Wednesday, April 29, 2015

Cerita aku kebelakangan ini, April 2015

Hari ni dok tak dok teringat pulak kat blog aku ni, tadi dok cari gambar ombak rindu yang latar belakang Gunung Jerai tapi tak dak satu pun yang sesuai macam yang aku nak. Takkanlah aku nak tengok filem capture dari situ kot, jenuh la....mana la aku ada masa nak tengok semua tu. Baca balik entry blog ni yang lama-lama, seronok pulak tengok catatan hidup aku ni. Satu benda yang tak boleh dibuat kalau dengan FB. FB aku pun dah jadi macam hak awam ataupun lebih kepada update untuk Wargakilang, jadi malas nak tulis cerita benda benda merapu sebab tak semua boleh terima pendapat kita. JAdi rasanya kena mula mengarang disini baliklah baru ada privacy sikit hehehehe 'privacy' lah sangat.

Dalam kesempatan masa dihujung minggu, sempat aku bawak anak anak ke Gunung Jerai, saja layan mandi kolam dipuncak gunung pulak....budak budak dikenakan bayaran RM20 kalau tak silap.

 Adot pun dah besar, tertengok gambar dia masa air liur meleleh nak tergelak pun ada. Cute sungguh dia masa tu. MAsa masih baby lagi...sekarang dah besar dah.
 Persekitaran kawasan kolam di Jerai apa ntah
 kakak dok sibuk selpiaq
Ini kakak semasa hari penyampaian hadiah...tak dapat jadi yang terbaik lagi, tapi antara yang berpotensi....usaha lagi kakak.

Dalam dok sibuk dengan keluarga aktiviti aku dengan Wargakilang still continue macam biasa, aku cuba sedaya upaya untuk istiqamah dalam kerja amal aku ni. Akau pun bukan ada apa sangat pun cuma bila ada masa dan kelapangan aku tumpang jadi posmen saja macam ni. Gambar yang aku kongsi ni aku ambik semasa menghantar bantuan keperluan rumah untk 16 keluarga di KAmpung Bakai. Penyampaian sumbangan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Inas dan keluarga keluarga yang dikenalpasti sebagai penerima adalah dicari oleh Cikgu Farid
 Barangan hasil sumbangan orang yang bermurah hati

Kesian anak ni terlelap, mungkin disebabkan terlampau lama menunggu

 Monier Mat Din, orang kuat Wargakilang

 Cikgu Farid

 Antara wajah wajah penerima malam itu

 Anak anak keluarga penerima

 MAsa ni pakat cari pakaian terpakai sumbangan sahabat-sahabat Wargakilang

 LAwa lawa lagi baju yang disumbangkan kepada mereka malam tu



Anak-anak seronok bila dapat mainan

Kain baju yang dipek cantik, ada yang masih baru

Suasana didalam dewan, meriah sungguh, seronok penerima malam ni

Kakak-kakak seronok sungguh bila dapat kain baju dengan tudung, cantik cantik


Abang ni terus pakai topi keselamatan ni hehehee....

Dean ni kami tinggalkan dahulu, sedang semua terlalu asyik dengan barangan ydang dibawakan. Insyaallah ada rezeki kami akan kembali membawakan barangan atau pakaian lagi.