Friday, October 15, 2021

Jarak waktu yang ditinggalkan

28 Julai 2017

Makin lama masa berlalu meninggalkan masa silam. Memori bersama ayahanda dan bonda makin sehari makin pudar gambarannya menandakan semakin jauh di jarak waktu aku meninggalkan kenangan itu...
Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapaku, menjauhkan mereka dari siksa kubur dan seksa api neraka. 

Wednesday, July 19, 2017

Masa muda masa tua, masa itu sama

Usia pun dah menginjak ke usia 'hidup bermula'...
dilihat pada angka yang mengjauh, pengakhiran yang lebih dekat sebenarnya.
Berjalan, duduk, berlari, bertongkat, mengesot, merangkak...setakat ini masih punya daya meneruskan apa yg ada dan dikerjakan.
Tidaklah gagah, cukup masih upaya bergerak bersama rentak...
rentak sumbang, rentak irama, kususun langkah cuba sedaya,
adakala tidak kutahu mana patut letaknya tapak,
berasa bagai bergerak kedepan, tapi belakang tidak jauhlah mana,

aku di mana?!?!.....


Wednesday, April 29, 2015

Cerita aku kebelakangan ini, April 2015

Hari ni dok tak dok teringat pulak kat blog aku ni, tadi dok cari gambar ombak rindu yang latar belakang Gunung Jerai tapi tak dak satu pun yang sesuai macam yang aku nak. Takkanlah aku nak tengok filem capture dari situ kot, jenuh la....mana la aku ada masa nak tengok semua tu. Baca balik entry blog ni yang lama-lama, seronok pulak tengok catatan hidup aku ni. Satu benda yang tak boleh dibuat kalau dengan FB. FB aku pun dah jadi macam hak awam ataupun lebih kepada update untuk Wargakilang, jadi malas nak tulis cerita benda benda merapu sebab tak semua boleh terima pendapat kita. JAdi rasanya kena mula mengarang disini baliklah baru ada privacy sikit hehehehe 'privacy' lah sangat.

Dalam kesempatan masa dihujung minggu, sempat aku bawak anak anak ke Gunung Jerai, saja layan mandi kolam dipuncak gunung pulak....budak budak dikenakan bayaran RM20 kalau tak silap.

 Adot pun dah besar, tertengok gambar dia masa air liur meleleh nak tergelak pun ada. Cute sungguh dia masa tu. MAsa masih baby lagi...sekarang dah besar dah.
 Persekitaran kawasan kolam di Jerai apa ntah
 kakak dok sibuk selpiaq
Ini kakak semasa hari penyampaian hadiah...tak dapat jadi yang terbaik lagi, tapi antara yang berpotensi....usaha lagi kakak.

Dalam dok sibuk dengan keluarga aktiviti aku dengan Wargakilang still continue macam biasa, aku cuba sedaya upaya untuk istiqamah dalam kerja amal aku ni. Akau pun bukan ada apa sangat pun cuma bila ada masa dan kelapangan aku tumpang jadi posmen saja macam ni. Gambar yang aku kongsi ni aku ambik semasa menghantar bantuan keperluan rumah untk 16 keluarga di KAmpung Bakai. Penyampaian sumbangan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Inas dan keluarga keluarga yang dikenalpasti sebagai penerima adalah dicari oleh Cikgu Farid
 Barangan hasil sumbangan orang yang bermurah hati

Kesian anak ni terlelap, mungkin disebabkan terlampau lama menunggu

 Monier Mat Din, orang kuat Wargakilang

 Cikgu Farid

 Antara wajah wajah penerima malam itu

 Anak anak keluarga penerima

 MAsa ni pakat cari pakaian terpakai sumbangan sahabat-sahabat Wargakilang

 LAwa lawa lagi baju yang disumbangkan kepada mereka malam tu



Anak-anak seronok bila dapat mainan

Kain baju yang dipek cantik, ada yang masih baru

Suasana didalam dewan, meriah sungguh, seronok penerima malam ni

Kakak-kakak seronok sungguh bila dapat kain baju dengan tudung, cantik cantik


Abang ni terus pakai topi keselamatan ni hehehee....

Dean ni kami tinggalkan dahulu, sedang semua terlalu asyik dengan barangan ydang dibawakan. Insyaallah ada rezeki kami akan kembali membawakan barangan atau pakaian lagi.

