Monday, October 18, 2010

Seminggu yang pening

Berlalu satu minggu yang memenatkan untuk aku, bermula dengan Isnin yang 'berkejaran' hinggalah ke Jumaat yang santai terus ke hujung minggu yang 'pantas'.

Isnin: ditempat kerja, aku menerima satu pesanan dari wifeku berbunyi 'abang call balik kalau free, ada hal penting nak cakap'. Dalam kepala aku mulalah terlintas dengan berbagai perkara yang tak menyenangkan hati dan perutku. Entah jenis apalah pulak perkara mendatang ni??!?!.....dalam rasa tak senang tu aku terus call wife aku......
Rupa-rupanya ia berkenaan nenek wife aku dari Ipoh tu yang pada masa tu amat memerlukan aku untuk ke Ipoh pulak. Tanpa berlengah terus aku sampaikan pesanan kepada mereka-mereka yang berkenaan ditempat kerja, syukur tak banyak yang perlu aku follow up pada hari Isnin tersebut yang kalau diikutkan load kerja aku pada masa biasa, memang tak boleh balik lah jawabnya. Hari yang sama jugak anak lelaki aku yang bongsu perlu dibawa untuk pemeriksaan rutin. Untuk tidak membuang masa aku ke rumah mertuku untuk mengambil baby dan wifeku lalu terus ke klinik kesihatan.

Setelah semua pemeriksaan selesai....terus aku dan wife bertolak ke Ipoh, pada ketika kami bertolak jam sudahpun hampir 5 petang. Kalau diikutkan hati memang aku tak sanggup nak ke sana bilamana waktu sudahpun lewat petang dan lewat malamnya pula terpaksa bergegas pulang kembali ke Pulau Pinang. Dengan melalui lebuhraya utara selatan aku memecut menghala ke Ipoh.............sesekali jarum meter kelajuan kereta mencecah angka 150 km/h, dan sesekali itu juga wife aku menunjukkan rasa tak selesa bila tengok aku melayan kelajuan......apakan daya destinasi perlu aku jejak sebelum malam seboleh-bolehnya kerana destinasi kami iaitu rumah bapa saudara wife aku tu, wife aku sendiri pun tak pernah sampai, malahan kawasan kampung yang dia tinggal tu aku sendiri pun tak biasa walaupun aku pernah tinggal di Ipoh dahulu.

Menjelang senja kami sampai di Ipoh dan terus ke jalan Pasir Putih. Dengan panduan dari ibu saudara kami cuba menjejaki rumah bapa saudara tu. Lebih satu jam berpusing-pusing dan setelah bertanya di beberapa rumah orang, destinasi masih belum diketemukan.......
Dalam berpusing-pusing tu aku sempat singgah ke sebuah surau untuk bersolat....

Setelah banyak membuang masa mencari rumah,  emak saudara wifeku akhirnya sampai untuk menunjukkan rumah....Alhamdulillah akhirnya rumah Pak Su kami jejaki, maka urusan pun diselesaikan....................
Keluarga paksu

'Pak Su'....kali ketiga rasanya aku bertemu dia dalam 10 tahun perkahwinan aku dan isteriku.
Selesai sahaja segala urusan, tanpa berlengah kami terus bertolak pulang kembali ke Pulau Pinang.

Dalam pada itu, perut pun dah tak tertahan lagi menanggung lapar...apa lagi maka berhentilah kami sekeluarga untuk makan malam. Masakan ala Thai lah jadi pilihan....apa lagi yang ada malam-malam ni, dari utara hingga keselatan....semuanya makanan Thai sajalah.

Selesai makan kami meneruskan perjalan balik.

Kami selamat sampai ke Penang setelah waktu melewati tengah malam.....badan letih, mata pun dah berat.....sekian satu kisah sehari 'berkejaran' yang memenatkan.

Dipertengahan minggu pelbagai masalah ditempat kerja aku hadapi, dengan quality issue yang sangat besar hinggalah kepada kerja-kerja aku yang masih tertangguh. Masalah dengan kualiti barangan yang dihasilkan ditempat kerja pula telah membuatkan aku terpaksa memanggil meeting sampai 2 kali sehari buat beberapa hari.....dan ianya masih lagi tidak selesai sehinggalah ke hari ini. Pelbagai perkara berbangkit, pelbagai cadangan penyelesaian dibentangkan, maka pelbagailah jugak perkara=perkara yang aku perlu uruskan selain dari pelbagai pihak yang terpaksa aku hubungi.....hari ke hari berlalu terlalu pantas dengan kehadiran maslah besar yang tak terduga itu.....setiap hari adalah hari yang memenatkan bagi ku.....

Tiba dihari Jumaat, tekanan telah makin berkurangan.......mood kebanyakan mereka ditempat kerja pada hari tersebut lebih kepada
majlis dinner pada malamnya dan majoritinya telah pulang awal pada hari tersebut........


