Daging masak merah RS Cafe
Sebelum ni RS Cafe ni memang terkenal dengan makanan-makan yang dijual disitu juga dengan sebagai satu tempat yang selesa untuk lepak-lepak. Kedai ni juga sebelum ni pernah keluar dalam rancangan Warung Kita semasa rancangan tu buat liputan tentang kedai makan di Pulau Pinang satu masa dulu dan aku sendiri pun dapat tahu tentang tempat inipun melalui rancangan itu jugak. Malam semalam akhirnya dapat jugak aku merasa masakan disitu.
Sikat masak 3 rasa......itu dalam kertas budak yang ambik order. Sebenarnya siakap 3 rasa, lagi sebenar dari yang sebenarnya, ikan ni adalah ikan merah......mana taknya ikan siakap semua bagak-bagak takut tak habis pulak, so ambik ikan merah dah la, kecik sikit.






