Thursday, September 11, 2014

masa dulu, masa kini

Berabuk lagi blog aku ni, nasib baik password aku ingat lagi kalau tidak memang dah berkubur terus la blog ni. 2006 hingga kini 2014 sudah 8 tahun usia blog ini. Jarang benar aku dapat update, dulu disinilah aku banyak menghabiskan masa aku...

facebook dan blog

Dah lama tak menulis di blog ni, ni kiranya aku dah gian sesangat dah ni. Haritu setelah sekian lama memendam rasa aku 'tertulis' tentang salah satu jjmk yang aku sertai. Bila dibaca baca tulisan aku tu terus aku teringat tentang blog ni. Blog ni ku biarkan bersawang semuanya berpunca dari facebook lah. Semua orang sibuk nak update facebook. Blog ini pun sebelum facebook ada lah satu medium pilihan juga, ramai yang gila berblog pada masa tu tapi dengan meningkatnya populariti facebook atau dikenali juga dengan singkatan fb tu maka ramai yang meninggalkan blog


.
Tapi kebelakangan ni aku tengok masing masing pun pakat dah slow down dari dunia fb, entah tak tau pasai apa.
Aku sendiri kebelakangan ni banyak terfikir nak menulis tentang beberapa perkara yang lama tersimpàn dihati tapi aku selalu terfikir kalau aku tulis di fb, ada sesetengah orang aku taknak dia baca atas sebab mungkin cerita berkenaan agak sensitif bagi dia.
Jadi medium terbaik yang aku fikir sesuai ada fb ini, mungkin masanya dah kembali unuk aku mekeriahkan blog aku ni balik...,.

Friday, January 10, 2014



Setelah sekian lama tak blog walking, hari ada kesempatan masa aku berjalan jalan ke beberapa blog yang aku baru temui hari ni.....berada di blog orang lain membuatkan aku sendiri teringatkan blog aku sendiri yang dah setahun aku biarkan bersawang siber. 2013 telah pun berlalu, pejam celik pejam celik umur makin bertambah, anak perempuan sulung aku pun dah selamat menempuh UPSR dan mendapat pencapaian agak cemerlang , namun bersyukur kehadrat Allah walaupun bukan pencapaian tertinggi namun aku amat berharap pengajaran dan pengalaman yang ditempuhinya semasa membuat persediaan peperiksaan ini dapat digunakannya untuk menempuh masa depan. Dengan tamatnya UPSR ianya juga menandakan tamatnya alam persekolahan rendah bagi anak ku....

Sebagai YDP PIBG sekolah anak aku ini aku turut dijemput untuk bersama-sama meraikan murid-murid tahun 6 yang akan menamatkan pengajian mereka di SK Convent Butterworth ini. HAri itu merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh kebanyakan murid tahun 6 bagi tahun 2013, untuk memeriahkan hari tersbut perlbagai persembahan dari murid murid tahun 6 diadakan. Aku jadi penonton sajalah selain dari memebri ucapan. Aku seronok melihat murid-murid yang bakal meninggalkan bangku persekolahan rendah dan beralih ke sekolah menengah pula, pelbagai telatah dapat dilihat dihari terakhir mereka bersama sebagai murid SK Convent Butterworth ini.


Anak-anak pun dah makin membesar.......

BAnyak yang aku perbuat di tahun 2013.....nampak gayanya kena rajin susun balik gambar-gambar berkenaan....

Thursday, November 1, 2012

X-Paragon Ride

Lama sungguh aku menyepi dari dunia blogging ni, dah tentu jugak dari dunia basikal ni. Tapi nak dijadikan al kisahnya nampaknya tahun ni masih ada jugak keterlibatan aku dalam dunia basikal ni. Dengan sedikit kelapangan masa yang ada dapat aku join geng SAT pi jadi marshal untuk x-paragon ride yang telah berlangsung di pulau pinang baru baru ni. Walaupun event ni berlangsung sehari saja tapi persediaan ntuk marshal dah dibuat sehari awal, kami semua telah berkampung sehari sebelum event di asrama PBA empangan Air Itam sehari lebih awal. Selain perbincangan koordinasi untuk event, pada malamnya diadakan juga barbeque untuk semua yang terlibat meriah jugak barbeque malam tu. sekali sekala makan beramai-ramai ni memang meriah...........ahhhhh nanti sambung la, aku nak kena menulis report lak ni....hahahahaa makin banyak cara untuk access blog aku ni, makin kurang pulak masa untuk aku menulis.

Monday, August 6, 2012

Serabut sikit sekarang ni, aku cuba buat sesuatu yang berlainan dari rutin yang dulu.....yang aku dah ubah waktu kerja aku, dulu ikut waktu normal pejabat tapi sekrang aku mencuba kerja shift pulak. Matlamat aku adalah lebih masa dirumah disamping ada matlamat alin yang aku nak capai........entah tercapai atau tidak......aku kena berusaha itu sahaja caranya.