Sabtu berlalu pantas, Ahad tiba di lewat petangnya....aku sekeluarga ke Perai untuk ke Giant. Walaupun jauh dari rumah berbanding Carnival Mall yang hanya bertentangan dengan kawasan perumahan yang aku tinggal tapi ia menjadi pilihan kami kerana ia lebih mudah kerana tiada kesesakan.

Tiba di Perai aku ternampak satu Land Rover polis dan sebuah kereta Proton Waja polis yang tertulis 'JSJ' iaitu dari cawangan siasatan jenayah menghala ke kilang Gula Prai. Di fikiran terlintas akan perkara buruk yang mungkin telah berlaku di pekan Perai lama. Aku terus mengikut kereta Polis menuju ke tebing Sungai Perai. Dari jauh dapat dilihat orang ramai berpusu disatu tempat. Terus aku capai kanmera dan menuju kekawasan tersebut.

Rupa-rupanya satu mayat telah ditemui terapung disungai.

Orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihat mayat yang ditemui
Antara anggota bomba dan penyelamat yang berada ditempat kejadian.

Rupa mayat yang ditemui
Rupa penuh
Dengan ketibaan Polis, mayat terus dimasukkan ke dlaam plastik dan diangkat ke atas Land Rover

Diangkat ke atas Land Rover
Bot Polis marin menunggu di sungai, digunakan dalam kerja mengeluarkan mayat dari sungai. 
Senja nan merah di lindungan Jambatan Sungai Perai.

Satu lagi minggu telah berlalu.....adakah minggu kali ini telah memberikan hasil yang baik?!?!?!....

Aku pun kurang pasti.....masa berlalu, satu lagi kisah perjalanan hidup aku tercatat.

Sunday, October 10, 2010

997 melaporkan....serbuan

9 Oktober 2010, sepasukan anggota serbuan yang bertindak atas maklumat awam telah digerakkan ke Teluk Bahang hari ini untuk membuat satu serbuan di satu sangkar ternakan ikan kepunyaan seorang usahawan. Saksikan laporan dari serbuan ini.

1500 hrs : pasukan serbuan membuat persediaan dari segi logistik bagi memastikan kesiapsiagaan anggota berada di tahap tertinggi. Keutamaan diberikan kepada persediaan pembekal tenaga anggota, 4 makanan telah menjadi pilihan utama pasukan, isian adalah pada kadar maksimum untuk hasil terbaik.

 Kuih bika dan pulut udang special antara 2 pilihan.

 rojak buah
 sasaran serbuan

 Pasukan serbuan berkumpul di jeti teluk Bahang bagi mengumpul kekuatan

 Kenderaan yang seumpamanya digunakan dalam serbuan

1400 hrs: pasukan serbuan mula bergerak menuju ke sasaran
 Anggota pasukan serbuan yang ceria, penuh harapan untuk beroleh hasil terbaik
Bot pasukan serbuan merapati sasaran

 Serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan mendedahkan bahawa tempat ini dikawal oleh pengawal warga bangladesh dengan kekuatan 4 anggota beserta 2 ekor anjing (besar giler). Dari pemerhatian, tempat ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap namun kekurangan penjagaan menyebabkan keadaan agak menyedihkan. 

 Kawasan lepak tetamu

 TV dengan kemudahan astro disediakan

 chalet-chalet sedia untuk di sewa
Setelah pemeriksaan rapi dilakukan tiada sebarang tangkapan dibuat, kesimpulan dari serbuan hari ini adalah ianya tidak sesuai dijadikan markas sementara pasukan Gerak Khas yang terlibat dalam serbuan. Demi untuk mengelakkan moral anggota terjejas maka pasukan digerakkan kembali ke daratan dan terus ke markas.

* Hajat dihati nak bermalam sambil mancing hehehehehe.....tapi melihatkan keadaan chalet yang serba daif dan tidak sesuai untuk keluarga maka plan awal terpaksa dibatalkan. Sasaran seterusnya akan dikenalpasti dan pasukan serbuan bakal diperkemaskan hehehehehehee...........



Tuesday, October 5, 2010

Cerita lama

Tersentuh aku hari ni bila tengok gambar yang member aku upload ni, sebabnya bila tengok gambar arwah member kamceng dikampung dulu. Hasni Bin Mat Isa, itulah nama salah seorang kawan rapat aku yang dah meninggal tu.............semasa hari dia kemalangan dan meninggal dunia kami semua menangis teresak-esak tanpa dapat di tahan-tahan lagi kehilangan Hasni amat terasa pada masa tu. Walaupun kami semua tinggal berjauhan setelah masing-masing membawa diri merantau tapi sebagai sahabat kami tidak pernah renggang dari bertanya khabar dan berkongsi cerita.......

