1500 hrs : pasukan serbuan membuat persediaan dari segi logistik bagi memastikan kesiapsiagaan anggota berada di tahap tertinggi. Keutamaan diberikan kepada persediaan pembekal tenaga anggota, 4 makanan telah menjadi pilihan utama pasukan, isian adalah pada kadar maksimum untuk hasil terbaik.
Kuih bika dan pulut udang special antara 2 pilihan.
rojak buah
sasaran serbuan
Pasukan serbuan berkumpul di jeti teluk Bahang bagi mengumpul kekuatan
Kenderaan yang seumpamanya digunakan dalam serbuan
1400 hrs: pasukan serbuan mula bergerak menuju ke sasaran
Anggota pasukan serbuan yang ceria, penuh harapan untuk beroleh hasil terbaik
Bot pasukan serbuan merapati sasaran
Serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan mendedahkan bahawa tempat ini dikawal oleh pengawal warga bangladesh dengan kekuatan 4 anggota beserta 2 ekor anjing (besar giler). Dari pemerhatian, tempat ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap namun kekurangan penjagaan menyebabkan keadaan agak menyedihkan.
Kawasan lepak tetamu
TV dengan kemudahan astro disediakan
chalet-chalet sedia untuk di sewa
Setelah pemeriksaan rapi dilakukan tiada sebarang tangkapan dibuat, kesimpulan dari serbuan hari ini adalah ianya tidak sesuai dijadikan markas sementara pasukan Gerak Khas yang terlibat dalam serbuan. Demi untuk mengelakkan moral anggota terjejas maka pasukan digerakkan kembali ke daratan dan terus ke markas.
* Hajat dihati nak bermalam sambil mancing hehehehehe.....tapi melihatkan keadaan chalet yang serba daif dan tidak sesuai untuk keluarga maka plan awal terpaksa dibatalkan. Sasaran seterusnya akan dikenalpasti dan pasukan serbuan bakal diperkemaskan hehehehehehee...........
salam bro..nk tnya lah..kat cni mancing dlm sangkar ke..mcm sempit je kawasan depan chalet tue
ReplyDeletetempat ni pada masa tu Nampak tak berapa sesuai untuk menginap, tengok pun kurang selera, memang langsung tak jaga. Saya memang langsung tak recommend, tapi sekarang tak tau lah kalau ada tempat yang baru. Ini dah lama dah ni.
ReplyDelete