir since baru saja balik dari UUM why don't just continue saja untuk Kedah lajak sikit lagi momentum yang ada tu, stamina pun mesti ada saki baki lagi kan hehehehhehehe. Sabtu ni pulak dah terhangat pulak nak layan trek Nibong Teballah pulak alaaa yang jamboree hari tu. Lagipun aku tak boleh join haritu sebab kena gout lagipun depa nak pi CP1 saja rasanya tak lah teruk sangat kot sesaja layan. Tapi tadi bila jumpa dengan geng Sungai Seluang depa kata nak pi trek balak pulak pastu ada yang kata nak pi Langkap. Ntahlah ikut sajalah, ehhh tapi crank aku tak settle lagi nih Zan call tadi bagitau crank yang aku nak tu dah habis nak kena cari kat tempat lain dan kalau ada pun harga mesti lagi mahal la. Serba salah aku, kalau aku tak tukar dalam sehari dua lagi maknanya aku tak boleh kayuh lagi la hujung minggu ini ishh susah betui la. Dah tu seat post aku bengkok lak tu sebab jatuh terhempas masa di UUM XC-Race aritu sampaikan nak bawak turun seat pun sekarang ni dah tak boleh. Itu semua post jamboree punya masalah lah tu, dan sekarang ni dah ada 3 benda dalam kepala yang aku fikir nak kena tukar iaitu seat post, crank dan handle bar. Nampak gayanya minggu ni aku tak kayuhlah rasanya, mana nak sempat nak survey barang, nak tukar, nak tune lagi. Layan gym lagilah nampak gayanya kalau tak sempat tukar semua barang tu.