Aku amat bangga dengan kawan aku ni, jika dia masih ada rasanya mungkin hari ini dia dah menjadi seorang jutawan di atas kerja keras dan dari apa yang diusahakannya dulu. Dengan hanya berbekalkan  sebuah beg semasa meninggalkan kampung dia telah berusaha sehingga menjadi seorang pengurus disyarikatnya sendiri dengan pekerja hampir 20 orang.......aku terkejut bila kali pertama aku berkunjung ke pejabatnya bila pekerjanya menghulurkan bisnes kad masing-masing kepada aku bila masing-masing diperkenalkan. ....... , mungkin kelulusan tak seberapa tapi kejayaannya aku pandang tinggi.


gambar ini lebih nostalgia bilamana ianya diambil pada hari perkahwinan aku 10 tahun dahulu.....Al-Fatihah buat arwah Hasni Bin Mat Isa.

Jatuh bangun, duduk berdiri, merangkak menyulur

Lama aku tak melepaskan perkataan-perkataan terkini di sini, entah pasai apa entah kebelakangan ni hidup ni rasa bagaikan makin sibuk. Entah apa jenis sibuk lah pulak yang tak berenti-renti mendatang ni. Banyak yang aku lalui, banyak yang aku tinggalkan berlalu, banyak yang melintas aku tak perasan, banyak yang menjengah aku sapa, banyak yang bertegur aku jawab,  banyak juga leka yang aku ketawa, amboi banyak sungguh sibuk aku,.............apa pun tak banyak sangat bezanya tingkat hidup aku nih, macam gitu-gitu jugak.

Aku teringin nak berkata-kata pasal hidup makhluk Allah.....
Pertengahan tahun ini aku berhijrah ke 'alam sekitar' yang baru, sungguh indah pemandangan 'alam' aku yang baru ni. 'Makhluk-makhluk' Allah bergerak bebas kesini-sana, pantas berkejaran hal-hal keduniaan. Dicelah-celah 'dunia' ada juga 'akhirat' yang dikejar sedikit sebanyak. Apa pun, yang beriman tidak ketinggalan juga berkejaran 'dunia'.....larilah, larilah, ku kejar apa kumahu, yang lainnya bagi laluan, jangan kau sentuh garisan laluan aku.......zup zap zup zap dia lari hilang macam jebon.....aku jugak masih berjalan ditepi-tepi bagaikan tasik indah berada disebelah


rileks la......
Kita nampak apa yang kita nampak dan nak tengok, orang lain nampak apa yang dia nak tengok....aku nampak itu, tapi betul kah ianya begitu, ataupun ianya adalah begini......adakah aku yang silap menafsir apa yang aku lihat. Oh tak percaya akuuu...



Teringat aku akan kisah kartun dalam majalah Gila-Gila suatu masa dulu, kira dah jadi legend dah kartun ni
Warisan genetikku




Thursday, September 23, 2010

Gelak besar

Hari ni dok tak duduk member masa study aku tag aku untuk gambar yang dia upload dalam facebook, bila aku masuk tengok hahahahahahahhaa gelak besar aku. Dia betul-betul  bagi aku happy hari ni, kenapa ya?!?!?!.....hehehhee dia bubuh gambar kami masa study dulu-dulu.....yang paling best, aku baru perasan rupanya aku kurus dulu. kehkehkehkeh
Hari konvokesyen, aku rasa hensem betoi la hehehehhee....aku ingat lagi, hari tu ada surprise dari arwah mak aku. Dia langsung tak bagitau yang dia akan hadir, tengok dia didepan dewan masa tu aku terkejut, dalam tak berapa sihat tu pun dia sanggup mai, di depan dia aku tak tunjuk langsung kata aku happy, tapi di belakang meleleh air mata aku sebab mak sanggup mai dari Perlis untuk konvo aku, terharu sangat. konvo pertama dan terakhir dihadiri orang tua aku, sebabnya selepas dari konvo ni dia da tak sempat untuk hadir konvo adik perempuan dan adik lelaki aku setelah meninggal dunia pada hujung 1999.......abah pulak baru saja meninggal kurang setahun dari gambar ini diambil.....sedeyyy!!!!......dikala aku menulis komen ni, mata aku berkaca....... Al-fatihah buat kedua-dua arwah mak dan abah.
Bersama kawan-kawan yang rapat semasa rombongan ke TV3 dan FINAS, best betul masa tu. Zahid, Zainurin (Berita Harian Perai), Bang Lie (USM), Lan Usin (Intel sekali ngan aku), Jackson Lim (last time kerja company buat maintenance meriam TLDM, teringat lagi betapa excitednya dia bercerita tentang meriam) dan berpakaian serba hitam adalah Amiza.....

Projek traffic light......berlakon saja lebih, masa nilah aku mula didedahkan dengan sistem kawalan PLC.

