Thursday, September 3, 2009

Ramadan, baru nak sembang


Nah haihhh dah masuk dekat 2 minggu puasa baru nak mai update sini, kalau nak ikut banyak benda nak update yalah mana dengan pilihanraya Permatang Pasir lah pasai kereta yang problem la dengan kerja la banyakk wooo nak cerita.........tapi kebanyakannya tak best la.

Cerita pasai Ramadan tahun ni, menjengah saja Ramadan kali ni maka genaplah 2 tahun aku berenti rokok yang mana ia pernah menjadi teman hidup aku selama lebih kurang 12 tahun. Kalau diimbas kembali sebenarnya aku mula merokok ni pun pada umur yang kira dah dewasalah jugak iaitu selepas hampir tamat belajar. Dulu aku amat berpegang teguh pada kata orang tua aku, jangan dok gatai hisap rokok selagi tak pandai cari duit sendiri, dan itulah yang aku ikut. Habis saja belajar aku sedar tak sedar dah jadi kaki rokok tahap tegar, average setiap hari aku hisap lebih 20 batang rokok dan boleh dikatakan juga macam bersambung-sambung. Ada jugak kengkawan yang menggelarkan aku perokok tahap naga, ya lah kalau dah hisap tak berenti-renti, sekali break saja boleh hisap sampai 4-5 batang......kuat gilo tu!!!...
Ini lagi kuat, aku tak lah sampai macam ni

Sebelum ini aku pernah cuba berhenti dan dapatlah akhir dapat juga capai matlamat tu, tapi itupun cuma untuk 2 bulan saja masa cuti semester dulu tapi bila saja start semester baru berjumpa saja dengan member-member, terus mula balik.... cisssss!!!! gagal lagi aku......pada mulanya habis semua orang aku kutuk sebab tak berenti hisap rokok, siap ada baju quit smoking gambar besar-besar tuh.........sampai sekarang aku masih simpan........ tapi end up aku sendiri kena kutuk sebab hisap balik........tak tahan sungguh aku menahan gelora nafsu nak merokok pada masa tu dan aku menyesal sungguh sebab tak betul-betul tahan nafsu tu, lagipun masa tu aku baru hisap 1-2 tahun saja dan sepatutnya lebih mudah dan menguntungkan kalau berenti masa tu. Aku tak pernah berhenti menyesal kemudiannya.

