Tuesday, September 29, 2009

Ejaan jawi


Sesekali bila anak buat homework tulisan jawi maka mak ngan pak ni pun tumpang pening sekali, biasa la kalau dah tulisan tu bukannya guna tiap-tiap hari. Kena pulak tak berapa update dengan ejaan terkini pulak tu lagilah pening, banyak ejaan perkataan yang dah disingkatkan jadi bila anak tanya biasanya dok bagi jawapan yang panjang nak ringkas dah tak reti ataupun tak confident. Itulah kelemahan utama bila tulisan jawi dipinggirkan. Sepatutnya tulisan jawi ni menjadi satu keutamaan bagi orang kita sebab ini adalah warisan kita, kalau kita sendiri tak peduli sapa lah lagi yang nak ambik peduli. Apa yang boleh dikata nasib tulisan jawi hari ini sebenarnya adalah hasil dari pembuat dasar yang terdahulu, kalau rasa elok saja keadaannya maka maknanya betullah apa yang depa-depa semua tu buat dulu, tapi kalau sebaliknya itu maknanya keputusan yang dulu tu dah salah. Di tanah air nenek moyang aku ni memang macam ni, apa saja yang berasal usul dari keturunan nenek moyang sebangsa dengan aku semua ketinggalan zaman, semuanya tak relevan tak sesuai. Tapi kalau yang import tu semua baguih, dah jadi adat dah semua tu...........ntah laaaa. Aku dok merepek ni pasai apa ntah?!?!?!......yang sebenarnya cuma nak kongsi laman web untuk check ejaan jawi, bagus betul site ni sebab just eja dulu kemudian boleh check pastu siap boleh pilih perkataan yang kita cari pulak tu. Anak tanya saja pak ni terus buleh jawab confident terus.......saja berkongsi, kepada yang berkenaan sajala..

http://ejawi.net/v3/index.php?e=spellchecker

Thursday, September 24, 2009

Kisah Raya ku

Kuala Perlis di kala senja

Seperti kebiasaanlah saban tahun aku sekeluarga balik ke Perlis, dan tidak terlepas juga untuk tahun ini.......memang rutin rayalah tak payah dok pikir lagi dah, memang pasti perlis lah destinasi raya kami sekeluarga semenjak dari aku berkahwin sejak 9 tahun lepas. Aku selalu dok offer bini aku kot rasa nak beraya di Penang tapi dia sendiri pun tak selera sedang aku sendiri sebenarnya tak kisah kalau nak beraya dimana pun. Bagi aku tak ada bezanya kerana aku bukannya ada mak dan abah lagi dah kalau aku nak dahulukan beraya di kampung aku sendiri pun.........kedua-duanya dah lama meninggal ...kira-kira lebih 10 tahun dulu. Jadi bagi aku tak banyak bezanya. Walaupun dah lama tapi sebenarnya sesekali tu hati aku masih lagi teringatkan depa berdua dan seperti yang sedia maklum tak ada apa yang dapat aku buat atau kongsi dengan kedua ibu abahku, hanya doa selepas solat sajalah menjadi hadiah buat mereka yang aku tak pernah lupa.....itulah aku seorang anak yatim piatu (walaupun yatim di alam dewasa)

Anak aku dan sepupu-sepupu aku.....

Anak-anak aku dengan sepupu depa



Nilah Tok Wan aku Mat Isa B. Hussein, dulu ketua kampung untuk Mata Ayer/Ngulang. Ini border pass zaman dulu-dulu yang ada dalam colection pak su aku. Kad jemputan ke istana masa pertabalan Raja Perlis dulu pun ada lagi. Mengikut cerita pak menakan aku, zaman Malaysia susah dulu United Nation ada bagi sumbangan gandum untuk orang-orang kampung dan rumah tok wan aku akan jadi pusat simpanan dan agihan bantuan gandum-gandum tu dan selalunya tok wan akan agih sampai habih sampai kan untuk makan sendiri pun tak ada.......itu cerita lama, sekarang ni pak cik aku yang duduk rumah tu dan dah uzur sangat dah keadaannya.

Makin banyak koleksi barang klasik/antik Pak Su Choh ni.....tenggala pun dah naik atas rumah


Raya-rayalah jugak, malam raya ke dua aku layan ambik gambar geng drift kereta buruk di Perlis pulak yang dipelopori adik aku dengan geng-geng kampung aku. Sekarang ni dah ramai geng ni, mulanya adik aku start beli kereta beberapa tahun lepas sebab tak mampu nak beli kereta lain lepas tu dah berjangkit pulak kat geng lain dan jadi trend, ada lagi 5-6 orang budak-budak kampung ikut beli dah tu bila depa start dok pi main drift kat stadium utama kangar, terus lekat dan siap ada follower pulak. Yang sebenarnya adik aku kata dia saja nak layan main sendiri-sendiri saja sebab dah tak ada nak buat apa di Perlis tapi lain pulak jadinya dah jadi macam besar pulak sebab kalau kena harinya boleh cecah puluh-puluh biji depa kumpul di stadium main drift

Balik lagi sekali aku nak arrange budak-budak ni untuk photo shoot dengan video sekali, ini gambar malam tak berapa cantik.
Kereta depa ni biasa standard saja boleh kata tahap janji jalan........minat punya pasal hantam sajalah.