.Muka aku yang ala-ala babyface hahahahahaha......manalaj Jackson Lim dah pi, ini satu-satunya member berbagsa Cina yang paling best aku jumpa dalam hidup aku. Sampai tahap tidur sebantal setilam nih......best woi kalau masa dapat diputar kembali.......Raja (TUDM) didepan tu aku pernah tengok dia hantar gambar ke majalah URTV di bahagian kenalan URTV hehehehehehe......hobi berkenalan kahkahkahkahlkah.....nasib baik FB  belum ada lagi kalau tak panas telinga la jawabnya.

Tuesday, September 21, 2010

Fahamkan

Perpaduan Melayu jadi tonggak


Selepas Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, kini seorang lagi tokoh bukan Melayu tampil menyuarakan pandangan terhadap pentingnya bangsa Melayu bersatu bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Menurut Prof. Madya Dr Lim Sween Tin yang juga merupakan tokoh sasterawan tanahair, bangsa Melayu sebagai kelompok majoriti “perlu menjadi payung dan jika ia carik, orang lain pun susah hendak berlindung”.

Mengambil contoh aspek ekonomi, beliau berpandangan bahawa orang Melayu perlu bersatu bagi menggerakkan dan meningkatkan kuasa ekonomi mereka agar persaingan yang lebih adil dapat diwujudkan.

ISMA sememangnya mengalu-alukan pandangan luar kotak politik kepartian berkaitan kedudukan dan realiti bangsa Melayu di negara ini yang dikemukakan oleh beliau.

Dalam wawancara yang telah diterbitkan oleh Mingguan Malaysia baru-baru ini, Dr Lim Sween Tin menyatakan bahawa semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia mesti memahami setiap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan dan tidak mempersoalkannya. Beliau juga mengemukakan analisa berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini masih longgar.

Tahniah diucapkan kepada Dr Lim Sween Tin atas pandangan telus dan berani tersebut. Jika orang bukan Melayu dapat melihat kepentingan untuk bangsa Melayu bersatu, kenapa tidak orang Melayu sendiri?

Berikut merupakan wawancara penuh yang telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 12 September 2010 bersempena dengan sambutan Hari Malaysia:

MINGGUAN: Bagaimana saudara sebagai bukan Melayu melihat dari sudut perpaduan sempena Hari Malaysia?

LIM SWEE TIN: Saya mempunyai banyak pandangan tentang perpaduan atau dalam bahasa sasteranya bercapah-capah atau bercemperai.

Secara luarannya kelihatan seperti utuh tetapi jika dihalusi dengan mendalam kerana sekarang timbul banyak masalah tentang perpaduan ini. Dalam satu aspek saya melihat kepada perpaduan di kalangan Melayu itu sendiri. Selain itu di mana kita melihat perpaduan di kalangan bangsa Malaysia itu sendiri. Di kalangan perpaduan Melayu kelihatan semakin menjarak titik pertemuannya. Bagi saya dalam konteks perpaduan sebenar dan perpaduan Melayu perlu utuh kerana perpaduan Melayu itu adalah tonggak perpaduan. Jika roboh perpaduan di kalangan orang Melayu saya analogikan kita tidak mendapat apa-apa faedah dari perpecahan itu. Dalam satu sajak yang saya tulis pada 2008 bertajuk, Bersatulah Melayu, saya merenung dengan mendalam bagaimana terluka hati kenapa orang Melayu dan bukan Melayu tidak boleh bersatu dan terasa ada kelemahan yang timbul akibat dari tidak bersatu itu. Saya sering menekankan bahawa Melayu itu perlu menjadi payung dan jika ia carik orang lain pun susah hendak berlindung. Ia seperti lampu menyuluh, jika kabur lampu itu maka kaburlah jalan suluhannya. Bagaimana bangsa boleh menikmati, keharmonian dan kesejahteraan hidup. Itu analisis saya dalam sudut sastera. Dalam realitinya dua konteks perpaduan yang saya lihat amat menggugah adalah masalah perpaduan Melayu dan dalam satu bangsa Malaysia.

Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum bukan tidak ada perpaduan. Tetapi masih ada ruang yang menjadikannya longgar. Ini sesuatu yang kita khuatiri sebab dalam konteks pelbagai kaum perpaduan itu mesti kukuh. Sebarang kepincangan akan menyebabkan masalah yang besar.

Bagaimana ruang menjadi longgar itu berlaku?

LIM SWEE TIN: Ruang ini berlaku kerana perkembangan ekonomi dan kemajuan yang berlaku. Ini semua adalah kerana kita hidup dalam dunia kosmopolitan yang serba serbinya ketara sifat individualistiknya. Selain itu sistem pendidikan kita tidak tajam kerana sistem pendidikan perlu ke hadapan. Saya pernah menjadi guru selama 28 tahun dan merasakan pendidikan di sekolah yang sebenarnya dapat membawa setiap anak bangsa ke satu jalur pemikiran yang sama. Saya maksudkan mengenai orientasi persekolahan menjurus kepada pencapaian dan bukan pengisian. Ia tidak melihat kepada komposisi pengisian sebenar. Pengisian mesti berkesan dan tajam barulah pencapaian menyusul dengan keputusan yang baik.

