Dalam kesempatan masa dihujung minggu, sempat aku bawak anak anak ke Gunung Jerai, saja layan mandi kolam dipuncak gunung pulak....budak budak dikenakan bayaran RM20 kalau tak silap.
Adot pun dah besar, tertengok gambar dia masa air liur meleleh nak tergelak pun ada. Cute sungguh dia masa tu. MAsa masih baby lagi...sekarang dah besar dah.
Persekitaran kawasan kolam di Jerai apa ntah
kakak dok sibuk selpiaq
Ini kakak semasa hari penyampaian hadiah...tak dapat jadi yang terbaik lagi, tapi antara yang berpotensi....usaha lagi kakak.
Dalam dok sibuk dengan keluarga aktiviti aku dengan Wargakilang still continue macam biasa, aku cuba sedaya upaya untuk istiqamah dalam kerja amal aku ni. Akau pun bukan ada apa sangat pun cuma bila ada masa dan kelapangan aku tumpang jadi posmen saja macam ni. Gambar yang aku kongsi ni aku ambik semasa menghantar bantuan keperluan rumah untk 16 keluarga di KAmpung Bakai. Penyampaian sumbangan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Inas dan keluarga keluarga yang dikenalpasti sebagai penerima adalah dicari oleh Cikgu Farid
Barangan hasil sumbangan orang yang bermurah hati
Kesian anak ni terlelap, mungkin disebabkan terlampau lama menunggu
Monier Mat Din, orang kuat Wargakilang
Cikgu Farid
Antara wajah wajah penerima malam itu
Anak anak keluarga penerima
MAsa ni pakat cari pakaian terpakai sumbangan sahabat-sahabat Wargakilang
LAwa lawa lagi baju yang disumbangkan kepada mereka malam tu
Anak-anak seronok bila dapat mainan
Kain baju yang dipek cantik, ada yang masih baru
Suasana didalam dewan, meriah sungguh, seronok penerima malam ni
Kakak-kakak seronok sungguh bila dapat kain baju dengan tudung, cantik cantik
Abang ni terus pakai topi keselamatan ni hehehee....
Dean ni kami tinggalkan dahulu, sedang semua terlalu asyik dengan barangan ydang dibawakan. Insyaallah ada rezeki kami akan kembali membawakan barangan atau pakaian lagi.
No comments:
Post a Comment