Sambungan.......

Saturday, September 12, 2009

Jalan-jalan 'Bagi Makan'..........

Buruk betul tajuk diatas tu macamlah ada orang kebuluran yang kami pi bagi makan, yang sebenarnya tajuk yang lebih tepat adalah Jalan-jalan Bagi Sumbangan. Nak kata sempena Ramadan pun tak jugaklah sebab kalau tak Ramadan pun depa ni dok selalu pi, tapi bila dapat buat benda baik dibulan Ramadan ni maka lagilah indah jadinya perbuatan tu, jom kita terjah (bak kata abang Nas Melodi tuh!!!).......Alhamdulillah kali ini dengan izin Allah sekali lagi team Warga_Kilang.com telahpun selamat menjalankan aktiviti jalan-jalan amal buat ke sekian kalinya. Seperti sebelumnya aktiviti kali ini sekali lagi diketuai oleh saudara Monier Mat Din (Setiausaha Warga Kilang) yang sedia diketahui amat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya dalam membantu orang-orang miskin. Kali ini hasil dari kutipan dari kawan-kawan yang mana aku pun turut serta menyumbang kami telah pun sempat berkunjung kebeberapa tempat untuk mengedarkan hasil sumbangan tersebut. Bila ada kesempatan macam hari ni memang menyeronokkan sebab kita dapat jalan-jalan pusing ke kampung-kampung melihat cara kehidupan orang lain pulak dan tidaklah terlalu asyik dengan hal dan dunia kita sendiri saja. Lagipun bersedekah amat dituntut dalam Islam dan aku rasa ini juga satu tanggungjawab kita jika tidak pun satu tuntutan. Walaupun aku sendiri ditimpa malang minggu lepas tapi bagi aku mungkin itu semua satu dugaan dalam hidup aku sahaja, juga mungkin peringatan atas kelalaian aku, apa pun itu bahagian aku. Tanggungjawab untuk orang yang lebih memerlukan tak boleh diabaikan..........Dah diberi kesempatan masa dan dengan sedikit kesempatan kewangan maka aku pun turun join sekali melawat, ini juga bermakna aku telahpun menunaikan niat yang aku dah simpan agak lama untuk join depa semua ni lagipun minggu sebelum ni aku tak sempat ikut sebab balik kampung. Baru-baru ni aku juga ada terbaca satu artikel yang mengatakan jika ingin bersedekah tidak perlulah tunggu nak ada duit banyak apa yang ada bersedekahlah sebahagiannya, kalau masa tak ada duit tu adalah masa paling eloklah sebab masa tu lah lagi terasa sedekah kita tu.

Wahab yang sentiasa sibuk, hebat-hebat team Warga Kilang ni dengan kerja, juga bisnes masing-masing boleh jadikan mentor depa semua ni.
MAt Apit juga dari Intel disebelah kiri dan Doktor dari hospital Pulau Pinang (nama tak ingat plak) seorang doktor pakar dari Hospital Besar PP

Jalan-jalan kali ni turut disertai oleh kumpulan dari UITM Permatang Pauh
Monier sebagai koordinator tengah brief peserta
Sumbangan-sumbangan yang dibahagi-bahagikan untuk kesenangan masa nak distribute nanti

Sebahagian kecil sumbangan dibelakang Triton Monier itupun dah penuh belakang kereta dia.
Rumah pertama yang kami kunjungi, keluarga ibu tunggal......cantik rumah ni dengan kawasan persekitaran yang mendamaikan, toilet pun amat bersih hehehehheee. Naik takut anak aku tengok kolah mandi rumah ni, macam kolam renang .....walaupun nampak macam orang senang tapi sebenarnya ini semua adalah warisan keluarga.Kemudian kami terus masuk lebih dalam ke kampung Monier sendiri.....pohon buluh dikiri kanan lorong, macam kat kampung aku pulak....

Rumah seterusnya rumah Puan Sadariah yang mempunyai beberapa ahli keluarga OKU.