Tapi selepas lebih kurang 10 tahun dari aku cuba berhenti kali pertama, aku selalu dok angan-angan balik aku nak berenti rokok tapi aku tak pernah mencuba pun sebab takut gagal jadi cuma tinggal dok angan-angan kosong sajalah masa tu. Kemudian semakain lama aku makin boring dengan rokok ni sebab aku rasa tak ada sebab aku nak kena bergantung hidup aku kepada satu benda yang tak berfaedah dan bukan dijadikan secara semulajadi untuk tubuh badan aku, dah tu membazir duit pulak tu. Itu apa yang aku fikir, semakin aku bergantung kepada rokok ni semakin benci aku dengan rokok........dan akhirnya itu semua tinggal kenangan saja, kira-kira 2 tahun lalu dipertengahan Ramadan bermulalah episod hidup aku tanpa rokok. Mulanya aku tak bersungguh-sungguh pun nak berhenti sebab aku rasa susah sangat nak berhenti dan aku masih ingat aku malu nak mengaku kata aku heavy smoker yang hisap lebih 20 batang sehari (denial syndrome)kalau orang tanya, aku kata aku hisap dalam 14 batang saja sehari. Sebenarnya aku tak menipu sesiapa pun melainkan diri sendiri saja.
Nak dijadikan cerita bagaimana aku boleh berhenti rokok ni..........Ramadan tahun tu aku join Wahab dari Warga Kilang.com ke Hospital Kulim untuk ke klinik berhenti rokok. Setelah berkumpul diparking Hospital Kulim kami pun beramai-ramai menuju ke klinik tu dan dibawa berjumpa dengan pegawai di bahagian klinik berhenti merokok, seorang India. Aku sendiri dah lupa nama pegawai tu (kelemahan aku, susah ingat nama). Kami pun diberi borang untuk diisi, segala latar belakang peribadi dan latar belakang merokok pun diisi didalam borang ni. Sambil-sambil tu secara santai kami pun bersembang-sembang secara tidak formal dengan pegawai tersebut tentang hal berenti merokok ni, banyak tips dan kisah yang diceritakan bermula dari tentang rokok dan penyakit berkaitan hinggalah tentang penggunaan kit berhenti rokok yang dia bagi. Masa tu juga kami diberi kit penuh untuk berhenti rokok yang datang dalam bentuk patch, chewing gum dan inhaler (macam filter rokok)..........balik saja kerumah pada hari pertama aku belum lagi mencuba sebarang benda tu......aku masih lagi rasa tak confident. Besok tu bila aku ke tempat kerja waktu break aku pun join kengkawan lain lepak ditepi sungai port biasa masa tu, kemudian Zul Denggi pun mai join sekali. Hari sebelum tu dia pun join ke klinik berhenti rokok tu sekali dengan aku........bila saja jumpa dia terus tanya aku tentang berenti rokok, dia kata dia dah start pakai barang-barang tu dan dah stop rokok dah. Yang tak tahan tu dia pun mula perangat aku sebab aku tak mula lagi.......aku mula naik panas dengan kata-kata dia tu dan rasa sangat tercabar.
Balik saja ke rumah malam tu aku pun tekad untuk mula berhenti rokok malam itu jugak, bila saja aku teringin nak merokok aku akan kunyah chewing gum nikotin tu ataupun sedut inhaler, rasa tercabar sungguh aku dengan kata kawan-kawan. Antara 3 barang yang dapat dari klinik tu, bagi aku inhaler tu paling best sebab ada rasa macam hisap rokok dan ada rasa macam asap dikerongkong (itu yang sedap tuh) dan bermula hari itu dan begitulah hari-hari seterusnya......sedar tak sedar rupa-rupanya itulah hari terakhir aku hisap rokok dalam erti kata sebagai seorang perokok tegar. Sebenarnya, walaupun dah mula berhenti aku masih juga lagi tak yakin akan berjaya capai buat jangka masa panjang dan setiap masa aku sentiasa berwaspada agar tak bermula balik dan juga satu tips yang penting.....sentiasa fikir "AKU TIDAK PERNAH MEROKOk DIDALAM HIDUP AKU DAN AKU TIDAK AKAN MEROKOK"..........kata-kata tu aku tanamkan dalam minda, rokok tidak pernah menjadi teman hidup aku dan aku memang tak pernah merokok langsung sebelum ini. Aku masih lagi berpegang kepada ayat ini sehingga ke hari ini, supaya aku lupa bahawa aku pernah bertemankan rokok sebelum ini. Setelah 2 tahun aku rasa aku dah tiada rasa keinginan untuk merokok lagi, bau pun dah berasa kurang selesa. Tapi ada member bagitau seseorang itu hanya akan betul-betul dikira berjaya berjenti merokok setelah tempoh masa 10 tahun sebelum tempoh itu masih ada kemungkinan tabiat akan berulang, ntahlah aku sendiri pun tak pasti. Oleh sebab itu aku masih jauh untuk mengatakan aku dah berjaya berhenti dengan sepenuhnya, apa pun yang paling penting sehingga hari ini aku sudah tidak bergantung kepada rokok lagi dan itulah matmlamat aku tiada lain...........aku tak suka bergantung kepada sesuatu yang macam ni
Kesan merokok

Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dihadapi bila berhenti rokok ni, dari segi mentalnya juga tak kurang hebat cabarannya.....aku sendiri pun hanya dapat mengubat mental aku dari depressi, kesan dari post 'quit smoking" effect ini hanya kurang setahun yang lalu. Juga sebenyarnya banyak perkara yang aku boleh kongsi sebagai tips untuk berhenti merokok, kalau nak tau tanyalah aku.........heheheheehehehe.
Kenali diri kita, kenali kekuatan kita, fahami kelemahan diri......sesuaikan kaedah ikut kesesuaian Insya Allah apa pun boleh di capai.........

Masalahnya berjaya berenti rokok sajala yang lain tak berjaya pun!!!.........hampeh jugak!!.

No comments:

Post a Comment