Friday, July 10, 2009

Ilmu tahap tinggi

Aku jarang sangat cerita pasai kerja aku sebab kerja aku bukan best sangat pun, gitu-gitu saja, cukuplah untuk lepas makan pakai. Tapi cabaran kerja macam aku ni memang hebat hehehehehehee orang yang kerja kat tempat aku ni memang semua dah tahu dan ramai jugak yang diluar sana bila saja bagitau saja kerja macam aku pulak tu di company ni memang pakat dah tau dah, dan ramai yang dah blah sebab tak tahan..........bezanya aku dari diaorang cuma satu, aku terpaksa menggunakan sepenuhnya ilmu aku untuk bertahan, tak ramai orang tau aku ada ilmu ni sebenarnya. Hanya calang-calang orang saja ada dan dapat ilmu macam ni. Kalau nak tau, ilmu ni sebenaqnya aku belajar dari seorang pak cik pengutip lebah nuun di empangan muda sana. Orangg yang dapat ilmu ni sekali pada masa tu pun bukan calang-calang orang iaitu M. Nasir (sifu) sendiri. Aku pun hanya dapat secara tak sengaja masa M, Nasir mai ke empangan muda ikut orang cari madu lebah tualang dulu.........ilmu ni dipanggil ilmu........takut aku nak bagitau, kot kot nanti effect kat aku balik.

No comments:

Post a Comment