Ia mesti lebih segar dan global sifatnya. Pelajar sekarang hanya berada dalam satu kumpulan dan kemudian terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil. Ini satu petanda yang tidak betul. Ini saya maksudkan dengan tidak tajam. Ia akhirnya menyebabkan pelbagai perkara tidak menjadi jelas. Saya bagi contoh mengenai Dasar Ekonomi Baru, orang bukan Melayu melihat ia sebagai alat untuk membantu Melayu. Tidak ada penjelasan kenapa ia diwujudkan dan bagaimana ia membantu semua kaum. Di sekolah tidak dijelaskan atau di diskusi secara jelas dengan pelajar. Jika persepsi berterusan ia akan menimbulkan masalah yang besar kerana mereka beranggapan buruk tentang DEB seolah-olah orang bukan Melayu tidak mendapat faedah tentangnya. Ini semua berlaku kerana pengisian melalui pendidikan tidak sampai. Setelah pelajar-pelajar ini dewasa dan kemudian terdedah kepada politik mereka sukar memahami tentang keistimewaan orang Melayu dari sudut Perlembagaan dan kontrak sosial. Ini berlaku kerana sesetengah orang yang terlibat dalam politik ini seolah-olah buta sejarah. Semua ini tidak akan berlaku jika mereka mendapat penghayatan apa yang tertulis dalam sejarah. Matapelajaran sastera juga perlu diajari secara lebih meluas lagi kerana ia akan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi wadah untuk perpaduan.

Apakah komen Dr. mengenai ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya kaum lain tidak mempersoalkan Perlembagaan?

LIM SWEE TIN: Bagi saya sewajarnya semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia sudah memahami perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini adalah kewajipan bagi setiap warganegara tidak kira kaum apa sekalipun supaya memahami Perlembagaan. Apalah ertinya kita mengaku warganegara kalau tidak memahami perlembagaan negara sendiri. Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa jangan ada sesiapa pun yang mempersoalkan Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan itu digubal dengan kesepakatan. Bukan dibuat oleh orang Melayu saja. Kalau dulu sepakat kenapa sekarang kita nak bangkitkan itu dan ini? Kita kena mengikut Perlembagaan melainkan kita berhasrat untuk menukar Perlembagaan. Soal saya, adakah kita nak menukar Perlembagaan? Lagi pun dalam Perlembagaan tidak disebut meminggirkan kaum bukan Melayu dan kerajaan telah melaksanakan dengan adil sebagaimana dalam Perlembagaan.

Tetapi Dr. ada sesetengah pihak menganggap Perlembagaan lebih memihak kepada orang Melayu. Apa komen Dr?

LIM SWEE TIN: Saya tak setuju. Saya belum jumpa perkara dalam Perlembagaan yang meminggirkan kaum lain. Sebab itu saya kata kewajipan setiap warganegara adalah memahami Perlembagaan. Kalau kita faham tidak mudah untuk orang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Apakah dalam keadaan sekarang orang bukan Melayu tidak memahami orang Melayu?

LIM SWEE TIN: Itu yang saya khuatirkan malah mungkin tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Melayu. Bagi saya minda Melayu itu harus menjadi landasan dan orang Melayu mesti bersatu, bangun. maju dan ke hadapan dengan cepat supaya ia menjadi landasan. Yang lain akan mewarna-warnikan keadaan. Janganlah peradaban selain Melayu yang menjadi tunggaknya. Kita perlu melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang menganggap pahlawan bangsa Malaysia adalah Hang Tuah. Bukan pahlawan dari China atau India. Namun kerana tempias pemikiran yang tidak tajam tadi berlaku masalah politik yang berlandaskan perkauman. Ia kemudiannya menjadi modal politik yang ampuh dan mudah menarik sokongan. Parti politik ini perlu memainkan peranan mereka bukan hanya melihat pucuk kaum yang diwakilinya. Parti politik ini perlu mewakili dan memainkan peranan kepada semua kaum. Ini perlu jika mahu wujud perpaduan kebangsaan yang sebenar parti perlu memainkan peranan kepada semua. Mungkin ada melihat ia sebagai terlalu ideal namun saya percaya ia boleh dilakukan. Kita boleh lihat dalam parti UMNO, ia membantu semua kaum contohnya kepada kaum keturunan Thailand. Kita mesti cuba dan berani untuk memainkan peranan sebagai idealis jika ia benar-benar boleh membawa perubahan. Namun persoalannya bersediakah ahli politik bersedia mengambil risiko hasil dari perubahan ini. Perlu ada keikhlasan dalam soal ini. Namun jika ini dapat dilaksanakan maka kita akan dapat merungkai permasalahan dalam soal perpaduan ini dalam semua segi politik, ekonomi, sosial dan segalanya.

