Thursday, September 11, 2014

masa dulu, masa kini

Berabuk lagi blog aku ni, nasib baik password aku ingat lagi kalau tidak memang dah berkubur terus la blog ni. 2006 hingga kini 2014 sudah 8 tahun usia blog ini. Jarang benar aku dapat update, dulu disinilah aku banyak menghabiskan masa aku...

facebook dan blog

Dah lama tak menulis di blog ni, ni kiranya aku dah gian sesangat dah ni. Haritu setelah sekian lama memendam rasa aku 'tertulis' tentang salah satu jjmk yang aku sertai. Bila dibaca baca tulisan aku tu terus aku teringat tentang blog ni. Blog ni ku biarkan bersawang semuanya berpunca dari facebook lah. Semua orang sibuk nak update facebook. Blog ini pun sebelum facebook ada lah satu medium pilihan juga, ramai yang gila berblog pada masa tu tapi dengan meningkatnya populariti facebook atau dikenali juga dengan singkatan fb tu maka ramai yang meninggalkan blog


.
Tapi kebelakangan ni aku tengok masing masing pun pakat dah slow down dari dunia fb, entah tak tau pasai apa.
Aku sendiri kebelakangan ni banyak terfikir nak menulis tentang beberapa perkara yang lama tersimpàn dihati tapi aku selalu terfikir kalau aku tulis di fb, ada sesetengah orang aku taknak dia baca atas sebab mungkin cerita berkenaan agak sensitif bagi dia.
Jadi medium terbaik yang aku fikir sesuai ada fb ini, mungkin masanya dah kembali unuk aku mekeriahkan blog aku ni balik...,.

Friday, January 10, 2014



Setelah sekian lama tak blog walking, hari ada kesempatan masa aku berjalan jalan ke beberapa blog yang aku baru temui hari ni.....berada di blog orang lain membuatkan aku sendiri teringatkan blog aku sendiri yang dah setahun aku biarkan bersawang siber. 2013 telah pun berlalu, pejam celik pejam celik umur makin bertambah, anak perempuan sulung aku pun dah selamat menempuh UPSR dan mendapat pencapaian agak cemerlang , namun bersyukur kehadrat Allah walaupun bukan pencapaian tertinggi namun aku amat berharap pengajaran dan pengalaman yang ditempuhinya semasa membuat persediaan peperiksaan ini dapat digunakannya untuk menempuh masa depan. Dengan tamatnya UPSR ianya juga menandakan tamatnya alam persekolahan rendah bagi anak ku....

Sebagai YDP PIBG sekolah anak aku ini aku turut dijemput untuk bersama-sama meraikan murid-murid tahun 6 yang akan menamatkan pengajian mereka di SK Convent Butterworth ini. HAri itu merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh kebanyakan murid tahun 6 bagi tahun 2013, untuk memeriahkan hari tersbut perlbagai persembahan dari murid murid tahun 6 diadakan. Aku jadi penonton sajalah selain dari memebri ucapan. Aku seronok melihat murid-murid yang bakal meninggalkan bangku persekolahan rendah dan beralih ke sekolah menengah pula, pelbagai telatah dapat dilihat dihari terakhir mereka bersama sebagai murid SK Convent Butterworth ini.


Anak-anak pun dah makin membesar.......

BAnyak yang aku perbuat di tahun 2013.....nampak gayanya kena rajin susun balik gambar-gambar berkenaan....