Abang Puan Sadariah, Harun yang menerima sumbangan kain baju baru untuk Raya yang akan datang........seronok sangat dia sebab dapat baju baru. Masa kami sampai dia excited sangat, jadi tak keruan dia.......Aznee menunaikan janji dia untuk bawak topi kali ni.....bertambah seronok dia.
Tak payah Adidas tak payah Levi's ataupun Docker hati sudah gumbira........kegembiraan itu adalah satu nikmat, ini nikmat untuk dia. Kita ni kebanyakkannya dah hilang nikmat tu, bayangkanlah dah berapa banyak nikmat yang kita dah hilang!!!.....Ya lah nak kena beli yang branded dan yang mahai baru nak rasa nikmat, bang Harun ni tak payah pun macam tu!!......buleh paham ayat aku ni?!?!?!....
Rakan-rakan dari UITM, aku tak bertegur sapa pun.......bukan sombon tapi malu.
"Kami datang ni bawak hajat besar, bukan nak menyunting bunga di taman tetapi ingin menumpang kegembiraan"........tengok orang seronok kita pun tumpang seronok
Uishhh bergetah nih!!!.....
Monier tengah dok interview penerima bantuan
Anak aku depa excited yang ni sajalah, pakat dok teringin nak berendam.


Rumah Monier Mat Din



singgah melawat rumah berdekatan


Bukit Baling
Rumah seterusnya, sebuah keluarga, bapa yang cacat dan 3 orang anaknya yang turut cacat. Terharu aku dengan kisah abang ni, walaupun dia sendiri cacat tapi masih sanggup meluangkan masa melawat orang-orang lain yang dalam kesusahan dan bagi semangat kepada orang-orang yang senasib, dan dia sendiri tak rasa macam dia susah.......kalau dia macam tu, kita ni nak letak diri kita di mana agaknya???.......
Anak lelaki beliau yang berumur 10 tahun, masih lagi pakai diapers

Keadaan rumah




Seterusnya kami menuju pulak ke Rumah anak yatim Abu Nur di Pengkalan Hulu .

Bersama penjaga rumah anak yatim ini.



Monier, turut sempat menyampaikan ucapan motivasi pendek.......menggunakan kami yang ada ni sebagai contoh orang berjaya.......hehehehehe berjaya ka aku ni???!?!?!......aku rasa macam ucapan motivasi tu lebih sesuai ditujukan untuk aku saja pun heheheheheeee.....itulah yang dikatakan majlis ilmu, berpesan-pesan kepada adik-adik dan juga diri sendiri yang mudah sangat lupa.

Wajah-wajah ceria yang menerima kedatangan kami......kepada yang yatim tu, yang sebenarnya kita senasib wahai adik-adik sekalian....sob sob sob aku sendiri yatim piatu dah tak ada ibu ayah.






Keadaan asrama anak yatim, selesa.....kita harus memberikan sokongan agar rumah ini akan terus hidup dan adik-adik ini dapat terus tinggal dengan selesa disini Insya Allah.




Sudut bacaan ataupun mini perpustakaan......lihat lah bahan bacaan yang agak tidak seberapa, mungkin boleh diusahakan untuk menyumbangkan bahan bacaan pulak dimasa depan.








Setelah meluangkan masa seketika bersama-sama adik-adik di Abu Nur ini maka kami pun beransur pulang sebelum singgah disebuah lagi rumah yang juga berada di dalam jadual lawatan kami. Untuk rumah Abu Nur ni aku nampak, banyak benda yang kita boleh usahakan atau sumbangkan seperti buku-buku dan pakaian. Insya Allah aku akan sampai lagi kesini.
Kami tiba di rumah yang terakhir melawat sebuah keluarga besar yang terdiri dari 9 orang anak bersama ibu bapa mereka.



Aku dengan Aznee
Macam rombongan meminang pulak hehehehee

Bro tuan rumah......bro kan sajer sebab aku lupa nama (penyakit biasa aku)

Setelah selesai menyampaikan semua sumbangan kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing


.......aku selalu terfikir kebanyakan orang yang susah macam dalam cerita aku paparkan kali ni kemiskinan yang mereka hadapi ini boleh dikatakan amat sinonim dengan beberapa faktor seperti kecacatan, anak yang ramai ataupun bencana atau kemalangan yang menimpa dan macam sesuatu yang memang dah tersurat. Aku selalu terfikir, dugaan dan cubaan ini semua sebenarnya untuk mereka atau untuk kita sebenarnya??!??!!...........

Tujuan aku masukkan entry tentang jalan-jalan aku kali ini hanya dengan niat untuk membuka mata kawan-kawan yang mungkin berminat untuk menyumbang atau berminat dengan kerja kemasyarakatan seperti ini. Tiada langsung niat aku yang selain dari itu. Masa sembang dengan MAt Apit hari tu, kami dapat rasa ramai yang minat dengan aktiviti macam ni cuma masalahnya tak tahu ke mana nak disampaikan, jadi kalau berminat nak join next time just bagi email address nanti aku boleh forward.......kit pi ramai-ramai memeriahkan majlis.