Saturday, September 12, 2009

Jalan-jalan 'Bagi Makan'..........

Buruk betul tajuk diatas tu macamlah ada orang kebuluran yang kami pi bagi makan, yang sebenarnya tajuk yang lebih tepat adalah Jalan-jalan Bagi Sumbangan. Nak kata sempena Ramadan pun tak jugaklah sebab kalau tak Ramadan pun depa ni dok selalu pi, tapi bila dapat buat benda baik dibulan Ramadan ni maka lagilah indah jadinya perbuatan tu, jom kita terjah (bak kata abang Nas Melodi tuh!!!).......Alhamdulillah kali ini dengan izin Allah sekali lagi team Warga_Kilang.com telahpun selamat menjalankan aktiviti jalan-jalan amal buat ke sekian kalinya. Seperti sebelumnya aktiviti kali ini sekali lagi diketuai oleh saudara Monier Mat Din (Setiausaha Warga Kilang) yang sedia diketahui amat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya dalam membantu orang-orang miskin. Kali ini hasil dari kutipan dari kawan-kawan yang mana aku pun turut serta menyumbang kami telah pun sempat berkunjung kebeberapa tempat untuk mengedarkan hasil sumbangan tersebut. Bila ada kesempatan macam hari ni memang menyeronokkan sebab kita dapat jalan-jalan pusing ke kampung-kampung melihat cara kehidupan orang lain pulak dan tidaklah terlalu asyik dengan hal dan dunia kita sendiri saja. Lagipun bersedekah amat dituntut dalam Islam dan aku rasa ini juga satu tanggungjawab kita jika tidak pun satu tuntutan. Walaupun aku sendiri ditimpa malang minggu lepas tapi bagi aku mungkin itu semua satu dugaan dalam hidup aku sahaja, juga mungkin peringatan atas kelalaian aku, apa pun itu bahagian aku. Tanggungjawab untuk orang yang lebih memerlukan tak boleh diabaikan..........Dah diberi kesempatan masa dan dengan sedikit kesempatan kewangan maka aku pun turun join sekali melawat, ini juga bermakna aku telahpun menunaikan niat yang aku dah simpan agak lama untuk join depa semua ni lagipun minggu sebelum ni aku tak sempat ikut sebab balik kampung. Baru-baru ni aku juga ada terbaca satu artikel yang mengatakan jika ingin bersedekah tidak perlulah tunggu nak ada duit banyak apa yang ada bersedekahlah sebahagiannya, kalau masa tak ada duit tu adalah masa paling eloklah sebab masa tu lah lagi terasa sedekah kita tu.

Wahab yang sentiasa sibuk, hebat-hebat team Warga Kilang ni dengan kerja, juga bisnes masing-masing boleh jadikan mentor depa semua ni.
MAt Apit juga dari Intel disebelah kiri dan Doktor dari hospital Pulau Pinang (nama tak ingat plak) seorang doktor pakar dari Hospital Besar PP

Jalan-jalan kali ni turut disertai oleh kumpulan dari UITM Permatang Pauh
Monier sebagai koordinator tengah brief peserta
Sumbangan-sumbangan yang dibahagi-bahagikan untuk kesenangan masa nak distribute nanti

Sebahagian kecil sumbangan dibelakang Triton Monier itupun dah penuh belakang kereta dia.
Rumah pertama yang kami kunjungi, keluarga ibu tunggal......cantik rumah ni dengan kawasan persekitaran yang mendamaikan, toilet pun amat bersih hehehehheee. Naik takut anak aku tengok kolah mandi rumah ni, macam kolam renang .....walaupun nampak macam orang senang tapi sebenarnya ini semua adalah warisan keluarga.Kemudian kami terus masuk lebih dalam ke kampung Monier sendiri.....pohon buluh dikiri kanan lorong, macam kat kampung aku pulak....

Rumah seterusnya rumah Puan Sadariah yang mempunyai beberapa ahli keluarga OKU.

