Thursday, July 16, 2009

Persediaan


MInggu ni sibuk sungguh aku sampaikan nak update blog pun tak sempat, kalau ditempat kerja takat belek-belek sempatlah tapi nak update langsung tak sempat nak nulis. Biasalah kerja macam aku ni ada pasang surut kekadang ok kekadang pulak bermacam-macam masalah memuncak. Nak tak nak sendiri settle lah apa yang patut dah periuk nasik, tapi aku kira bernasib baik jugak sebab sekurang kurangnya aku ada jugak orang-orang yang boleh membantu aku disekeliling, cuma yang jadi masalahnya masing-masing ada limitation dari segi kurang kreativiti dalam menyelesaikan masalah dan selalunya limitation tu depa sendiri yang letak sebab malas. Sebenarnya kerja aku kena ada kreativiti yang tinggi baru kerja boleh selesai dan sememangnya kena bergerak sendiri sebab tiada sapa yang akan bagi arahan. Orang yang tak kerja macam aku tentu tak boleh paham kalau aku kata kerja aku boleh dikatakan langsung tanpa arahan, kena bergerak atas inisiatif sendiri, tiada inisiatif bermakna banyaklah masalah tersembunyi yang menunggu masa untuk meletup. Kalau dah meletup haaa siaplah itu yang tak tidur malam tuh..............

Malaslah nak cerita pasai kerja, buat pening kepala. Apa pun semalam aku dah hantar gerek aku pi servis sebagai persediaan untuk jamboree UUM. Gerek dah separuh sedia cuma aku sendiri langsung tak sedia, tentang persediaan jugak minggu lepas ada la aku ke gym strecth dan buat apa patut. Konon nak focus kardio tapi entah dah terarah ke weight pulak hehehehehehe lepas gian tuhhhhh................. Teruk jugak rasa badan bila ke gym lagipun aku dah berenti ke gym dah lebih 4 tahun rasanya. Dulu sebelum balik kerja aku mesti ke gym dulu untuk satu jam. Tapi bila beban kerja bertambah, gym terus aku lupakan bertambah pulak dengan aku berenti rokok 2 tahun lepas badan aku pun bertambah=tambah naik sampaikan satu tahap aku kata kat diri sendiri aku nak kena start balik apa yang aku stop dulu (bersenam la), kena pulak MTB tengah panas aku pun startlah ber MTB. Sekurang-kurangnya jadi aktif balik jika tidak fit sekalipun. Tapi sekarang ni masa di gym tu aku terasa sangat kudrat pun dah semakin kurang tak macam dulu dah. Mungkin faktor usia kot ataupun faktor beban berlebihan, tapi kalau takat nak angkat dumbell kat rumah rasanya dah tak cukup (nak beli tambh pun mahai tak berbaloi baloi) pergi gym pulak rasa macam berlebihan. Tak kisahlah apapun aku nak terus kekal cergas sekurang-kurangnya tambah-tambah lagi berkemungkinan akan ada ahli baru dalam keluarga aku. Nak kena cergas gak tu nak jaga tu ..........terasa exited pun ada, macam la first experience.

Jamboree UUM nie ntahlah macam mana pulak, ini jamboree pertama aku ........hmmm buatlah setakat yang aku mampu nak lebih-lebih pun apalah sangat stamina aku yang takat sempat kayuh seminggu sekali ni.