Wednesday, November 3, 2010

Nak hujung lagi

"Abah besok teacher bagitau nak kena pi sekolah besar, kena pakai baju rumah, abang nak kena pi menari".......itu yang anak aku bagitau semasa balik dari nurseri pada hari Jumaat. "Ohh rupanya hari penyampaian hadiah dan sjil dah tiba rupanya", ish aku nie rasanya anak aku tu dah pernah bagitau dah sebelum ni, tak reti-reti nak ingat. Bila di fikirkan kembali, bilama hari penyampaian hadiah dan sijil berlangsung, ia juga bermakna cuti sekolah hujung tahun pun semakin hampir yang jugak bermakna tahun 2010 pun dah hampir tiba ke penghujung......


Diimbas kembali tahun 2010 ini..........apalah agaknya pencapaian ataupun perkara bermakna yang dah dilakukan?!?!?........mmmmm aku nak ambik masa berfikir.

Penat tengok budak budak ni, cikgu-cikgu lagilah penat

Syahmi dibelakang, segak pulak sesekali pakai camni hehehehe....
Dalam dok fikir tu hari penyampaian hadiah dan persembahan tetap jugak berlangsung dengan jayanya.......seronok aku tengok budak-budak buat persembahan, bagi yang pertama kali naik pentas, ramai yang menangis tapi bagi yang dah umur 6 tahun tu, kebanyakan langsung tak kekok

Dah lama aku masukkan entry ni, tapi tak sempat aku publishkan....ini pun tulis sekerat jalan. Sibuk ahhhh/...........lepas ni lagi sibuk dengan hal pindah rumah.......

No comments:

Post a Comment