Abang Puan Sadariah, Harun yang menerima sumbangan kain baju baru untuk Raya yang akan datang........seronok sangat dia sebab dapat baju baru. Masa kami sampai dia excited sangat, jadi tak keruan dia.......Aznee menunaikan janji dia untuk bawak topi kali ni.....bertambah seronok dia.
Tak payah Adidas tak payah Levi's ataupun Docker hati sudah gumbira........kegembiraan itu adalah satu nikmat, ini nikmat untuk dia. Kita ni kebanyakkannya dah hilang nikmat tu, bayangkanlah dah berapa banyak nikmat yang kita dah hilang!!!.....Ya lah nak kena beli yang branded dan yang mahai baru nak rasa nikmat, bang Harun ni tak payah pun macam tu!!......buleh paham ayat aku ni?!?!?!....
Rakan-rakan dari UITM, aku tak bertegur sapa pun.......bukan sombon tapi malu.
"Kami datang ni bawak hajat besar, bukan nak menyunting bunga di taman tetapi ingin menumpang kegembiraan"........tengok orang seronok kita pun tumpang seronok
Uishhh bergetah nih!!!.....
Monier tengah dok interview penerima bantuan
Anak aku depa excited yang ni sajalah, pakat dok teringin nak berendam.


Rumah Monier Mat Din



singgah melawat rumah berdekatan


Bukit Baling
Rumah seterusnya, sebuah keluarga, bapa yang cacat dan 3 orang anaknya yang turut cacat. Terharu aku dengan kisah abang ni, walaupun dia sendiri cacat tapi masih sanggup meluangkan masa melawat orang-orang lain yang dalam kesusahan dan bagi semangat kepada orang-orang yang senasib, dan dia sendiri tak rasa macam dia susah.......kalau dia macam tu, kita ni nak letak diri kita di mana agaknya???.......
Anak lelaki beliau yang berumur 10 tahun, masih lagi pakai diapers

Keadaan rumah




Seterusnya kami menuju pulak ke Rumah anak yatim Abu Nur di Pengkalan Hulu .

Bersama penjaga rumah anak yatim ini.



Monier, turut sempat menyampaikan ucapan motivasi pendek.......menggunakan kami yang ada ni sebagai contoh orang berjaya.......hehehehehe berjaya ka aku ni???!?!?!......aku rasa macam ucapan motivasi tu lebih sesuai ditujukan untuk aku saja pun heheheheheeee.....itulah yang dikatakan majlis ilmu, berpesan-pesan kepada adik-adik dan juga diri sendiri yang mudah sangat lupa.

Wajah-wajah ceria yang menerima kedatangan kami......kepada yang yatim tu, yang sebenarnya kita senasib wahai adik-adik sekalian....sob sob sob aku sendiri yatim piatu dah tak ada ibu ayah.






Keadaan asrama anak yatim, selesa.....kita harus memberikan sokongan agar rumah ini akan terus hidup dan adik-adik ini dapat terus tinggal dengan selesa disini Insya Allah.




Sudut bacaan ataupun mini perpustakaan......lihat lah bahan bacaan yang agak tidak seberapa, mungkin boleh diusahakan untuk menyumbangkan bahan bacaan pulak dimasa depan.








Setelah meluangkan masa seketika bersama-sama adik-adik di Abu Nur ini maka kami pun beransur pulang sebelum singgah disebuah lagi rumah yang juga berada di dalam jadual lawatan kami. Untuk rumah Abu Nur ni aku nampak, banyak benda yang kita boleh usahakan atau sumbangkan seperti buku-buku dan pakaian. Insya Allah aku akan sampai lagi kesini.
Kami tiba di rumah yang terakhir melawat sebuah keluarga besar yang terdiri dari 9 orang anak bersama ibu bapa mereka.



Aku dengan Aznee
Macam rombongan meminang pulak hehehehee

Bro tuan rumah......bro kan sajer sebab aku lupa nama (penyakit biasa aku)

Setelah selesai menyampaikan semua sumbangan kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing


.......aku selalu terfikir kebanyakan orang yang susah macam dalam cerita aku paparkan kali ni kemiskinan yang mereka hadapi ini boleh dikatakan amat sinonim dengan beberapa faktor seperti kecacatan, anak yang ramai ataupun bencana atau kemalangan yang menimpa dan macam sesuatu yang memang dah tersurat. Aku selalu terfikir, dugaan dan cubaan ini semua sebenarnya untuk mereka atau untuk kita sebenarnya??!??!!...........

Tujuan aku masukkan entry tentang jalan-jalan aku kali ini hanya dengan niat untuk membuka mata kawan-kawan yang mungkin berminat untuk menyumbang atau berminat dengan kerja kemasyarakatan seperti ini. Tiada langsung niat aku yang selain dari itu. Masa sembang dengan MAt Apit hari tu, kami dapat rasa ramai yang minat dengan aktiviti macam ni cuma masalahnya tak tahu ke mana nak disampaikan, jadi kalau berminat nak join next time just bagi email address nanti aku boleh forward.......kit pi ramai-ramai memeriahkan majlis.

No comments:

Post a Comment