Apakah orang Melayu sedar mereka kini semakin terpinggir akibat daripada tidak bersatu?

LIM SWEE TIN: Mereka sudah lama sedar tentang realiti ini dan saya tidak nampak apa-apa usaha yang konkrit yang dilakukan untuk menyusun barisan Melayu yang kuat. Apa yang berlaku sekarang hanyalah gembar-gembur yang tidak kesampaian. Namun perpecahan politik ini tidaklah sampai kepada melemahkan politik. Parti-parti politik mempunyai idealisme masing-masing dan jika ia dimainkan dengan landasan yang betul ia mampu memberi ruang melalui sumbangan yang boleh diberikan. Ia akan menggerakkan perpaduan yang lebih baik namun realitinya sekarang ia tidak berlaku. Ini menyebabkan ada pihak yang berasa kurang selesa hingga menjadikan pergeseran.

Adakah orang Melayu tidak bersatu untuk mempertahankan hak mereka tidak seperti kaum lain?

LIM SWEE TIN: Bagi saya isu penyatuan akan tetap berlaku kerana ia boleh membantu menyelesaikan banyak masalah. Kita perlu melihat kepada pemikiran yang luas bukan sempit. Kita perlu melihat orang Melayu boleh bersatu dalam bagaimana memperkukuhkan kekuatan ekonomi mereka. Bagi saya sudah sampai masanya kita keluar dari kekeliruan mengenai perpaduan. Ini kerana setelah 53 tahun merdeka kita sepatutnya tidak perlu khuatir tentang masalah perpaduan seperti ini. Jika orang Melayu bergabung untuk menggerakkan satu kuasa ekonomi maka ia akhirnya akan membantu menaikkan semua kelompok di negara ini. Kita boleh lihat kaum Cina boleh bersatu bagi meningkatkan kekuatan ekonomi maka orang Melayu perlu menguasainya. Jika orang Melayu boleh melakukan (bergabung) ia akan memberi impak kepada semua dan saya yakin tentang perkara ini.

Orang Cina tidak perlu berasa ekonomi mereka terjejas kerana jika ini berlaku ia akan memberi peluang kepada bukan sahaja mereka tetapi semua orang untuk menikmati faedahnya. Begitu juga sebaliknya jika orang Cina yang melakukannya kerana ia adalah satu gerakan yang boleh memberi peluang dan kemajuan kepada semua orang dan kaum. Dari kita berselisih tentang isu yang tidak sepatutnya kerana perkauman maka adalah lebih baik kita berfikir bagaimana untuk memacu ekonomi tanpa bersikap prejudis kepada perkauman. Ini kita perlu lakukan kerana ia mencorak satu pemikiran Malaysia. Jika kita perhatikan negara-negara jiran semakin berkembang dari sudut ekonominya. Vietnam dan Thailand sedang berkembang begitu juga Indonesia. Idealisme seperti ini didukung kerana ia menyatakan kemurniaan dan hasrat yang tulus untuk melahirkan satu warganegara Malaysia. Bagi saya ramai antara kita yang cuba menggerakkan warga Malaysia termasuklah kaum bukan Melayu. Cumanya orang Melayu perlu memperkasakan ekonomi mereka supaya pergerakan dan persaingan itu akan berlaku lebih sihat. Mungkin sekarang ini jumlahnya masih sedikit dengan orang bukan Melayu namun ia tetap perlu dipertingkatkan supaya adil pembahagiannya.

Berapa lama lagi kita perlu menunggu erti perpaduan yang sebenar?

LIM SWEE TIN: Bagi saya perpaduan itu ada bukan sampai tidak ada. Ramai kaum Melayu dan bukan Melayu yang saya sendiri saksikan sangat kuat semangat nasionalisme mereka. Mereka semua mencintai dan menyayangi negara ini. sebagai contoh banyak perniagaan yang dikembangkan keluar negara dan mereka ini akan membawa pulang hasil dan keuntungannya balik ke negara ini. Ini antara contoh bagaimana semangat nasionalisme sudah semakin berkembang. Pekerja mereka ini terdiri dari pelbagai kaum tidak kira sama ada ia milik orang Melayu atau bukan Melayu. Kita sudah mencapai banyak kejayaan dalam hal ini namun masih terdapat ruang yang tiris. Masalah ini berlaku akibat penguasaan dari masalah bahasa Melayu. Mungkin saya boleh katakan kerajaan tidak bertegas dalam soal ini. Ia satu perkara yang tidak boleh dikompromi dan bertolak ansur. Ia sudah dilaksanakan sejak 1976 dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan semua anak bangsa telah dididik dengan satu bahasa yang sama. Ini sepatutnya membantu mereka berfikir dalam satu pemikiran yang sama. Malangnya masih ramai yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu sebaiknya dan saya sangat sedih perkara seperti ini berlaku.

