Tuesday, November 23, 2010

Ketatnya

Adoi penat sungguh aku 2-3 minggu ni, hari kerja tu dah biasalah dengan kerja sekarang ni dah berjangkit sampaikan ke hujung minggu. Ada saja yang aku nak kena buat dan nak kena hadir, satu demi satu . 2-3 hari lepas baru ni kepenatan tu dah terasa sangat-sangat ditambah pulak dengan sikecik tu yang tak berenti buat perangai disebabkan demam. Kalau dah hari biasa pun dah satu macam punya nak melekat dengan si emak apath lagi bila demam. Bagaikan magnet sebesar manusia la, punya nak melekat. Bila bini aku merungut tak larat, ayat klise aku pun keluarlah.........."takpalah bukan lama dia nak melekat lagu tu, lagi 10-20 tahun dah tak buleh dukung dah, mungkin masa tu kalau dipermudahkan dan dikurniakan kepandaian dari Allah kepada anak tu mungkin dia dah merantau ke sana sini mencari ilmu macam bapak dia dulu. So bila ada kesempatan boleh dok kendong anak tu, kendonglah sepenuh hati". .....
apa pun abahnya nak tidoq dulu tak tahan sungguh haih tengah malam dok kena berjaga.....hehehehehhee

Kalau nak diceritakan 2-3 minggu ni aktiviti aku sebenarnya dipenuhi dengan agenda balik kampung melawat banjir, ke hari terbuka TUDM, agenda sekolah anak-anak dan seterusnya dengan projek mengemas dan persediaan pindah rumah sebenarnya.




Dalam dok celah-celah sibuk 2-3 minggu lepas tu sempat jugak aku bawak family pi Hari Terbuka TUDM Butterworth. Dah lama aku tunggu peluang ni, bila dah ada, apa lagi semua sekali aku angkut. Dan untuk ke sini aku terpaksa delaykan plan aku untuk balik kampung tengok banjir....apa nak buat, yang ni pun tak boleh lepas peluang jugak, lagipun masa ni banjir di kampung dah mula surut so tak lah risau sangat.
Pemalu sungguh anak jantan aku sorang nih....so sekarang ni dia dalam pemerhatian rapat aku. Kalau makan dan kalau nak tambah order apa-apa dia lah yang aku suruh pi buat order, nak kena kurangkan perasaan malu lagu tu. Di sini kalau tengok gambar tu muka dah satu macam, dia malu nak naik atas helikopter tu tapi disebabkan oleh kejegilan bapaknya yang hampir terkeluar bijik mata maka inilah rupanya.

Tapi bila kakanya dah join naik sekali dia OK lah pulak....hilang dah malu.


Anak-anak aku macam tak hairan langsung dengan semua benda-benda ni, tak nampak excited sangat. Kalau aku masa kecik-kecik dulu dapat peluang macam ni, mau tak tidur malam sebelumnya.........

Ini gambar di persekitaran, ini aku ambil dari atas kereta bomba. Lubang untuk memanjat keatas pun boleh kata ngam-ngam nagn badan aku saja pun. Apa nak buat itulah nasib orang oversize nih.





Menara sementara
Kalaulah.....

Dimana ada sayap disitu menjadi tumpuan orang, mau taknya panas lit lit.....berbahang kepala. Memalangkan keadaan air tak dijual didalam kawasan landasan....kalau nak kena keluar.........jauh sesangat dari sini, aku pun ada rsa-rasa nak pitam hari tu.
Sukhoi...cantik
Masa negeri-negeri di utara sebelah sini sibuk dengan banjir hari tu aku sempat juga balik kampung tengok keadaan rumah orang tua aku yang kini menjadi kediaman rasmi adik lelaki bongsu aku tu.

Dari cerita adik aku, hari tu semasa air naik, air naik secara mendadak sebenarnya, masa tu sedang dia tidur dia pun tarik la selimut dan dia rasa beratlah pulak selimut tu dah tu rasa basah pulak tu. Sedar sedar rupanya dia dah tidur dalam air rupanya .....apa lagi kelam-kabut lah menganagkat barang mana yang sempat keatas rumah..........tak banyak yang dapat diselamatkan. Selepas banjir kebanyakan barangan perabot dalam rumah hanya menjadi habuan api sahaja. Dalam bersusah dalam banjir sempat jugak budak-budak yang menyewa bilik dirumah orang tu mengambil gambar video siap dengan temu ramah lagi. Nanti aku masukkan.....lari dulu nak buat kerja.

Wednesday, November 3, 2010

Nak hujung lagi

"Abah besok teacher bagitau nak kena pi sekolah besar, kena pakai baju rumah, abang nak kena pi menari".......itu yang anak aku bagitau semasa balik dari nurseri pada hari Jumaat. "Ohh rupanya hari penyampaian hadiah dan sjil dah tiba rupanya", ish aku nie rasanya anak aku tu dah pernah bagitau dah sebelum ni, tak reti-reti nak ingat. Bila di fikirkan kembali, bilama hari penyampaian hadiah dan sijil berlangsung, ia juga bermakna cuti sekolah hujung tahun pun semakin hampir yang jugak bermakna tahun 2010 pun dah hampir tiba ke penghujung......


Diimbas kembali tahun 2010 ini..........apalah agaknya pencapaian ataupun perkara bermakna yang dah dilakukan?!?!?........mmmmm aku nak ambik masa berfikir.

Penat tengok budak budak ni, cikgu-cikgu lagilah penat

Syahmi dibelakang, segak pulak sesekali pakai camni hehehehe....
Dalam dok fikir tu hari penyampaian hadiah dan persembahan tetap jugak berlangsung dengan jayanya.......seronok aku tengok budak-budak buat persembahan, bagi yang pertama kali naik pentas, ramai yang menangis tapi bagi yang dah umur 6 tahun tu, kebanyakan langsung tak kekok

Dah lama aku masukkan entry ni, tapi tak sempat aku publishkan....ini pun tulis sekerat jalan. Sibuk ahhhh/...........lepas ni lagi sibuk dengan hal pindah rumah.......