Friday, September 17, 2010

kembali ke garisan

Seperti jugak anak rantau yang lain, kini aku kembali ke laluan garisan hidupku yang rutin. Mengambil masa untuk warming up setelah fasa hidup di perlahankan untuk bersama kaum keluarga dan melihat sejenak masa silam.


Kini aku kembali ke Pulau Pinang.......

Wednesday, September 15, 2010

Jejak Aidil Fitri 2010

Allahhuakbar...Allahhuakbar......Allahhuakbar....Walillahilham

Berakhir lah sudah Ramadan pada tahun ini maka dengan ini ianya juga menandakan Syawal kini telah menjelma. Sedar tak sedar Aidilfitri menjelma lagi dan 1 Syawal disambut dengan penuh kemeriahan oleh semua lapisan masyarakat Islam. Bila bercakap pasal sambutan Aidilfitri setiap keluarga ataupun individu  sudah pasti ada cara tersendiri ataupun rutin yang diadakan setiap tahun dan ini tak terkecuali jugak bagi aku sendiri. Kalau dulu masa kecil Aidilfitri adalah satu hari yang memenag dinantikan, oleh tiu memang terasa meriah sangat akan HAri Raya ni, tapi bila dah dewasa rasanya makin kurang dah rasa meriah tu. Tapi oleh kerana anak-anak pun dah makin besar ni tak adil rasanya kalau aku nak ikutkan 'rasa tak meriah' aku tu. Ini masa anak-anak jadi seharusnya aku memberikan raya yang terbaik untuk mereka pulak untuk merasa.Memeriahkan lagi raya tahun ni, kedatangan orang baru dalam keluarga aku iaitu anak ke tiga aku, Syahzad.


Jejak cerita Aidilfitri aku tahun ini rasanya patut bermula seminggu 2 sebelum Aidilfitri sebenarnya, bila aku menempah baju Melayu. Nak dijadikan cerita baju yang aku tempah tu tukang jahit tu dah tersilap jahit di bahagian leher menyebabkan baju yang dah siap tu mencekik leher bila dipakaikan butang, pasa masa baju tu diambil hanya tinggal 1 minggu sahaja dari hari raya. Menambahkan lagi masalah, baju tu aku dah bawak balik ke Penang setelah aku tempah dan ambil di Perlis.....apalah nasib aku ni?!?!?!.....dah berapa tahun aku tak tempah baju Melayu, dan bila dibuat macam-macam hal lah pulak. Akhirnya baju tu terpaksa aku poskan ke kedai tu balik melalui adik lelaki aku. Seterusnya melalui telefon akhirnya maslah itu dapat diselesaikan dan baju tu aku sempat disiapkan menjelang malam hari raya. Settle satu hal.

Malam Raya tu aku dan keluarga sampai lewat di kampung, dah larut malam, namun sempat jugak anak-anak aku join sepupu depa main bunga api dan mercun. Apa pun tahun ni nampak gayanya, terasa sangat yang kurangnya mercun nih dan kalau ada dijual pun harganya boleh tahan mahal. Nasib baik dalam perjalanan balik ke kampung aku sempat beli 2-3 jenis mercun di pekan Air Hitam untuk anak-anak aku. Mengikut cerita penjual mercun tu, pintu sempadan dibuka 2 jam untuk mercun masuk melalaui pintu sempadan.......aku tergelak bila dengar cerita dia....hehehehehhee. Pandai lah hangpa, pintu sempadan bukak untuk bawak masuk mercun konon ayat cover lah tu, ahhhh tak kisahlah janji aku dpaat beli mercun walaupaun variety tak seberapa dan kuantiti tak banyak......alaaaa anak-anak nak main bunga api saja pun, mercun yang besar-besar tu bapak budak yang nak main.


HAri Raya Yang Pertama....
Bangun awal, tak mandi, berwuduk terus solat subuh.......termenung sekejap di depan rumah......
fuhhh sejuk betul kat kampung ni. Tak payah air cond pun, tapi tidur sampai bungkus rapat-rapat. Apa taknya kalau lubang angin di 2 sisi tingkap dan dinding jenis sisip, kena pulak angin sejuk yang terperangkap dalam pokok buluh bertiup kedalam rumah...............sampaikan liat betul nak solat subuh. Tapi aku suka betul bila dapat duduk depan rumah dan merenung jauh.......priceless moment.

Puas bermenung, terus aku mandi dan bersiap untuk kemasjid. Wah segak sungguh aku rasa tahun ni, ya lah dengan baju Melayu baru aku tu........itu yang semangat sebenarnya, terasa macam budak-budak pulak sekali sekala, excited dengan baju baru. Dah siap terus aku ke masjid Kampung BAtu 2 Lama, kampung aku.

Seperti Aidilfitri tahun-tahun sebelum ni, masjid Batu 2 lama penuh dengan anak-anak kampung yang balik berhari raya. Untuk mengelakkan rasa tak selesa aku sembahyang kat luar saja di atas permaidani yang dihamparkan di kawasan letak kereta. Melalui kutbah baru aku tau yang kampung aku akan dalam proses untuk membina masjid baru dan bakal digunakan dalam 1-2 tahun lagi............memang sepatutnya kampung aku dah ada masjid baru, sembahyang waktu biasa pun ramai orang guna dan kalau Jumaat dan Hari Raya tu tak payah cakap lah memang sampai ke luar la jawabnya.

Balik dari solat sunat Aidilfitri......apa lagi layan ketupat rendang la.

Rendang

Syahzad Aqeil

Raya pertama untuk anak bongsu aku ni, selamat datang ke dunia ini.

3 sepupu
Balik ke kampung, anak-anak aku dan anak saudara akulah yang paling gembira, bagaikan lupa diri masing-masing, main dari pagi sampai lewat malam tak henti-henti. Di kampung ni aku tak risau sangat nak lepas depa semua, pi la mana pun keliling kampung ni tak ada apa yang nak di risaukan.

Rumah arwah tok long Midah  jiran sebelah di kampung

Setelah selesai makan aku sekeluarga disertai adik lelaki bongsu aku pun bergerak untuk ke pusara ke dua-dua orang tua kami yang disemadikan di tanah perkuburan kariah Ngulang.

Ucapan salam dari aku untuk ke dua-dua arwah orang tua aku yang terletak berselang 4-5 kubur antara satu sama lain.

Di dalam hati aku berkata kepada orang tua aku,
"Mak abah abang mai lagi ni, ini abang bawak adik sekali dengan semua cucu-cucu mak abah ni, dah bertambah lagi cucu mak lagi sorang".

Pusara arwah emak

Al -Fatihah buat kedua-dua orang tua ku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua dan semoga ditempatkan dikalangan orang beriman...........tidak pernah ku lupa berdoa untuk mereka setiap kali bersolat.

Setelah meluangkan masa selama setengah jam, matahari pun makin meninggi...kami pun bergerak untuk ke rumah Pak Su Choh iaitu bapa saudara sebelah abah.
"Mak abah, abang balik dulu......nanti ada masa abang mai lagi....." itu kata aku dalam hati, jauh disudut hati aku jugak berkata, satu hari nanti aku juga akan mendiami daerah sepi ini, hanya masa menjadi batasannya. Itu sesuatu yang sudah pasti.

Aku melangkah perlahan untuk beredar, kenangan bersama kedua orang tua aku berselang terimbau di fikiranku......kenangan demi kenangan yang pasti tak akan kembali. 

Tiba di rumah pak su, makin cantik rumah Pak Su Choh ni, dah ada dataran dah di depan tu.......semua tu dibuat dengan tulang empat kerat dia sendiri.....inilah hasil dari kesungguhan dan usaha yang berterusan.
Rupa-rupanya ramai sepupu-sepupu aku ada di sini....


Yang kecik tu pangkat bapak saudara 2 orang yang besar tu..........

Anak-anak aku, sepupu-sepupu aku dan anak-anak sepupu aku. Ramai lagi yang tak datang hari ni, kalau tidak memang meriah gila-gila.

Anak sulung Kak Ani...dah jadi lecturer di Universiti Lim Kok Wing

Pak Su Choh, adik lelaki bongsu abah, rumah pak su adalah destinasi utama bila balik ke kampung.





Pak Su dok bercerita tentang dunia basikal klasik

Menjelang lewat petang aku sekeluarga pun meninggalkan rumah pak su menghala pulang ke rumah arwah orang tua ku.......

Sebelah malamnya aku sempat melawat nenek sebelah emakku yang aku panggil to Jar.berbanding setahun lepas aku rasa tok aku ni makin sihat dan ada perubahan positif lepas di bedah penghujung tahun lepas cuma ingatannya dah tak sebaik dulu.

"ni anak sapa ntah ni, dulu ada mai dengan abang kan?!?!?.......abang tak mai ka?!??!?"  tanya tok aku....... 

mmmm....susah aku nak jawab, sah lah tok aku ni dah memang langsung tak kenal aku dah....
sedih aku bila tok aku tanya macam tu....apa taknya, manalah aku ada abang sebab aku anak sulung.......bila makcik aku bagitau aku ni cucu dia, itupun dia tak dapat recall aku ni cucu dia dari anak dia yang mana satu......

Tok Jaq (Hajar), dah lama aku tak melawat nenek aku ni.

Inilah secebis kisah 1 Syawal aku untuk tahun ini......Allahhuakbar...Allahhuakbar......Allahhuakbar....Walillahilham